Assalamualaikum!
Petang tadi pergi hospital sebab adik aku yang bertuah ni ada appointment dengan doktor untuk buka simen tangan dia yang patah. First ke bilik x-ray untuk check tangan dah ok ke belum. Tengok tu tangan berbalut sampai ke siku. Patahnya kat pergelangan tangan sebab terjatuh kat sekolah agama. Ish, ish, ish.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9QKN_JhleNq2tgUP6rZtBpau5Q12gSmY23I1RDzCSi5uaFWL4U9sQRaQcqifSM3dLhIZDvx5WI0mt9m2qDqqpWIfUt4HdiApahPZSqzmAXNxXTRxPXULP3YzQFb5SuAv7PR-h_PiUe7s/s400/Image0233.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZ-KhXWJsgcirHKqqYinIgnwuVqo4PUAdxQ3ZGv9HcFgDaAwPUuLiY2sGXRGPN4EKgDsf20-OfMNC_2wFm6WS7-t4aeM6mcgCeDxJs6pG_nuDqYwtFf8uF39FVQRApoyOMlbVU6ZztkP0/s400/Image0229.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPIbKafXPp7DyNiNX8B0qtJ8xj6uaFTkN8opQv5iXcaRaJfkVWT45LP84OdayFKlAd087GwmBerNUf9gKbftbMZlX1BPK1YXqUBci7n2DiDveil7g81n1LJUcQdyvPzKzi1NyllR3mIik/s400/Image0236.jpg)
Ni result masa tangan dah di x-ray. Entah dah baik atau tak, aku pun tak tahu. So, lepas ni pergi jumpa doktor bawa result x-ray ni sekali.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjf6OvXYquMaLirVO6m4mMlgNC5MI6wVosZsj-cG29qpD3XUyhyphenhyphen9X4l4mLvtuxRShj9r0EvPRDCjxxwO801WlqwkAp92zVnOcSKzK1BSpTJKpL2OYiVkSnC6KMIcFpzIpk4-WgnIV9nSXw/s400/Image0235.jpg)
Jabatan ortopedik adalah khas untuk bahagian pertulangan ye tuan-tuan dan puan-puan. Dulu pernah belajar Biologi bab tulang-tulang, and the result for Biology is 7D. Haha. Sangat sadis punya result. Aku pun tak target untuk credit, apatah lagi gred A, at least lulus pun jadilah :p (
sebab tu lah saya student quantity surveyor sekarang ni, dan bukannya student medic)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEilRqbmpux1O63xTKbYOa9Os_CvmKaxu4ms1pKA8aa9Z83cdbL99qpyqlZTa3vRTUZI3ToUlMXy-LOoP_EzNtfLUlI4B5QZSxD0Lt2v4AqfsGuO2SCilNhp5dd-0NgHbR3hddNyHHayJKE/s400/Image0238.jpg)
Dah lepas selesai hal kat hospital, kita orang pergi bandar, actually Wetex Parade sebab nak beli hadiah kecemerlangan adik aku for his good result in Standard 5. Nombor 1 dalam kelas dengan keputusan 4A 1B bersamaan 78% keseluruhannya. Bagus kan? Tapi aku rasa peratus still gred B, so kena improvekan. (B untuk subjek Bahasa Inggeris) Bangga la jugak sebagai kakak sebab masa aku darjah 5 aku dapat nombor 25 :p (
ya, saya tak pandai sangat, dan tak bodoh juga ya)
p/s: abaikan kesalahan penggunaan kosa kata, kesinambungan ayat dan apa-apa sahaja yang sewaktu dengannya. terima kasih untuk mama sebab pinjam kamera handphone untuk capture gambar, kui3.
Selamat malam....tidurlah..sayangku...by Faizal Tahir.
4 comments:
terer adik ko.
tahniah.
mak aku garang kot, tak belajar kena sebat. haha.
takpun ko yang garang.
ahaha. dah pencetak pun garang, aku pun garang jugak lah. :p
Post a Comment