Jan 18, 2011

Hari Melawat KL 1

Assalamualaikum

Memandangkan entri ni sepatutnya di post pada hari ahad lepas, tapi aku tak sempat nak post, so aku buat entri ni berepisod. Akan ada 3 episod mungkin. Ahh, tapi bukan cerpen atau novel. Gambar je pun, itu pun aku post untuk tatapan aku sendiri...dan bakal cucu cicit aku nanti.

Sehari sebelum kejadian;
Aku beriya sangat nak pergi pameran setem kat muzium negara.

Hari kejadian;
Aku bangun tidur lambat-lambat, memang malas gila. Aku tanya Chanhonam, 'nak pergi ke pameran setem tu? macam malas je.' Chanhonam macam biasa, 'ikut awaklah, awak yang nak pergi.'

Ok, mandi-mandi-mandi, pergi.

Harga tiket untuk dewasa RM3. So, total RM6 + RM 3 lagi sebab bawak kamera +_+
Berkira betul pihak muzium ye. Sekali dah beli tiket, pakgad taknak tengok pun tiket yang kami beli. Haram jadah, serupa tak yah beli tiket.


Gambar ni antara gambar keberet aku, eh salah, gambar feberet aku. But, perasan tak kaki seluar aku terlipat tu!!!!! Benci, tak kacak dah +_+


Ini surat yang dihantar post stampless. Maknanya ta payah pakai setem. Ke Jalan Maharani, Muar ok! Cepat-cepat suruh Chanhonam captured.

Tak sampai 10 minit pun round-round the world dah takde setem dah. Kecik gila pameran, tak berbaloi betul. Agak fedap jugaklah, haih.
Aku pun bukan reti nak bercerita panjang, dah memang kerja aku suka post gambar je. Episod kedua will be update soon...

Jan 4, 2011

Sesi temumata

Assalamualaikum!

Memandangkan cuti semester yang lepas hampir 2 bulan jugaklah, so selama 2 bulan tu lah aku tak jumpa Chanhonam. So, tadi kami berjumpa. Oh yeah! Gembira :) Habis kelas je tadi terus ke KL, lagipun aku memang nak beli barang kat Low Yat. Nak beli stationaries, maklumlah start semester semua barang kena baru :p

Gambar-gambar kat bawah was taken semasa kami lunch pada pukul 4 petang. Lunch ke gitu? Lapar gila perut aku, dah meratap merintih nak nasi.

Dalam buku tu aku tuliskan list barang-barang yang nak dibeli. Mesti kena listkan oh, kalau tak, habislah duit aku. Bagus sebenarnya listkan barang yang nak dibeli. Silalah contohi saya :p

Sungguh kan aku menulis.


Ni Chanhonam saya, tengok t-shirt dia. Kuning kau! SWEETIES lagi. Sweet ke? :p Aku sweet, tu dah betullah. Heh.


Time to go home bebeh! Good night!

Jan 3, 2011

Hari pertama di semester 6 / Oh vespa!

Assalamualaikum!

Oh yeah! Hari pertama di semester 6. Haih, belum-belum tadi pagi dah core subject. Mengantuklah weh. Confirm C lah aku semester ni, tidak dinafikan lagi. Macam mana entah nak dapat A, otak aku tak dapat nak mengeluarkan idea bernas +_+ Tadi jumpa satu vespa ni kat parking motor, kat mata aku nampak kacak oh. Merah makngah, kau! Encik, saya pinjam vespa encik, saya sandar kat vespa encik, saya pegang-pegang vespa encik, saya puji vespa encik, saya amek gambo kat vespa encik. Encik, terima kasih ye.

*thanks iempian for captured this picture :)

Jan 2, 2011

Sepetang di bandar Muar

Assalamualaikum!
Bismillahirrahmanirrahim...

Tak kurang dari 8 jam mungkin, aku dah kena gerak ke Shah Alam untuk habiskan pembelajaran di universiti. Oh! memang satu perkara yang paling haru sekali kalau nak ke Shah Alam. Susah sangat. Bontot jadi berat, hati jadi lekat. Tapi bila dah sampai Shah Alam, aku ok je.

Jadi, petang tadi aku dengan mama+adik jalan-jalan kat Muar. Yelah, last day cuti aku before aku naik semester 6 :( sob...sob...isk...isk.. *sedih. Actually, kami jarang sangat ke bandar kalau nak shoping+jalan-jalan. Kami prefer pergi Melaka, maklumlah, Melaka maju. Kami pun nak maju jugak, ha amek kau kena pergi Melaka baru rasa maju :p Tapi tadi memandangkan abah berniaga, so we decided to hang out in Muar je. Angah pulak takde, she had a date. Mama dah buat list dah apa yang nak dibeli, tapi sampai bandar, haram nak beli barang ikut list. Mesti bajet melimpah ruah punyalah :p



The view in Muar. Banyak lagi bangunan-bangunan lama yang masih tersergam. Tu ha, 1961, mama pun belum lahir. Masa jalan-jalan ternampak booth-booth ni. Inilah uptown Muar. Kehkehkeh, tergelak-gelak nama dia uptown. Uptown ke? Jauh beno rupa dia dengan uptown yang ada kat KL tu. Tapi uptown ni ada every weekend je, weekdays takde. Lagipun kalau bukak hari-hari, rakyat Muar takdelah ramai sangat nak pergi beli barang hari-hari :)


Petang tadi, second time aku pergi, so rembat shawls. But, I heart pashmina only. Sangat suka dengan kain dia, ringan and easy-wear. Shawl lain pun pakai jugak, tapi I'm more to pashmina. Rasa muka elok-cantik-tertarik je :p *perasan.



One piece only RM 10. Selalu sangat tengok orang jual shawl online, harga tinggi sikit, plus postage lagi, tak ke kau dah boleh hambek lagi sehelai?

Jan 1, 2011

Dengan nama Allah di tahun baru

Assalamualaikum!

Entri pertama 2011 dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim.
Daisypath Happy Birthday tickers