Jan 31, 2012

Holiday @ Cameron Highlands - The Big Red Strawberry Farm 4

Assalamualaikum.

Lepas sesi memetik strawberi, mari kita lihat hasilnya! Dua bakul penuh tau! Harganya jangan cakap lah, separuh bakul tu bersamaan 1 kg, berharga RM25. Kitorang petik dua bakul penuh.


Ini bakul yang Angah pegang, lagi satu ada pada Mama.

Tadaa! Dah siap packing, dah siap bayar, tinggal nak bawak balik Muar, bagi pada jiran dan kawan-kawan. Kami tak makan mana pun strawberi tu, saja seronok-seronok, heheh.




Ohhh, lepas ni kita pergi tempat penanaman cendawan pulak!

Jan 30, 2012

Holiday @ Cameron Highlands - The Big Red Strawberry Farm 3

Assalamualaikum.

Wahhh, banyak betul entry pasal holiday. Kali ni entry pasal memetik buah strawberi. Before nak masuk dalam farm, mesti pergi ke kaunter untuk ambil bakul dan gunting. Strawberi tak boleh petik pakai tangan, kena pakai gunting dan satu bakul hanya dua orang yang boleh masuk ke dalam farm. Ini mungkin sebagai langkah-langkah menjaga kualiti buah strawberi tersebut, cehhh pepandai je aku. So, kami ambil dua bakul, lepas tu mintak kebenaran kat pekerja tu untuk masuk lagi sorang sebab nak ambil gambar. Sebenarnya bukan setakat ambil gambar, tapi ambil kesempatan makan buah strawberi kat dalam farm tu, heheh.



Yang paling excited ialah Mama, seronok sangat petik buah strawberi tu.

Yang ni bukan daun strawberi ye tuan-puan, yang ni daun parsley. Ditanam di bawah tanaman strawberi. Hidup subur segar bugar gittew!



Add Image
Yang ni barulah daun strawberi. Hijau pekat berbunga putih.





Jan 29, 2012

Holiday @ Cameron Highlands - The Big Red Strawberry Farm 2

Assalamualaikum.

Seperti yang dikatakan dalam entry lepas, kali ni bahagian sayur. Walaupun tak banyak sayur dalam Farm ni, tapi kesegarannya amatlah terserlah. Rasa macam nak cabut dari tanah-terus makan cenggitu. Heheh.





Hijau ngattt kan... Seronok je duk dalam kebun penuh sayur segar hijau cenggini.

Ini salad biasa yang kita nampak kat pasar tu.

Yang ni namanya Butterhead, sejenis salad jugak.

Ini pulak Red Coral. Salad warna merah. Rupa dia macam terumbu karang kan, so that's why aku rasa nama dia coral.



Ahaa! Pakcik ni sporting, tak suruh amik gambar pun, tapi dia dah posing dulu. Heheh. Pakcik ni kata lobak putih ni senang ditanam dan tumbuh.

Holiday @ Cameron Highlands - The Big Red Strawberry Farm 1

Assalamualaikum.

Hari esoknya, 24th January 2012 iaitu hari kedua CNY, kami bangun pagi-pagi sebab nak elak kesesakan di Brinchang untuk pergi The Big Red Strawberry Farm. Tahun 2008 dah pergi sini, best tau farm ni, sebab tu kali ni pun nak pergi lagi. Farm ni buka setiap hari 8.30 pagi. Kami sampai dalam 8.20 pagi dan kami merupakan customer ketiga yang datang. Rupa-rupanya ada yang lebih awal dari kami.



Sebelum Farm dibuka, kami ambil gambar yey!!! Siap buat timer dekat kamera letak atas bumbung kereta supaya semua ahli keluarga dapat bergambar bersama.

Ok, bahagian hadapan Farm ni diletakkan bunga-bungaan dan juga kaktus.



Tak tahulah apa nama bunga ni, selagi ianya bunga selagi tulah cantik mata memandang, ececehhh.




Ini morning glory kot. Entah.

Periuk kera. Satu pasu RM23.00. Nampak tak harga kat pasu tu.

Ini anggur ye tuan puan, cehhh takdelah. Ini salah satu jenis kaktus dan ianya berjuntai ke bawah. Macam buah anggur hijau kan.



Kaktus ni besar sangat tapi yang RM35.00 tu bukan harga dia k. Itu untuk harga kaktus kat bawah dia yang lebih kecil.



Next entry ialah sayur :)
Daisypath Happy Birthday tickers