Dec 31, 2010

Welcome twenty-eleven!

Assalamualaikum!

Twenty-ten is almost to the end. Happy New Year 2011 friends! Syukur kita diberi nyawa dalam 2010 untuk hidup.

Dah siap-siap dengan kalendar 2011 :)



click to enlarge and you're welcome to keep it :)

*sebab aku jumpa kalendar ni dalam laptop, and for sure i think my sister get it through Mr. Google yang handsome :) So, everybody can keep it, display on your dekstop, if you prefer to do so laaa...

Dec 29, 2010

Harimau Malaya mengaummm

Assalamualaikum!

Gambar dari En. Google

Betul aku tak minat bola, tetapi sebagai rakyat Malaysia yang berbangga jadi warganegara, aku perlu post entry ini dengan tujuan menyatakan sendiri kebanggaan aku tu. Tahniah buat pasukan Harimau Malaya, anak-anak Rajagobal yang baru je menang Suzuki Cup 2010 dengan aggregate 4-2 menentang Indonesia. Tak payah nak kecoh-kecoh pasal laser, pasal gatal-gatal kat padang, pasal rusuhan, pasal coli si Jupe segala bagai. Dah Malaysia menang, dah la.

Aku taknak lah nanti, bila cucu cicit aku baca blog aku ni, dia kata aku tak tau perkembangan semasa Malaysia zaman ni. Ha, ni buktinya.

''Cu, atok tau Malaysia menang. Atok tengok Malaysia main kat Indonesia, Gelora Bung Karno tu.''

Dec 28, 2010

Bila ucap hari lahir pada diri sendiri

Assalamualaikum!

Sumber foto : En. Google

Happy birthday to me! Ok, semalam hari lahir aku. 27 Disember. Hari aku jadi janin, aku tak tau. Hari aku ada kat perut mama aku, masa tu mama aku 21 tahun. Maknanya kalau ikutkan umur aku sekarang ni, aku dah boleh dapat 2 orang anak. Cehhh. Tolong sikit, belajar pun tak habis lagi. Jangan nak berangan itu semua.

Ya! Aku nak kerja, aku nak duit. Sebab selama ni pun aku hidup miskin. Hidup jadi pelajar asek bergantung kat orang lain. Aku tak suka sebenarnya macam tu. Teringat masa aku kerja kat Johor Bahru dulu. Ada duit sendiri, dapat gaji, jalan-jalan semua duit sendiri. Akhir bulan aku ketatkan perut. Oh seksa jugak.

Memandangkan sejak aku sekolah dulu-dulu, aku tak pernah ada sambutan hari lahir. Ala, dah besar, biasalah tu. Tahun lepas, dua tahun lepas mama bagi hadiah, tapi tahun ni mama buat dek. Maknanya takdelah tu :( Sob..sob..sob..

Berdirinya saya disini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada insan-insan istimewa, oh bukan OKU ye, diatas ucapan hari lahir anda kepada saya tak kira menerusi telefon, laman sosial dan sebagainya. Terima kasih.

Selamat hari lahir Siti Zulaiha (ceh, nama penuh :p)

Dec 27, 2010

Babiday.

Birthday is Babiday. Fullstop.

Dec 26, 2010

Another Sunday

Assalamualaikum!

Selamat hari ahad. Sekali lagi hari ahad yang sangat sempurna untuk bersama keluarga. Cehhh... Oh yeah! Kami pergi Bukit Gambir sebab my dad was so love to go to the RM2 shop :p Biasalah, tukang masak ada warung. Nak beli kertas tulis order lah, bakul-bakul plastik nak letak sayur lah, macam-macam lah. So, kedai RM2 sangat menepati citarasa abah dan murah. Senang je nak kira barang-barang, __ nos x RM2.00. Simple kan. Takde 90sen, takde 99sen, bla bla bla.


Ok, dah Sampai Bukit Gambir, tapi first place yang jejak, kedai tudung! Mama yang nak beli tudung untuk pergi kerja, pakai tudung sarung je, senang kata mama. Hari bekerja ada 5 hari, so mama buy 5 hijabs for each day. Dan tanpa membuang masa, aku ngecek satu inner tudung. Yeeehaaa!


Sehelai RM 4.00, beli 3 helai RM 10.00. Murah kan! Sebab material tudung pun tak tiptop sangat, mama kata sekadar pergi kerja, bukan ada siapa nak tengok :)

Kalau aku ada kedai macamni, syiokkk jugak. Hari-hari bergelumang tudung, hari-hari tukar tudung, hari-hari cantik :p

Dah lepas beli tudung, pergilah kedai RM 2 tu. Suka betul abah. Hah! ameklah barang-barang yang nak dibeli.


Bila tangan dah menggatal, aku capai cermin mata. See! Buruk bebeno muka aku pakai spek. Itu dah takdir aku, bukan ulat buku, bukan pelajar cemerlang, bukan pencetus idea, maknanya aku lebih cantik bila tak pakai spek. Heh!

Ya, saya lebih molek begini, daripada bercermin mata. :) Ya, aku tau aku tak berapa nak cantik, tapi aku molek-molek je. Nampak lesung batu kat pipi tu? Molek kan :p

*telan air liur.

Dec 25, 2010

Oh! kahwin / at Izzaura's wedding

Assalamualaikum!

Selamat menonton rancangan Anda Ada 60 saat! Oh, tidak. Aku tengah tonton rancangan tu kat channel Ria. Digital surrounding rancangan tu sangat terserlah.

Ok, tadi tengahari aku pergi jemputan kahwin ex-classmate sekolah menengah with Nida and Aini. To Aini, thanks for tumpang kereta kau pergi wedding Izzaura (Zora) :) And the theme for the wedding is white / aqua colours! The wedding dress was so fit to her. Nice sangat. Tapi bila aku sampai, the bride dah pun bersanding, dan tengah makan beradab.








Segan-segan je nak cari orang / budak yang boleh capture photo kita bertiga. Tak best lah kalau capture sendiri, tak feel tau! So, sebat sorang awek cun plus gebu kat situ. Main tarik je 'boleh ambek gambar kitorang?' Tuh ha, gambar senget, aku rasa memang style dia amek gambar angle cenggitu, rasa dia comel kot. But, mak tak suka nok! Ambek gambo tegak-tegak ok, mak nak tengok pun senang hati dengan kepala tegak :p Anyway, thanks so much awek! I appreciate it.


Oh yeah! tak dapat nak sorok ketinggian aku bak model tu T_T

Hah! Yang ini mengaku memang capture sendiri, tapi jari Nida yang tekan button capture, so feel tu ada sikit je :p Perut dah kenyang nak balik, muka minyak-minyak. Yang paling obvious sekali aku lah, Nida maintain dengan mekap dia tu. (mekap ke Nid?) Haha. Biasalah, I memang kampung, tak reti nak tacap mekap kat muka gelap ni ha. Tataplah muka ni yek.

Selamat Pengantin Baru, Zora & Mus! :)

Dec 20, 2010

Shopping marathon

Assalamualaikum!

Hari ahad yang cuti dan hari yang sesuai untuk family meluangkan masa bersama. Shopping marathon! Oh, sangat banyak tempat kami jalan-jalan-jalan dari Muar ke Melaka. From Astaka-Wetex Parade-Pizza Hut-Super Cowboy and last place, Keluargaku. Satu tempat, labur duit. Sampai satu tempat lagi, labur duit lagi. Bila sampai rumah, melepak kepenatan termenung sebab duit dah kurang :p

Tapi barang-barang yang dibeli majoriti keperluan rumah, keperluan warung abah dan yang tujuan utama kami jalan-jalan adalah untuk beli baju sekolah agama adik.

Tengok, beli barang dapur. Barang-barang dapur sangat penting untuk aku sebab aku memang tukang masak sepenuh masa kat rumah. So, mesti ada dan wajib ada selengkap-lengkapnya. Sebab kalau takde, aku boleh buat muka taik kena lenyek dan terus takde mood untuk masak atau pun still cooking in very ugly face! Yeah! Akibat dari action-action yang tak tentu hala tu, effect memang sangat besar, masakan lauk-pauk jadi sangat tak sedap. (semua orang boleh tak lalu nak makan)

Abah kata nak tukar pinggan kat warung dengan pinggan yang aku pegang tu. Ala-ala restoran gitu. Tapi harganya mahal lah sikit, shape pun cantik, so kenalah dengan harganya, ye dak. Bincang punya bincang, pinggan tu aku letak sebab tak jadi beli. Overbudget jadinya nanti.


Masa ni dah kat Wetex Parade, beli seluar sekolah agama, sebab kat Astaka, saiz adik takde. Dia gemok! Saiz sediada yang sepatutnya muat kat dia, jadi tak muat sebab perut dia besar. Like father like son. Separuh perut abah, adalah perut adik. Heh. Dah lepas beli dua helai, pergi Pizza Hut. Kami guna hot tiket Hotlink redeem pizza. Ada 4 keping, so redeem dua biji pizza saiz paling kecil. Jadilah untuk semua perut rasa. And then terus gerak ke Super Cowboy, Cheng.

Sebagai tukang masak sepenuh masa, mama belikan apron! Tadaa! Kacak kan! Cuma takde topi chef je. (takpayah! bukan ada majlis perbandaran nak check :p) Esok aku masak untuk lunch dah boleh pakai apron ni. Barulah rasa macam Chef Ramsay dalam Hell's Kitchen tu!

Nilah Super Cowboy tu, gudang borong barang-barang keperluan rumah. Memang murah sangat-sangat.

Kami duk tunggu abah dengan mama yang still ada dalam Super Cowboy. Abah memang suka pergi situ, dan memang akan lama berada dalam tu. (lamanya macam gadis-gadis pergi shopping baju dan mekap :p) Adeh!

Dec 16, 2010

Cuti semester yang penuh dengan Zynga

Assalamualaikum!

Hari-hari cuti semester yang sama setiap kali cuti semester. Aku tak pernah nak kerja part time ke, bercuti ke, buat trip kemana-mana ke, apa ke, tapi kawan-kawan ramai jugak yang buat part time, cari duit lebih atas sebab-sebab seperti tak mahu buang masa cuti, cuti yang bosan kalau takde kerja bla bla bla. Tapi aku akan duduk rumah, bangun tidur, memasak, makan, tengok tv, tidur petang, bangun tidur lagi, makan lagi, tengok tv lagi and tidur malam (actually lewat malam or awal pagi) And the most important thing is surfing internet. Aku akan buat perkara tu tak kira masa. Akan ada lah orang yang tanya, 'kau duduk depan laptop 24/7 ke?'. Okay fine, takdelah 24/7, gila ke apa, tapi majoriti masa aku akan dihabiskan depan laptop mentenet. Orang mungkin kata aku membuang masa depan laptop duduk menghadap dengan sakit pinggang. Kalau dah sakit pinggang, aku rest lah. Bila dah bosan, aku sambung balik sebab aku takde apa nak dibuat kat rumah ni. Aku duduk depan laptop setiap masa tu just main game. Main game.

Dan aku hanya main game yang Facebook offer sahaja. :p Zynga Game. Zynga buat aku ketagih. So, secara automatiknya aku sudah ada tanggungjawab terhadapnya. Aku siap buat top 6 Zynga Game yang aku main dalam Facebook, and actually, 5 of 6 games below aku guna Facebook Chanhonam. Hehehe. Why? Sebab Facebook friends dia ramai dan rajin main games tu macam aku :) They're awesome!


The 1st place jatuh kepada City Ville! Buat masa sekarang, aku tengah fokus gila-gila terhadap game ni. Business is money. Kachiinggg!


Farmville. Sebelum City Ville muncul, aku setia kat Farmville ni. Aku akan sentiasa ingat when the crops kena harvest. 4jam, 8jam, 12hari even 1day :) Aku telah menjadi peladang yang amat berjaya dan agak sibuk.


Yang ketiga, Resort World. Game ni boleh menggantikan keinginan aku kot-kot lah aku nak pergi Pangkor, Redang, dan Tioman. Cehhh!


Actually kat Facebook aku pun boleh main Treasure Isle ni, tapi aku tetap nak guna account Chanhonam untuk main sebab the neighbours are great! Selalu send gifts, energy and whatever parts of building yang aku perlukan. Thank you guys!


Aku boleh berangan jadi jutawan in the Millionaire City. Duit juta-juta, kalau dapat betul-betul, alangkah nikmatnya. **berangan

Last but not least, Car Town. Game ni aku tak main sangat, just do the job for 1 or 2 days, and then collect the profits. All the decorations, layout of the work area is done by Chanhonam. As a girl, aku tak minat sangat kereta. So, i just help Chanhonam when he's not around. Please say thank you to me, Chanhonam! :p

All the games, aku main during semester break only. Bila semester dah mula, class dah berserabut, ceramah-ceramah dah timbul kat universiti tu, aku tak main dah. Nak online pun tidak. (ada la sehari dua, tu pun curi wireless jiran) Terima kasih jiran!

**Gambar dicrop oleh ajaran Chanhonam. Seriously, before that, i feel like a Bimbo! (crop benda alah menatang senang tu pun tak tahu) Tapi dengan rasa ingin tahu, aku berpegang kepada 'malu bertanya, jadi Bimbo'.

Dec 6, 2010

Awal Muharram

Assalamualaikum!

gambar sumber En. Google

Muharram Safar Rabiulawal Rabiulakhir Jamadilawal Jamadilakhir Rejab Syaaban Ramadhan Syawal Zulkaedah Zulhijjah...

Lagu bulan-bulan Islam ni best kan. Kalau nak ingat nama bulan Islam, nyanyilah lagu ni, confirm lancar. Sama jugak kalau aku nak ingat 25 nama rasul yang kita wajib ingat, mesti nyanyi lagu nabi-nabi yang Raihan nyanyikan tu.

Ok.

Awal Muharram. Majoriti sibuk wish, and then ada selit-selit, apa azam tahun baru ni. Sepanjang 23 tahun aku hidup atas bumi, aku tak pernah pasang azam. Tak tahu nak buat azam macam mana, apa lagi apa yang aku nak azamkan. BUT, azam itu confirmlah perkara-perkara yang membawa faedah dan perkara-perkara ke arah kepositifan. Ok, itu namanya hijrah. Seingat aku, hijrah pun aku tak pernah, (dari sudut mata kasar). Haih, nampak sangat tak bersyukur kan.

Selamat menyambut awal muharram 1432 Hijrah!

Nov 27, 2010

Lomo ke?

Assalamualaikum!

Minggu lepas angah aku order lomo kamera from Kitty Sykes Closet. Order online, so kena bankin payment and then tunggu lomo tu sampai kat rumah. And 2 days ago, dah dapat dah lomonya. Tak payah pakai bateri dan guna filem kodak. Style dolu-dolu mak kita punya kamera. Dan disebabkan tak pakai bateri, sampai sekarang aku tak faham macam mana menatng ni berfungsi.

Harga dia murah gila kot. Kot. Made in China. Heh! :p Aku pun tak tahu kalau lomo original lingkungan harga dia berapa. Tapi yang ni tak sampai seratus Ringgit Malaysia pun.

Actually, aku tak berapa tahu sangat bab-bab hal-hal kamera ke, lomo or what ever yang berkaitan pasal gadget tu. Just tahu gitu-gitu and selekeh-selekeh je.

Ni ke lomo?
Lomo ke ni?
Ni lomo ke?


Nov 23, 2010

Hospital

Assalamualaikum!

Petang tadi pergi hospital sebab adik aku yang bertuah ni ada appointment dengan doktor untuk buka simen tangan dia yang patah. First ke bilik x-ray untuk check tangan dah ok ke belum. Tengok tu tangan berbalut sampai ke siku. Patahnya kat pergelangan tangan sebab terjatuh kat sekolah agama. Ish, ish, ish.



Ni result masa tangan dah di x-ray. Entah dah baik atau tak, aku pun tak tahu. So, lepas ni pergi jumpa doktor bawa result x-ray ni sekali.

Jabatan ortopedik adalah khas untuk bahagian pertulangan ye tuan-tuan dan puan-puan. Dulu pernah belajar Biologi bab tulang-tulang, and the result for Biology is 7D. Haha. Sangat sadis punya result. Aku pun tak target untuk credit, apatah lagi gred A, at least lulus pun jadilah :p (sebab tu lah saya student quantity surveyor sekarang ni, dan bukannya student medic)

Dah lepas selesai hal kat hospital, kita orang pergi bandar, actually Wetex Parade sebab nak beli hadiah kecemerlangan adik aku for his good result in Standard 5. Nombor 1 dalam kelas dengan keputusan 4A 1B bersamaan 78% keseluruhannya. Bagus kan? Tapi aku rasa peratus still gred B, so kena improvekan. (B untuk subjek Bahasa Inggeris) Bangga la jugak sebagai kakak sebab masa aku darjah 5 aku dapat nombor 25 :p (ya, saya tak pandai sangat, dan tak bodoh juga ya)

p/s: abaikan kesalahan penggunaan kosa kata, kesinambungan ayat dan apa-apa sahaja yang sewaktu dengannya. terima kasih untuk mama sebab pinjam kamera handphone untuk capture gambar, kui3.
Selamat malam....tidurlah..sayangku...by Faizal Tahir.

Nov 20, 2010

Hari raya & Hari lahir

Topik 1:

Selamat Hari Raya Aidiladha. Yes, aku tau memang dah lambat aku wish selamat, but takbir still bergema ok. So, takdelah lambat sangat :)
Semoga para jemaah dapat haji yang mabrur.

Hari-hari mak aku kata; ''bestnya dapat pergi Mekah'', ''harini lontar jamrah'', ''eh, hujan lebat la kat Mekah''.

Ok ma, memang best dapat jadi tetamu Allah, cuma kita belum disenaraikan sebagai jemputan Dia. Kita pun belum bersedia barangkali. Sabar ye ma, nanti-nanti ada rezeki kita jejak tanah haram tu :)

gambar sumber dari En. Google

Topik 2:


Hari yang sama umat Islam buat ibadat haji, hari lahir dua girlfriends ni.

Happy Birthday korang! :)

Mereka memang bestfriend sejak aku kenal mereka di PKB. Memang best moment dengan dia orang. Tahun ke 23 korang lahir ni, dah takde soflan + nescafe okay! Haha. Padan dengan muka korang dapat hadiah macam tu dulu. But actually aku pun tak pernah terbabit dengan hal-hal sabotaj dan pendengkian seperti tu (baling tepung, telur, curah air, etc.) Itu pertama kali, dan tu semua plan budak-budak ni weh. Aku tukang gelak pecah perut je ok.

Terima kasih untuk Mekya Jeli, Am Jamilah, Mekna Farhana, Ustazah Asiah, Teacher Nabilah and others yang tak disebut tu. Korang tau korang siapa, kan. Hope sangat boleh jumpa and gather-gather lagi. Masing-masing dah sibuk dengan hal-hal masing-masing. Semua bakal-bakal berjaya, cantik dan kacak bergaya!

Happy birthday again!

Oh yes! lupa nak mintak izin shira, zu ambil gambar korang ni, kat facebook shira. sorry! :p

ini blog shaming. (dia comel tau, putih dan gebu)

p/s: aku bengang sebenarnya gambar birthday tu jadi kecil. apehal jadi kecil? masa aku edit, nampak besar je. haih.

Nov 14, 2010

Bebot today!




Bebot today!

Dah kenyang makan friskies+ikan goreng+ayam goreng. Datin Idah bising la bebot, kau main-main kat pokok orkid beliau. Kalau rosak, kau nak ganti?

Dah-dah, turun dari situ.
Daisypath Happy Birthday tickers