Feb 8, 2011

Bebot sedang gering, semoga dia cepat sembuh

Assalamualaikum

Sedih bila tengok gambar Bebot jadi gini. Dua hari lepas mama mms gambar Bebot. Lepas tuh angah aku pulak post gambar ni kat wall Facebook aku. Serius, aku menangis bila dapat mms mama. Sedih weh. Dari kecik dari baby aku jaga si Bebot ni. Biru dah mati, takkan Bebot nak ikut Biru jugak. Oh tidak! Tiap-tiap hari duk tengok gambar Bebot, hari-hari jugaklah berharap Bebot sembuh.

Mama kata Bebot kena gigit dengan kucing jantan. Tapi kenapa kucing jantan nak gigit Bebot, Bebot pun jantan. Gay ke kucing jantan tuh +_+ Semalam angah kata, kawan dia bagitau yang Bebot mungkin kena air kencing katak. Berasid sangat ke air kencing katak tuh sampai bulu Bebot tanggal, kulit Bebot takde, nampak daging Bebot yang merah tuh. Sedih tengok keadaan Bebot. Bebot dah taknak makan. Minum pun kurang. Jalan terdengkot-dengkot. Sakit sangat mungkin. Bebot selalu cakar-cakar pintu nak masuk, nak minum air kat bilik air dalam rumah. Dia tak suka air kat luar, kotor mungkin.

Entah macam mana keadaan Bebot harini.....

Feb 7, 2011

Review blog : raravintage

Assalamualaikum
Malam ni saja-saja je nak review blog orang lain. Actually, it's a blogshop. Rasa macam berbaloi-baloi je kalau beli kat blog ni. So, tadi owner of the blog datang Seksyen 7, Shah Alam buat car booth sale. Dengan rasa excited dan bersungguh-sungguh pergi tempat berkenaan.

Klik link bawah ni untuk ke blog tersebut.



Gambar-gambar diatas adalah contoh-contoh dress yang raravintage jual. Murah sangat. Kalau beli by hand lagi murah. Kualiti adalah sangat baik, so memang berbaloi-baloi lah.

Feb 6, 2011

Dress vs jumpsuit

Assalamualaikum
Tadaaa! Yes! Yes! Yes! Ok, nampak macam excited + happy gila kan. Memang happy sebab dapat dress biru tuh. Yang jumpsuit tuh Ima punya. Dia pun excited + happy gila macam aku, sebab dia memang mencari jumpsuit. And finally we got it! Ala lagipun murah je, sebab tuh rasa macam berbaloi-baloi je bila dapat beli.

Ha! Jangan nak membayangkan aku kurus gila dengan drees tuh. Aku cantik bila pakai ok! Don't jugde me by my dress, ecehhhh! Chanhonam siap mengesyorkan aku untuk pakai legging bila pakai dress tuh. Ceh! Pandai betul mamat tuh mix & match pemakaian aku :p Tapi kalau pakai legging, yes for sure aku nampak keding gila. So, jeans sudey!

Ima, kau pun cantik in that jumpsuit! Yang penting confident! (sambil menggenggam tangan dengan semangat membara) Thanks to Ima sebab captured gambar guna kamera handphone canggih dia. Yes! Yes! (masih excited neh!)

p/s: Ima lebih excited dari aku, sebab dah sejam dia duk pakai jumpsuit tuh. Kehkehkeh.

Feb 4, 2011

Hari Melawat KL 3

Assalamualaikum
Ok, macam dah boring asek-asek post gambar yang macam ni. Eh, aku peduli apa, nanti aku dah jadi nenek, Chanhonam dah jadi atok kepada cucu-cucu kami nanti, aku aku tengok balik masa-masa kitorang pergi jalan-jalan macam ni. (ehem-ehem berangan kejap jadi nenek. ehem-ehem)



Kat sini dah takde dah nak silang-silang kaki bagai. Tiap-tiap bergambar nak silang kaki, kau ingat kau Scha Al-Yahya ke apa. Kurus pun kurus la, keding pun keding la +_+

Jalan-jalan kitorang bukan jalan sembarangan tau. Time ni memang rasa patriotik gila. Excited weh, aku tak pernah pergi Tugu Negara weh. Dah 24 tahun baru dapat pergi, cis! rasa macam pelancong pulak.

Aku siap nyanyi lagu apa tuh, lagu yang bunyi dia gini 'semboyan telah berbunyi..bla...bla...bla..' Ha...aku siap ajak Chanhonam nyanyi, tapi dia buat dek muka beberapa sen dia. Adey. Tak dilayan langsung, sibuk ambil gambar, macamlah dia tuh pelancong. Lainlah macam aku, aku memang pelancong tau! Dia orang KL, takkan tak pernah pergi Tugu Negara!


Tengok! Punyalah sombong dan angkuh taknak diambil gambar. Cis!

Feb 2, 2011

Hari Melawat KL 2

Assalamualaikum

Setelah sekian lama blog ini ditinggalkan tanpa khabar berita, oleh itu dengan rasa besar hati dan jantung, episod kedua hari melawat Kuala Lumpur disiarkan.

Aku macam on vacation kat Bali kan susasananya. Ceh konon, Taman Tasik Perdana je ok. Jangan nak perasan sangat kau tu pergi Bali cik Leha oi. Ok, berhenti perasan.


Perasan tak kaki aku bersilang kalau gambar penuh diambil. Hehe, yes of course sebab nak sorokkan kekedingan diri aku tuh. Kaki aku panjang, so memang cantik, tapi bila pandang badan seluruh, nampak la macam orang afrika tak makan 2 bulan :p



Ok, time ni memang aku nak gelak gila, sebab konon-konon sedang berdrama, ceh! Boleh tahan mamat ni nak berdrama dengan aku.


The final Hari Melawat KL will be post in the next entry.
Daisypath Happy Birthday tickers