Showing posts with label Bacaan. Show all posts
Showing posts with label Bacaan. Show all posts

Apr 30, 2012

KOPI

Assalamualaikum.



This week ialah minggu KL International Book Fair di PWTC. Start from 27 April to 5 of May rasanya. Hari Sabtu aku pergi, Ahad pun pergi lagi. Tujuan paling penting ialah pergi booth Fixi. Aku hendakkan karya neddokhan lagi, tapi cuma satu novelnya; Kelabu. Dan aku dah pun miliki. Sesampai di booth Fixi, buku pertama aku capai; Kopi. Aku palingkan Kopi, mata terus nampak nama Nadia Khan; neddokhan yang aku cari karyanya. Aku beli Kopi semata-mata neddokhan. Semata-mata. Buku sampingan, aku beli Kougar.

Chan lagi hebat, beli 4 buah, aku cuma 2. Antaranya, Nakal oleh Aloy Paradoks, Sang Bohemian, Travelog Rabak dan Awek Chuck Taylor oleh Nami Cob Nobbler.

Aku rebutkan Awek Chuck Taylor dengan Chan, tapi dia kedekut, dia tanak kongsi dengan aku. Kami memang suka buku tapi belum tahap obses. Untuk membeli, itu sudah pasti.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Dec 24, 2011

Tshirt Revisit, Kitab Terfaktab dan Puisi Jadi Senjata

Assalamualaikum.


Kan dah bagitahu, nak share tshirt 'Revisit' kan. Ni la tshirtnya. Masa event RantaiArt tu pun kami ada beli buku. Aku beli satu, Chan beli satu. Aku beli Kitab Terfaktab dan Chan beli Puisi Jadi Senjata yang masing-masing berharga RM20 dan RM10.

Kitab Terfaktab menghimpunkan karya-karya tentang cinta dari Skuad Terfaktab antaranya Aqram, Mr. K, Lord Zara, Penulis Sahaja dll. Mereka semua adalah blogger dan Terfaktab juga merupakan sebuah blog cinta yang mengetengahkan 'definisi cinta infiniti'. Puisi Jadi Senjata pula menghimpunkan puisi-puisi karya penyokong-penyokong A. Samad Said mengenai Bersih 2.0 yang lalu.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Dec 10, 2011

Novel - Ikhlas, A.K! & Kurela Cinta Ini Bertamu

Assalamualaikum!

Beli novel lagi, hihi. Actually ada 3, aku beli 2 dan lagi satu Chan yang beli. Chan pun sibuk nak baca hehe, tapi jarang aku tengok lelaki suka membaca novel, novel cinta lak tu. Tajuk novel yang pada Chan ialah Sejam RM2.50 karya Norhayati Berahim.

So, habiskan baca 2 novel ni dulu then baru pinjam Chan punya novel.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Dec 2, 2011

Novel - Kau Milikku

Assalamualaikum.


Dah lama sebenarnya tak baca novel. Dulu-dulu rajin jugaklah baca novel walaupun koleksi tak banyak mana. Paling popular dulu novel dari penulis Norhayati Berahim, Damya Hanna, Aisya Sofea, Aina Emir dll. Sesiapa yang kaki novel confirm kenal diorang ni.


So, last few days after work, aku dengan Chan pergi KLCC untuk makan malam. Before that, jenjalan round-round and then singgah Kinokuniya. Belek punya belek, lamalah jugak aku berdiri-bongkok-cangkung cari novel-novel yang best. Sinopsis setiap novel aku baca. Chan dah gi kat rak 'hobbies & art'. Dia suka sangat tengok buku puzzle, sudoku dll. Tapi harga dia mahal bak hang!


Lastly, dapat satu novel. Yey!


Tajuk: Kau Milikku

Penulis: Aisha Hamza

Penerbit: Kaki Novel Enterprise

Harga: RM23

Watak utama: Dizyan Farhana, Fezrul Faizal & Ku Zhety


Sinopsis:

Dizyan seorang gadis gempal yang selalu dijadikan bahan usikan Faizal. Selepas 8 tahun, mereka bertemu kembali dan terpaksa disatukan atas satu peristiwa. Ku Zhety wujud didalam hubungan mereka dan menyebabkan Dizyan mula jauh hati. Adakah mereka akan bersatu dan membina keluarga sempurna?


Selamat membaca!


Published with Blogger-droid v2.0.1
Daisypath Happy Birthday tickers