Sekarang bising pasal bola. Sana bola. Sini bola. Lelaki-lelaki pasti (majoriti) akan tengok bola. Para suami akan tercongok depan kotak tv tengok bola. Sekalian muda-mudi melepak dengan kawan-kawan kat kedai mamak tengok bola. Chewahhh..memandai je aku.
Tapi yang pasti mak aku tengok bola, 'ikut musim' katanya. Siap ada jadual perlawanan bola Hotlink ditampal kat dinding sebelah tv. Setiap kali habis game, mak aku tulis pakai pen berdakwat biru. Biasanya mak aku dapat tulis result yang masa gamenya pukul 7.30 malam dan 10.00 malam. Pukul 2 pagi tu, memang tak lah. Result pukul 2 pagi tu, mak aku tengok kat paper Metro keesokkan harinya. Haha. Semata-mata tengok result. Nama pun perempuan, apa lagi nak ditengok. Kalau tak jumlah gol, nak tengok muka pemain-pemain, takpun sokong team mana yang sumbatkan gol. Itu biasa.
Jadi perempuan sangatlah tak kacak untuk membicarakan tentang bola sepak. Jangankan World Cup, yang dalam Malaysia pun perempuan tak ambil tahu. Senang kata, pasukan yang mewakili universiti mereka untuk bertanding pun lagilah mereka tak tahu.
Aku tak kata semua perempuan, tapi majoriti, sebenarnya sangat majoriti. Dan aku sangatlah tak hairan bilamana ada mereka-mereka yang perempuan-perempuan itu mengaku minat sukan bola, tapi tengok penampilan, berdress singkat dan bibir bercalit gincu merah jambu atau berjeans ketat dan berambut perang ataupun berbaju kurung dan bertudung litup. Itu semua adalah konon-konon mereka bilamasa mereka mengaku menyokong Portugal, menyokong Brasil dan menyokong Italy. Kalau setakat kau dah kumpul jersi-jersi setiap pemain kegemaran, kalau setakat kau dah tahu jadual perlawanan dan kalau kau pamer poster-poster team kegemaran, aku tak jamin kau tahu macam mana lelaki tahu :)
*Aku sedang berbicara tentang bola sepak berarena besar yang berlangsung sekarang yang aku sendiri tahu aku sangatlah tidak kacak untuk bersoaljawab mengenainya. Lagi sekali aku ingatkan bukan semua perempuan dan bukan semua lelaki.
Jun 26, 2010
Jun 22, 2010
Entry KHAS buat Clara Cancer
Tarikh hari ini 22 Jun 2010.
23 tahun yang lalu lahir satu baby namanya Harmielia Hasdiyanti bte Hamdan. 5 tahun yang lalu aku mula berkawan dengan beliau. Jadi tarikh ini melupakan tarikh ulang tahun beliau selama beliau hidup. Semoga beliau dipanjangkan umurnya untuk aku dan beliau tetap berkawan sampai bila-bila. Kami jadi rapat sejak 5 tahun lalu sehingga sekarang bersama 3 orang kawan yang lain. (mood skema).
Okay tukar mood.
Happy birthday Melia!
Bila nak kahwin? Eh salah soalan.
Bila nak jumpa lagi? Takde lah lama sangat tak jumpa, cuma kami dah beberapa tahun hidup sebumbung. Kan.... :p
Hadiah 1:
Kek berbentuk bulat dari Secret Recipe berperisa Chocolate Chip Walnut beserta lilin hidup dengan api dihadiahkan untuk Melia.
Hadiah 2:
23 kuntum bunga lily merah jambu digubah sendiri oleh aku untuk beliau. Aku tau ia tak indah, tapi aku tak kisah.
Bagi sesiapa yang dah tahu dan belum tahu, beliau takde kekasih, bukan boyfriend okay. Kekasih. Boyfriend beliau sangat ramai. Girlfriend lagilah ramai. Dan aku salah satunya. Cewahhh, aku tak perasan okay, tak percaya sila tanya beliau. Haha. Cepat-cepat goda beliau wahai lelaki sekalian.
*hadiah 1 dan 2 merupakan khayalan semata-mata.
Okay Melia, sorry takde hadiah. Ni entry KHAS buat kau. Tadaaa!!!
claraemilycancer.blogspot.com
Jun 15, 2010
Wish List
Bila ada masa yang lapang, dan tiba-tiba rasa nak membaca, aku akan membaca. Tapi aku tak suka membaca fakta yang terlalu fakta. Boleh mendatangkan bosan dalam diri, bila bosan mulalah berhenti membaca. Lalu tidur.
Jadi aku pilih untuk membaca ruang-ruang hiburan, blog-blog peribadi, gosip-gosip terkini, dan tak ketinggalan paper Metro. Itu memang tak boleh nak elak, sebab mak aku memang pembaca setia Metro. Kau tahulah, Metro tu cerita tercekik gula pun dia letak muka depan. Dah macam takda berita lebih penting dan terkini kat Malaysia ni dia nak taruk. Takpun cerita-cerita gay, maknyah, seks, dll sewaktu dengannya.
Jadi setiap hari aku akan baca semua sumber yang aku senaraikan tadi, cuma waktunya tak konsisten. Kalau nak baca pagi, pagi. Kalau nak baca malam, malam. Sepanjang pembacaan dan pemerhatian aku terhadap blog-blog peribadi, aku terperasan satu perkara iaitu 'wish list'.
Tak semua blog ada benda tu, mungkin ikut kemahuan pemilik blog tersebut. Ada yang letak wish list tu kat column tepi blog, ada yang ditag untuk menjawab soalan mengenai wish list mereka dan ada yang saja-saja postingkan sebagai entry. Kau pernah nampak tak wish list tu? Title yang diletak adalah berlainan.
Dan barang-barang yang diwishkan itu kadang-kadang beriban jugak harganya. Tak tahulah kalau-kalau dia orang ni wish supaya orang lain yang bagi, ataupun diri sendiri yang bagi hadiah untuk diri sendiri ataupun tunggu jatuh dari langit.
Barang yang selalu diidamkan adalah dari sebesar-besar (harga) kereta, kamera, handphone sehingga sekecil-kecil (bentuk) pendrive dan sesenang-senang dicari, coklat. Coklat pun jadi nak diwishkan, oh! mungkin sedang mengidam sampai tak boleh nak bergerak pergi kedai depan taman untuk beli :| Kalau takpun mungkin coklat yang perlu diimport dari Russia.
Ada satu waktu tu, aku pun ada terfikir, apa yang aku nak. Kau nak apa?
Aku nak jadi isteri.
*mungkin dipengaruhi majlis-majlis kahwin yang semakin berleluasa dan kalangan kawan-kawan yang telah berstatus puan.
Jun 14, 2010
Walimatul urus
Hoi! Hoi! Hoi! Pernah dengar tagline tu?
Shahir AF8 punya tagline!
*cebik mulut
Semalam setengah jam kena mengadap Dairiku Shahir di kotak tv. (-_-')
**************************************
Aku sebenarnya bila pergi kenduri kahwin orang, tak kiralah kawan-kawan sendiri ke, kawan-kawan parents aku ke, saudara-mara ke, memang mulut aku akan bercakap. Mata aku melilau cari mana cantik, mana tak kena. Aku tahu itu tak bagus, sangat tak bagus. Sila jangan contohi aku.
Tapi majlis perkahwinan Kak Zaza sangat-sangat menarik perhatian aku, sampai aku rasa takda yang tak kena. Semuanya kena saja kat mata aku. Kira mata aku masa tu mendapat keindahan yang cukup. Tak kurang. Bibir aku senyum-senyum. Kalau nampak muka aku garang tu, maknanya hari panas, takda kaitan dengan persiapan keluarga pengantin yang aku rasa sempurna. Otak aku dah mula berkira-kira, berapalah kos yang diperuntukkan :|
Dari pintu masuk, ada RELA. Sampai pintu rumah, disambut. Sampai pelamin dalam, disambut lagi. Nak pergi makan, air dituang. Bersanding atas pelamin, pelamin atas pentas. Best kan? Nampak Kak Zaza, terus Kak Zaza tanya pasal Encik Aeh. Adeh. (-_-') Semuanya sempurna, macam takda cacat. Goodie bag pun berat weh. Cantik lagi.
Pengantin janganlah cakap, kau tengok tu, berseri-seri.
Afiq & Eeza
Jun 9, 2010
Belia oh belia!
Menurut pengetahuan aku yang tak berapa nak tahu, belia itu seseorang yang berumur 18 tahun hingga 40 tahun tidak kira apa juga bangsa dan jantina. Adakah aku betul?
Jika ya, aku adalah belia.
Dan juga remaja yang sangat muda. (-_-') Ya, saya masih muda, cuma tak tahu ajal bila.
Sempena hari belia negara, beberapa minggu yang lepas majlis secara besar-besaran diadakan di PWTC selama 3 hari. YOUTH' 10.
Dan aku difahamkan bahawa Siti Nurhaliza adalah ikon belia negara. Cehhhh!!!
*cebik mulut
Selama 3 hari itulah aku tak pergi. Yang pergi ialah Encik Aeh. Siap dapat tiket free oh! Senang-senang je dapat tiket, tapi tak dapat bawak aku haha. Pergilah kau sorang-sorang dengan bontot yang sakit. Kesian dia, bontot sakit, tapi keinginan untuk berhibur tersangatlah tinggi. Sabar ya?
Atas rasa kasihan aku tak dapat pergi bersama beliau, Encik Aeh belikan tee untuk aku :)
*sengih, sengih, sengih
Terima kasih, walaupun belum terima di tangan lagi tee tersebut.
Bertambahlah koleksi tee warna hitam dalam *gobok baju aku.
Ya, memang banyak sampai aku sendiri rasa tiap-tiap hari pakai baju yang sama. (-_-')
Dan Encik Aeh pergi Youth' 10 selama beberapa jam pada hari pertama, sebab beliau kata boring. Yeke?
Kau-kau-kau pergi? Macam mana keadaan kat sana?
*gobok itu almari
Jun 3, 2010
Bukan sekadar nasi ayam
Entah bila tarikhnya kami ke The Chicken Rice Shop...bukan sekadar nasi ayam (sila nyanyi ikut tema tersebut) Dah lama jugak, sebelum aku balik ke Muar. Telinga aku pernah dengar yang konon-kononnya Chicken Rice Shop ni tak sedap, tak best, tak segala-galanya. So, mindset aku dah tak teringin nak makan kat sini pun disebabkan pendengaran telinga aku yang sebegitu. Tetapi disebabkan Encik Aeh bawa aku pergi makan kat sini, aku rasa okay saja. Takda rasa teruk pun, okay saja. Tekak orang sama, tapi selera lain-lain.
p/s : Harga sepinggan nasi ayam kat The Chicken Rice Shop boleh dapat 2 pinggan nasi ayam kat warung abah aku. Nasi ayam abah aku siap warna-warni lagi.
Jun 1, 2010
Realiti TV
Sekarang Akademi Fantasia 8 dah habis. Diganti dengan Jangan Lupa Lirik pula. Sebelum Akademi Fantasia habis, aku dah berangan. Sebenarnya sangat-sangat berangan yang aku akan dapat tengok Mentor 4. Sekali, ada pulak Jangan Lupa Lirik. Buat pengetahuan kau-kau-kau, di kotak tv rumah aku memang akan terpampang channel Astro sahaja. Aku ulang, Astro sahaja! (tanda seruan menunjukkan geram) Aku nak tonton Mentor okay. Peduli apa kalau ada orang kata Mentor tu tak best, penuh drama, mentor-mentornya over, aku tak kisah. Akademi Fantasia lagi over okay! (geram lagi).
Actually, aku tak benci Akademi Fantasia, aku pun tak kata aku suka Akademi Fantasia. Aku biasa-biasa saja. Cuma kalau dah 24/7 channel Astro yang hampir setiap masa ada ulangan diari, dan sekarang ulangan klip-klip video bekas-bekas pelajar AF (dah penat type penuh), muka aku boleh bertukar warna hijau okay! Boleh muntah hijau jugak! Dan bila setiap hari suntuk aku penuh dengan AF, aku dah suka lagu RSVP. Aku suka lagu, bukan penyanyinya. LAGU!
Sampai sekarang aku tak berpeluang penuh-sepenuhnya untuk tonton Mentor 4.
Foto-foto disini Encik Aeh captured masa kami dan Asma' pergi tonton live kat Wisma MBSA, Shah Alam. Asma' pun sama, tunjuk garang dengan Canon beliau. Sekarang aku duduk rumah, tak dapatlah semua tu. Tunggu final Mentor 4 nanti, aku pergi. Encik Aeh, aku booking kau awal-awal :p (InsyaAllah)
Kalau ada undi untuk mentor-mentor, confirmed aku undi Mummy Mas Idayu. Ah, aku tak tahu kenapa aku suka dia. Tapi protege dia, Shaq, aku tak minat. Lagi satu pasangan Joe Flizzow dan Ila Damya. Dia orang pun macam hebat jugak.
Subscribe to:
Posts (Atom)