Feb 27, 2011

Takde arah di Empire

Assalamualaikum

Hari sabtu lepas, Ima ajak aku pergi jalan-jalan cari pasal, tak tau mana nak pergi, rasa macam takde arah tujuan. Tapi aku ikut je, kalau duduk rumah pun bukan ada siapa, aku sorang je. Dah lepas cari pasal, tup-tup je dah sampai KL. Ceh, konon je tup-tup :p

Siap pergi Jalan TAR, Sogo segala bagai. Last sekali nak balik pun sempat lagi singgah Emperior Subang Jaya. Ni kira second time aku pergi, tempat ni hi-class je, biasalah I budak kampung, pergi jalan TAR je I mampu.




Kan I dah cakap, I tak mampu masuk butik GUESS neh, berdiri kat dinding luar je.

Ha, yang ni mampu masuk. Masuk je, beli tak. Cantik kan bola-bola-api kat siling tu, dah macam candy warna dia.


Kalau dah sampai tingkat atas, lepas tu rasa malas gila nak turun bawah guna eskalator, boleh guna tube slide neh. The World's Longest Indoor Tubeslide ok, jangan memain, kat sini je ado. Aku tak sure la berapa tingkat tinggi tube slide neh, tapi boleh tahan la tingginya. Sekali masuk RM12, hamek kau sekejap je sampai bawah. Kau guna eskalator = free.

Feb 19, 2011

Hidung hitam

Assalamualaikum

Tengok! Bebot saya dah mula main-main, dia nampak seronok walaupun luka belum sembuh sepenuhnya dan hidung kekal hitam :p

p/s: cerita Bebot memang akan diupdate selagi aku tak berpuas hati dengan kesihatan dia.

Feb 18, 2011

T-shirt Group G muat-molek di badan

Assalamualaikum

Pesanan awal: Entry ini mungkin hanya diketahui oleh penghuni Group G sahaja. Sila berjaga-jaga.

Kelas kitorang dah setuju nak buat t-shirt khas dipakai semasa site visit kat Johor Bahru nanti. Tapi site tak dapat lagi, t-shirt dah ada +_+ Sekarang, t-shirtnya dah siap! Aku dengan Iempian dah pakai dan amek gambo lagi kau! Laju gila. Tetiba je excited nak pakai, last-last badan kita orang gatal-gatal. Baju belum basuh tapi mengada-ngada nak pakai. Ha, amek kau. T-shirt ni kita orang pakai fresh dari ladang, tak sampai beberapa jam received from Mizo.

Mujur sangat size yang kita orang tempah muat-muat-molek-molek je kat badan kita orang :) Senyum sampai telinga , dah tak risau tentang size. Tapi kesian kat others yang silap tempah size.

Kat belakang ada tulis nama-nama penghuni group G, tapi lupa pulak nak capture. Tak dapat nak tunjuk nama aku yang sesedap mulut nak sebut tu :p

Bertambah dah koleksi t-shirt hitam dalam gobok.

Oh lupa nak kasi tahu, itu kawan saya, nama dia NurNaim Mohamad Said. Kawan-kawan lain panggil dia Iem, tapi saya panggil dia Iempian. Tapi Ustaz Mohtar kata, panggil nama penuh tu bagus. Nampaknya saya kena panggil dia NurNaim mulai sekarang!

Feb 16, 2011

JM Bariani menyenangkan hati

Assalamualaikum

Kali ni terjah Tesco Shah Alam tanpa tujuan. Kalau ikut Ima jalan-jalan memang haru, semua barang nak beli. Before dia shopping isi perut dulu.


Itu tanda orang berselera.

JM Bariani menyenangkan hati, sedap gila. Nilah first time makan, harga pun boleh tahan. Mahal :p Tunggu kaya baru boleh makan lagi, kalau tak, suruh pakcik Tazull masak je. Sama jugak sedapnya. Free lagi kau!

Feb 15, 2011

Bebot is going ok :)

Assalamualaikum

Tadaaa! Bebot's here! I'm okay now! I know you are worried about me Juleha (and some girls i think :p) so I'm here to say that I'm okay even I know I'm not handsome like before :|

Oh Bebot, saya tak kisah awak dah tak handsome sebab lubang akibat main katak tuh, saya tetap sayang awak. Awak pun don't worry ok?


Gambar-gambar ni memang fresh dari ladang, baru je angah aku post kat Facebook aku. Angah kata macam ni lah rutin harian Bebot.

Termenung depan pagar rumah tengok budak-budak main lari-lari, kejar-kejar. Nampak macam termenung fikir masa depan dia apa nak jadi sebab badan dah berlubang, so bimbang bila besar nanti dia tak dapat nak jadi askar sebab askar mana boleh ada parut dan kalau nak jadi model pun tak boleh sebab dia dah tak kacak+handsome, so dia tak boleh posing-posing secara menggairahkan apatah lagi mengiurkan mak-mak ikan untuk support kehidupan dia bila dah takde duit nanti. Oh, mengarut! Okbai!

Feb 13, 2011

The latest news about Bebot

Assalamualaikum
Ha! Ni gambar terbaru Bebot. Teruk kan luka dia. Angah kata ni dah ok sikit daripada yang mula-mula haritu siap berair+nanah lagi. Eeewww! Tapi pada aku, ni pun macam tak ok je. Siap berlubang bagai. Ish! Gambar ni diambil masa dia duk berehat kat rumah sebelah, actually rumah sebelah rumah aku tuh rumah kosong. So dia macam rumah terbiar tau, Bebot memang suka main kat situ. Sekarang tanggunglah luka berlubang tuh main katak siapa suruh.


Sakit-sakit pun still nak main-main. Angah kata lagi, malam-malam selalu sangat dia berjalan-jalan macam ambil angin kat Pavillion kot. Kat Muo ada Pavillion tau, jangan terkejut pulak. Kalau tengahari dan petang dia suka berjemur. Apekehentah perangai Bebot macam tuh.

Gambar ni paling terbaru, angah baru post kat wall Facebook aku dalam 3jam lepas. Dia dah lama tak mandi, kalau aku tak mandikan memang takde siapa nak mandikan si Bebot tuh. Tapi angah tukarkan rantai leher dia, sebab rantai before ni warna oren dah tak macam warna oren, kotor sangat.

Feb 12, 2011

Bila rakan serumah bertujuan satu ke Bijou Bazaar

Assalamualaikum
Entry kali ni memang penuh dengan gambar, dah jadi macam album gambar pun ada. Bukan senang nak hangout dengan housemate, so gambar-gambar ni boleh jadi kenangan bila aku jadi nenek nanti.
Petang tadi aku, Husna, Ima pergi Dataran Shah Alam, Pekan Frinjan 17 & Bijou Bazaar. Tak meriah sangat lah, macam kena ada something yang perlu dibuat untuk attract orang datang. Tapi kawasan pun terhad, kalau ramai sangat orang pun sesak jugak kan. Banyak booth baju-baju vintage kat situ. So, sesiapa yang memang bervintage style tu, ni memang kawasan dia orang.


Baju ni Ima dah rembat satu. Berhelai-helai jugaklah dia beli.

Bukan ada jualan baju je, jualan buku-buku, karya-karya penulis pun ada. Setahu aku, ada perlancaran buku 'Kuala Lumpur, Aku Okay' kot.






Gambar ni memang gambar keberet aku lah! Rasa macam cantik gila masa ni. Tahap keyakinan dah overlevel even aku kurus. Hehehe.


Aku tak pernah lagi amek gambar buat pipi-kembung-kembung-konon-konon-comel-eeewww! Ni first time, last time tak tau lagi.

Ni je untuk etry kali ni, okbai!

Feb 8, 2011

Bebot sedang gering, semoga dia cepat sembuh

Assalamualaikum

Sedih bila tengok gambar Bebot jadi gini. Dua hari lepas mama mms gambar Bebot. Lepas tuh angah aku pulak post gambar ni kat wall Facebook aku. Serius, aku menangis bila dapat mms mama. Sedih weh. Dari kecik dari baby aku jaga si Bebot ni. Biru dah mati, takkan Bebot nak ikut Biru jugak. Oh tidak! Tiap-tiap hari duk tengok gambar Bebot, hari-hari jugaklah berharap Bebot sembuh.

Mama kata Bebot kena gigit dengan kucing jantan. Tapi kenapa kucing jantan nak gigit Bebot, Bebot pun jantan. Gay ke kucing jantan tuh +_+ Semalam angah kata, kawan dia bagitau yang Bebot mungkin kena air kencing katak. Berasid sangat ke air kencing katak tuh sampai bulu Bebot tanggal, kulit Bebot takde, nampak daging Bebot yang merah tuh. Sedih tengok keadaan Bebot. Bebot dah taknak makan. Minum pun kurang. Jalan terdengkot-dengkot. Sakit sangat mungkin. Bebot selalu cakar-cakar pintu nak masuk, nak minum air kat bilik air dalam rumah. Dia tak suka air kat luar, kotor mungkin.

Entah macam mana keadaan Bebot harini.....

Feb 7, 2011

Review blog : raravintage

Assalamualaikum
Malam ni saja-saja je nak review blog orang lain. Actually, it's a blogshop. Rasa macam berbaloi-baloi je kalau beli kat blog ni. So, tadi owner of the blog datang Seksyen 7, Shah Alam buat car booth sale. Dengan rasa excited dan bersungguh-sungguh pergi tempat berkenaan.

Klik link bawah ni untuk ke blog tersebut.



Gambar-gambar diatas adalah contoh-contoh dress yang raravintage jual. Murah sangat. Kalau beli by hand lagi murah. Kualiti adalah sangat baik, so memang berbaloi-baloi lah.

Feb 6, 2011

Dress vs jumpsuit

Assalamualaikum
Tadaaa! Yes! Yes! Yes! Ok, nampak macam excited + happy gila kan. Memang happy sebab dapat dress biru tuh. Yang jumpsuit tuh Ima punya. Dia pun excited + happy gila macam aku, sebab dia memang mencari jumpsuit. And finally we got it! Ala lagipun murah je, sebab tuh rasa macam berbaloi-baloi je bila dapat beli.

Ha! Jangan nak membayangkan aku kurus gila dengan drees tuh. Aku cantik bila pakai ok! Don't jugde me by my dress, ecehhhh! Chanhonam siap mengesyorkan aku untuk pakai legging bila pakai dress tuh. Ceh! Pandai betul mamat tuh mix & match pemakaian aku :p Tapi kalau pakai legging, yes for sure aku nampak keding gila. So, jeans sudey!

Ima, kau pun cantik in that jumpsuit! Yang penting confident! (sambil menggenggam tangan dengan semangat membara) Thanks to Ima sebab captured gambar guna kamera handphone canggih dia. Yes! Yes! (masih excited neh!)

p/s: Ima lebih excited dari aku, sebab dah sejam dia duk pakai jumpsuit tuh. Kehkehkeh.

Feb 4, 2011

Hari Melawat KL 3

Assalamualaikum
Ok, macam dah boring asek-asek post gambar yang macam ni. Eh, aku peduli apa, nanti aku dah jadi nenek, Chanhonam dah jadi atok kepada cucu-cucu kami nanti, aku aku tengok balik masa-masa kitorang pergi jalan-jalan macam ni. (ehem-ehem berangan kejap jadi nenek. ehem-ehem)



Kat sini dah takde dah nak silang-silang kaki bagai. Tiap-tiap bergambar nak silang kaki, kau ingat kau Scha Al-Yahya ke apa. Kurus pun kurus la, keding pun keding la +_+

Jalan-jalan kitorang bukan jalan sembarangan tau. Time ni memang rasa patriotik gila. Excited weh, aku tak pernah pergi Tugu Negara weh. Dah 24 tahun baru dapat pergi, cis! rasa macam pelancong pulak.

Aku siap nyanyi lagu apa tuh, lagu yang bunyi dia gini 'semboyan telah berbunyi..bla...bla...bla..' Ha...aku siap ajak Chanhonam nyanyi, tapi dia buat dek muka beberapa sen dia. Adey. Tak dilayan langsung, sibuk ambil gambar, macamlah dia tuh pelancong. Lainlah macam aku, aku memang pelancong tau! Dia orang KL, takkan tak pernah pergi Tugu Negara!


Tengok! Punyalah sombong dan angkuh taknak diambil gambar. Cis!

Feb 2, 2011

Hari Melawat KL 2

Assalamualaikum

Setelah sekian lama blog ini ditinggalkan tanpa khabar berita, oleh itu dengan rasa besar hati dan jantung, episod kedua hari melawat Kuala Lumpur disiarkan.

Aku macam on vacation kat Bali kan susasananya. Ceh konon, Taman Tasik Perdana je ok. Jangan nak perasan sangat kau tu pergi Bali cik Leha oi. Ok, berhenti perasan.


Perasan tak kaki aku bersilang kalau gambar penuh diambil. Hehe, yes of course sebab nak sorokkan kekedingan diri aku tuh. Kaki aku panjang, so memang cantik, tapi bila pandang badan seluruh, nampak la macam orang afrika tak makan 2 bulan :p



Ok, time ni memang aku nak gelak gila, sebab konon-konon sedang berdrama, ceh! Boleh tahan mamat ni nak berdrama dengan aku.


The final Hari Melawat KL will be post in the next entry.
Daisypath Happy Birthday tickers