Feb 27, 2011

Takde arah di Empire

Assalamualaikum

Hari sabtu lepas, Ima ajak aku pergi jalan-jalan cari pasal, tak tau mana nak pergi, rasa macam takde arah tujuan. Tapi aku ikut je, kalau duduk rumah pun bukan ada siapa, aku sorang je. Dah lepas cari pasal, tup-tup je dah sampai KL. Ceh, konon je tup-tup :p

Siap pergi Jalan TAR, Sogo segala bagai. Last sekali nak balik pun sempat lagi singgah Emperior Subang Jaya. Ni kira second time aku pergi, tempat ni hi-class je, biasalah I budak kampung, pergi jalan TAR je I mampu.




Kan I dah cakap, I tak mampu masuk butik GUESS neh, berdiri kat dinding luar je.

Ha, yang ni mampu masuk. Masuk je, beli tak. Cantik kan bola-bola-api kat siling tu, dah macam candy warna dia.


Kalau dah sampai tingkat atas, lepas tu rasa malas gila nak turun bawah guna eskalator, boleh guna tube slide neh. The World's Longest Indoor Tubeslide ok, jangan memain, kat sini je ado. Aku tak sure la berapa tingkat tinggi tube slide neh, tapi boleh tahan la tingginya. Sekali masuk RM12, hamek kau sekejap je sampai bawah. Kau guna eskalator = free.

Feb 19, 2011

Hidung hitam

Assalamualaikum

Tengok! Bebot saya dah mula main-main, dia nampak seronok walaupun luka belum sembuh sepenuhnya dan hidung kekal hitam :p

p/s: cerita Bebot memang akan diupdate selagi aku tak berpuas hati dengan kesihatan dia.

Feb 18, 2011

T-shirt Group G muat-molek di badan

Assalamualaikum

Pesanan awal: Entry ini mungkin hanya diketahui oleh penghuni Group G sahaja. Sila berjaga-jaga.

Kelas kitorang dah setuju nak buat t-shirt khas dipakai semasa site visit kat Johor Bahru nanti. Tapi site tak dapat lagi, t-shirt dah ada +_+ Sekarang, t-shirtnya dah siap! Aku dengan Iempian dah pakai dan amek gambo lagi kau! Laju gila. Tetiba je excited nak pakai, last-last badan kita orang gatal-gatal. Baju belum basuh tapi mengada-ngada nak pakai. Ha, amek kau. T-shirt ni kita orang pakai fresh dari ladang, tak sampai beberapa jam received from Mizo.

Mujur sangat size yang kita orang tempah muat-muat-molek-molek je kat badan kita orang :) Senyum sampai telinga , dah tak risau tentang size. Tapi kesian kat others yang silap tempah size.

Kat belakang ada tulis nama-nama penghuni group G, tapi lupa pulak nak capture. Tak dapat nak tunjuk nama aku yang sesedap mulut nak sebut tu :p

Bertambah dah koleksi t-shirt hitam dalam gobok.

Oh lupa nak kasi tahu, itu kawan saya, nama dia NurNaim Mohamad Said. Kawan-kawan lain panggil dia Iem, tapi saya panggil dia Iempian. Tapi Ustaz Mohtar kata, panggil nama penuh tu bagus. Nampaknya saya kena panggil dia NurNaim mulai sekarang!

Feb 16, 2011

JM Bariani menyenangkan hati

Assalamualaikum

Kali ni terjah Tesco Shah Alam tanpa tujuan. Kalau ikut Ima jalan-jalan memang haru, semua barang nak beli. Before dia shopping isi perut dulu.


Itu tanda orang berselera.

JM Bariani menyenangkan hati, sedap gila. Nilah first time makan, harga pun boleh tahan. Mahal :p Tunggu kaya baru boleh makan lagi, kalau tak, suruh pakcik Tazull masak je. Sama jugak sedapnya. Free lagi kau!

Feb 15, 2011

Bebot is going ok :)

Assalamualaikum

Tadaaa! Bebot's here! I'm okay now! I know you are worried about me Juleha (and some girls i think :p) so I'm here to say that I'm okay even I know I'm not handsome like before :|

Oh Bebot, saya tak kisah awak dah tak handsome sebab lubang akibat main katak tuh, saya tetap sayang awak. Awak pun don't worry ok?


Gambar-gambar ni memang fresh dari ladang, baru je angah aku post kat Facebook aku. Angah kata macam ni lah rutin harian Bebot.

Termenung depan pagar rumah tengok budak-budak main lari-lari, kejar-kejar. Nampak macam termenung fikir masa depan dia apa nak jadi sebab badan dah berlubang, so bimbang bila besar nanti dia tak dapat nak jadi askar sebab askar mana boleh ada parut dan kalau nak jadi model pun tak boleh sebab dia dah tak kacak+handsome, so dia tak boleh posing-posing secara menggairahkan apatah lagi mengiurkan mak-mak ikan untuk support kehidupan dia bila dah takde duit nanti. Oh, mengarut! Okbai!
Daisypath Happy Birthday tickers