May 28, 2010

Cahaya-cahaya pembaziran

Rah-rah-ah-ah-ah!
Roma-roma-maa!
Ga-ga-ooh-la-la!

*chopp chopp

Selamat datang ke i-City MSC: No.1 Technology City
Aku lebih senang menyebut bandar pembaziran elektrik. Argghhh! Apejadahlah buat lampu-lampu segala bagai, kata nak reduce pembaziran, dah tu ni hapekebendanya. Save duit ke? Save elektrik ke? Go green ke? Tak payah ada Earth Hour la gini.

*tak faham*geleng kepala

Pada waktu lapang kami (Encik Aeh dan aku) yang sangat lapang, kami pergi ke tempat ini sekadar untuk mengisi masa lapang. Ishh, apa ni banyak sangat word 'lapang'. Secara jujur-gila aku mengaku bahawasanya i-City ini sangat cantik-berwarnawarni-bergemerlapan-berkilaukilauan dengan lampu-lampu sediada. Serius cantik. Dari Federal Highway pun dah boleh nampak i-City ni. Tapi dalam sudut 90 darjah lain hati aku, benda ni memang aku tak setuju. (sila rujuk pernyataan di perenggan pertama)

Kau tengok lampu-lampu dia satu bangunan penuh. Ni baru bangunan yang ni, belum bangunan lain, belum tepi-tepi jalan lagi, belum kat taman-taman, belum yang dalam kedai-kedai tu. Okay, banyak sangat 'belum'nya. (-_-')

Muka Encik Aeh garang kan, style nak gaduh je gamaknya. Apa? Ingat samseng? Haha. Muka garang pun dalam hati ada taman de. (sila ajuk nada filem Adnan Sempit) Ini foto-foto lampu-lampu yang ada dalam kedai pejabat (shop-houses) Musim salji konon-kononnya dan musim tahun baru cina. Kau dah tak payah nak berangan ada salji kat Malaysia. Kau pun tak payah buat patung salji yang bulat-bulat tu, dah sediada. Tinggal kau ambil gambar dengan dia saja.





Hah, ini lagi satu. Actually masa aku pergi sini hari hujan renyai-renyai. Ada pulak sepasang pengantin buat outdoor photoshoot masa ni. (dah 2 kali terjumpa pasangan pengantin ketika dating) Kalau aku, memang tak ah! Hujan kottt. Kau tak tengok kain dia yang warna kuning tu dah jadi hitam kat bahagian kaki. Terseret-seret kat lantai yang basah dan kotor. Buatlah esok malam ke, lusa ke, siang hari ke. Opps, mungkin dia nakkan lampu-lampu yang cantik tu barangkali.

5 comments:

Lia Hasty said...

zuzu,
bawa aku g i-city..

juleha.aripen said...

boleh, nanti datang shah alam okay

MFK said...

bkn die pkai solar ke?

Pada waktu lapang kami (Encik Aeh dan aku) yang sangat lapang, kami pergi ke tempat ini sekadar untuk mengisi masa lapang = DATING

HARHARHARHARHAR

mama izz + sarip orbit said...

mama pun gi 2 minggu lepas.. rasa membazir je kan!! kan!!

juleha.aripen said...

dia pakai solar ke? keseluruhan tu? kalau pun pakai solar, modal untuk solar nak tampung satu i-city tu dah berapa hingget.

Daisypath Happy Birthday tickers