May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum.

Masa Hari Ibu aku tak buat entry pun untuk Mama, macam biasa lah, internet takdok. Ni hari guru aku buat entry, boleh tuju kat Mama jugak kan. Beliau pun didik kita dari kecik. Thanks Mom!

Masa sekolah rendah dulu-dulu, Darjah 6. Aku memang suka subjek Matematik tapi sangat tak suka buat latihan. Membebankan tau tak. Cikgu Othman punya style memang bagi latihan sampai beratus-ratus soalan. What for, man? Memanglah nak amek UPSR time tuh, tapi kalau beratus soalan bagi harini, lusa kena hantar, memang tak hantar lah kan. Aku memang tak pernah buat homework Math tu, bila time nak hantar bagi alasan buku hilang. Kalau dah 4 kali alasan buku hilang, memang tak logik lah kan. Muka aku memang muka berdiri atas kerus, kena rotan kat tapak tangan. Agaknya Cikgu Othman dah geram, dia siap ugut nak bagi tau bapak aku. Rupa-rupanya Cikgu Othman satu kelas dengan bapak aku masa sekolah dulu. Patut pun senang-senang je marah-rotan-ugut aku, kawan baik rupanya +_+ Tapi masa sekolah rendah otak aku hebak, Math A.

Masa sekolah menengah Tingkatan 4 ke 5, aku tak ingatlah, of course nak amek SPM kan, tapi otak aku dah tak macam sekolah rendah. Untuk subjek Ekonomi Asas memang awesome. Cikgu Hamdan ajar memang lekat lah kat otak aku yang tak berapa nak laju ni. Cikgu Hamdan punya style, dia akan susun budak-budak kelas. Siapa yang dapat 100% markah masa test akan duduk depan. So, sesiapa yang dapat low marks akan duduk belakang. Kalau dapat duduk belakang, aku rasa tercabar ok. Sebab tu aku selalu duduk depan :) Style Cikgu Hamdan memang buat aku pandai Ekonomi Asas sampai dapat A dalam SPM. Heh...

Bila dah masuk Politeknik, aku jadi pasif, aku sangat biasa dan tak berminat dengan cikgu-cikgu. Aku more kepada kawan-kawan. Dalam UiTM aku rasa aku dah macam selalu buat muka tak semonggah, kadang-kadang menyakitkan hati jugak lah kot. Pernah satu hari aku kena tegur dengan lecturer, no need to mention lah nama beliau, kang kena saman :p Aku mengaku lah jugak, aku tak berapa nak best bila belajar subjek tu sampai aku buat muka. And then dia tegur, ''awak yang pakai tudung kelabu tu, kenapa?''. Oh my God! Tersentak aku, dia perasan rupanya. Saya mintak maaf Puan! (tu pun mintak maaf dalam hati, kantoi dah lecturer tu perempuan) Tersengih-sengih aku nak cover muka tadi, haih.

Apa-apa pun aku berterima kasih pada teachers, lecturers, makcik ajar mengaji, dan sesiapa yang pernah ajar aku selama ni.

Selamat Hari Guru!

May 14, 2011

Sepupu, dua pupu, berkupu-kupu?

Assalamualaikum.

Baru je balik Muar dari Shah Alam semalam, harini terus ke kenduri perkahwinan saudara-mara, aku pun tak tau apa nama hubungan, sepupu ke, dua pupu ke, berkupu-kupu ke, entahlah. Adalah tu bau-bau bacangnya. And the most obvious thing is, Chanhonam is there too! First time aku kenalkan 'lelaki' (which is different, you know what i mean, man) dengan famili besar. Ini memang serius. Minta dipermudahkan.



Dan ini pengantinnya. Sarina & Izwan. Pengantin perempuan yang ada pertalian dengan Abah. Bapak pengantin tu pakcik Abah. So, Abah + Kak Ina = sepupu. Kalau aku + Kak Ina = dua pupu. Betul ke? Ke, anak Kak Ina nanti yang dua pupu dengan aku ek? Aduh, pening.


Ini hantaran pihak lelaki ke pihak perempuan.

Ini atok saya! Yang tengah-tengah tu. Atok wajib ada kalau kenduri-kendara macam ni. Dan sebagai cucu beliau, mestilah kena interframe, kalau orang salam cium atok, aku pun nak juga :p

Ini hantaran pihak perempuan ke pihak lelaki.

Ehem-ehem, amek bau pelamin je dulu. Turn aku lambat lagi. Memang lambat ah.

May 12, 2011

Momen terakhir

Assalamualaikum.

Hari ni dah 12hb Mei, dah sebulan takda entry baru. Lagipun baru je habiskan paper for final exam in final semester. Paper for the last day yang paling sakit sekali, free-free je hilang 13 markah. Baby betul! Cuak sungguh paper terakhir tu, harapan lulus je kalau tak dapat result bagus, haih +_+

Bila dah tension-tension, esoknya pergi berjimba-ramba dengan housemate kat KL. Seronok memang seronok, tapi dalam hati masih fikir paper terakhir tu. Till now terfikir-fikir lagi. Oh!






Ha! Sephora ni lah yang teringin nak masuk, tapi tak masuk jugak. Lalu depan pintu je. Dalam tu full with mekap, mesti seronok dapat try mekap free.

To housemate;
Till we met again, hope you all success!

Love;
Juleha Aripen

Apr 21, 2011

The G

Assalamualaikum

Semester ni semester last aku di UiTM Shah Alam. So lepas ni The G akan berpisah. Mungkin susah nak jumpa lagi, and mungkin jugak senang. Sebab QS field tak besar mana, balik-balik jumpa orang yang sama. So, no wonder la if we''ll meet again :)

To The G, good luck untuk final semester exam and your future life. Semoga kita semua berjaya. Ayie nak jadi lecturer kan, KB kerja kat office daddy dia, Ima nak kerja gomen, Qush nak sambung master, Iem nak kahwin cepat, Paeh become a photographer. Hehe.

Love;
Juleha Aripen

Apr 17, 2011

Konsert Gadis Semasa Sunsilk @ DragonFly Orange Club

Assalamualaikum

Sekian lama tak mengupdate, ada banyak story mory tapi takdok internet nak cerita.
Konsert Gadis Semasa Sunsilk ni aku pergi dengan Chanhonam, and this is the surprise that he told me a few days ago. Serius aku tak pernah tengok Noh perform lively, so bila Chanhonam kata dia nak bawak aku tengok Noh perform, ya ampun rasa happy gila macam orang jakun.

But that night is for Melda Ahmad, the Gadis Semasa.





The queen of rock memang legend malam tu, dah macam konsert tuh dia yang punya. Tapi aku tetap dengan Noh. Mimi from ONE memang seksi gila, macam mana dia boleh menari dengan begitu. Oh! Yuna pun steady cool je.

Ok, jangan lupa tengok Gadis Semasa Episod 13, kot-kot la muka aku dan Chanhonam tercongok kat depat kamera, sebab kitorang kat depan stage weh! Ok, cool, jangan perasan sangat +_+

Thanks Chanhonam, very much!
Daisypath Happy Birthday tickers