Aug 7, 2010

Fynn Jamal

Ini Minggu Perindu Gemilang. Aku sangat teruja nak pergi majlis ni dan sebab utamanya satu. Fynn Jamal. Aku tak pernah jumpa dia, tengok dia depan-depan, tengok dia perform depan mata. So kali ini, ni je peluang aku. Yes, aku suka dia, aku suka puisi dia, aku suka lagu dia.



Pertama kali dapat salam tangan Fynn Jamal, rasa tak mahu basuh tangan. Nak tidur dengan tangan sendiri yang salam tangan Fynn Jamal. Macam over kan? Ah, aku peduli apa. Aku punya suka.

Fynn memang gila-gila, tapi dia sangat peramah okay. Senyum-senyum, gelak-gelak. Bahagia je dia.

Rasa suka aku sampai aku hebah kat housemate yang puisi-puisi Fynn Jamal sedap telinga nak jamah. And last, 2 kawan aku sangkut :)

Lepas ni satu lagi hajat aku, aku nak tengok Fynn Jamal kat AKAR. AKAR yang lepas aku tak dapat pergi, sebab adik aku konvokesyen. Lepas ni, AKAR , tunggu aku ya :)

3 comments:

d'Lynn Boutique said...

nk pegi,jgn lupe ajak AKU...!huhu

juleha.aripen said...

hahaha, baik topo!

fynn jamal said...

sebak.

Daisypath Happy Birthday tickers