Feb 26, 2012

Sabtu di Menara Kuala Lumpur

Assalamualaikum.

This weekend harus bekerja, so sad. Memang takde mood langsung nak menghadap drawing AO size pulak tu. -_- Dalam pukul 3 lebih macam tu, kami pergi makan then pergi KL Tower. Actually tak rancang pun nak naik KL Tower. Tetibe je "jom pi KL Tower, dah lama tak naik" Then terus je melencong ke sana.

View from bottom of tower. Penat oi mendongak nak amik gambo ni. Panas pun panas.

Oh ya, lupa nak kata. Kat menara ada pameran Pesta Negeri. Ada model rumah-rumah bagi setiap negeri di Malaysia. Paling cantik kat situ rumah negeri Pahang. Yeke negeri Pahang punya rumah cantik. Bukan rumah limas Johor ke yang paling cantik? Haha.

Binatang ni aku memang tak paham kenapa beliau turut dijadikan pameran.

Comel kan ada permainan dam aji sebesar ini. Kami main sat, aku ada satu aji, Chan ada 3 aji. Terus aku declare kekalahan sendiri. Cis.



Yang ni rumah Negeri Sembilan. Minangkabau. Tapi memang ada langsir putih ke?



View from the pelantar. Rasa macam jakun pula dapat tengok satu KL daripada atas.


Mesti dah tahu kan yang KL Tower ni merupakan menara tekomunikasi keempat tertinggi di dunia yang mempunyai ketinggian 421meter. Menara paling tinggi ialah di Toronto, Kanada setinggi 521meter.

Eh, masuk KL Tower dikenakan bayaran sebanyak RM 30 bagi pakej asas ditambah dengan pilihan samada animal zoo, pony ride atau formula 1. Kami pilih animal zoo, akan diupdate in next entry. Nak masuk kena tunjuk Mykad k.

Feb 12, 2012

Ice Room Taman Shamelin Perkasa

Assalamualaikum.

Ini first time pergi Ice Room, sesaja nak merasa. Aku order Mango Pamelo Snow Ice, Chan order Fish Fillet with Thousand Island.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Feb 6, 2012

Ayam Penyet Ria, Sungei Wang

Assalamualaikum.

Semalam tengok filem Azura! Aku tengok filem tu sebab ada Neelofa. Heheh. Then lepas tu baru pergi Sungei Wang, sebab handphone Chanhonam ada problem. Singgah makan malam kat sini. Baru lagi bukak gaknya, before ni tak pernah nampak pun. Sesaja nak try, sedap oi. Bagi 5 bintang boleh? Heheh.

Kami order nasi putih, sayap penyet (chicken wing), satay ayam dan bakso ria. Air pulak aku order milo dinasour. Chan minum mineral water je sebab dia diet, hihik.

You should try Ayam Penyet Ria, people!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Feb 1, 2012

Holiday @ Cameron Highlands - Kea Farm

Assalamualaikum.

Kami dah dalam perjalanan pulang sebenarnya masa ni, jadi kami singgah Kea Farm ni sekejap. Masa 2008, Kea Farm ni takde lagi, sekarang dah ada. Macam biasa, mana-mana tempat kat CH ni mesti jual strawberi, limau dan sayur-sayuran. Tapi aku tak pernah nampak lagi penanaman cendawan.

Mungkin tak besar mana, tapi excited jugaklah. Selalunya tengok kat tv je, sekarang depan mata.

Pekerja ni pun sedang memetik cendawan. Senang sangat rupanya, tarik aje cendawan tu perlahan-lahan dari tempat dia tu. Pekerja ni bagitau, satu tempat yang tanam cendawan tu boleh digunakan hanya 8 kali pertumbuhan sahaja. Lepas tu tak boleh guna dah.



Ada tiga warna cendawan yang di tanam di Kea Farm ni, semuanya boleh makan. Selalunya kita makan warna kelabu je kan, haaa, yang ni warna pink dan kuning pun boleh makan.

Ni yang Mama tunggu-tunggu, bergambar kat strawberi gergasi. Maklumlah, baru dibina, masih berkilat, hehe.
Daisypath Happy Birthday tickers