Cr : Chanhonam
Sep 19, 2010
Sep 18, 2010
Sep 17, 2010
Sep 14, 2010
Sep 13, 2010
Saya, Dia dan Dot Dot Dot
Indoor
Outdoor
12 September 2010 - 3 Syawal
Keluarga Encik Aeh bertandang beraya ke rumah. Mak bapak aku dapat kenal mak bapak dia. Mak bapak dia dapat kenal mak bapak aku. And last, mak aku a.k.a Datin Idah okay je. Semua berjalan lancar. Alhamdulillah...
Sep 12, 2010
Cupcake hampeh
Aku sebenarnya sangat tak suka kek. Muak okay, rasa nak muntah je. Lagi-lagi krim kek, eewww.. Tapi tangan gatal aku dah gedik sangat nak buat cupcake. Macam cantik je orang lain buat, aku nak try jugak. So, malam tadi aku dengan angah buat la beberapa ketul. Muffin dia macam tak jadi je. Krim dia pun tak sewarna-warni dalam internet or dalam tv. Takpelah, janji puas dapat buat walaupun aku tak makan. :)
Sedekahkan pada orang.
Sep 10, 2010
1 Syawal
Takbir! Allahuakbar!
Lepas pergi rumah Atok Mak, family aku dengan family Cik Ngah melawat kubur Atok Abah kat Bakri. Sedekahkan Al-Fatihah. Semoga roh Atok Abah dicucuri rahmat. Amin...
Dah 1 Syawal, Ramadhan dah pun habis. Raya! Raya! Raya! Aku dan family raya kat Muar macam biasa, macam tahun-tahun sebelum-sebelum ni. Raya kat rumah Atok Mak, atok sebelah abah. Beraya kat rumah Atok Mak memang happening lebih-lebih lagi kalau semua pakcik makcik beraya sama. Tapi tahun ni, family Cik Paid dan Cik Uda beraya kat rumah mentua dia orang. Yang ada cuma Cik Ngah. Pak Usu pulak awal pagi dah pergi rumah mentua dia. So, senyap sikitlah rumah Atok Mak tahun ni. Tapi Raya kedua dan ketiga mesti meriah semula, sebab semuanya berkumpul.
Lepas pergi rumah Atok Mak, family aku dengan family Cik Ngah melawat kubur Atok Abah kat Bakri. Sedekahkan Al-Fatihah. Semoga roh Atok Abah dicucuri rahmat. Amin...
Kami teruskan hari raya dengan balik kampung sebelah Datin Idah, Felda Ulu Belitong, Kluang.
Selamat Hari Raya!
Sep 9, 2010
Cik Mellow
Aku tak pernah post apa-apa entry pasal kucing ni. Nama dia Mellow. Aku yang bagi nama kat dia. Makna mellow ialah lembut. Bulu dia lembut even dia ni baka kucing kampung. Mak dia namanya Nanis. Sekarang Nanis dah dipinggirkan sebab yang cantik dah ada :) Datin Idah siap mengaku Mellow ni 'anak bongsu kaki empat' beliau :)
Dia ni banyak peel sikit. Tak menyusahkan pun, tapi suka sepahkan rumah dengan tisu dan surat khabar. Dia memang pantang sangat jumpa tisu, mesti dia sepahkan. Kalau jumpa surat khabar pun dia koyakkan sampai lunyai.
Actually dia ada 3 lagi adik-beradik, tapi orang lain curi (ambil tanpa pengetahuan). Curi lah tu kan namanya? Dia ni je yang dapat ambil balik, so jaga elok-elok. Adik-beradik dia yang lain semuanya bulu lembut sepesen dia. Abu, Hitam dan lagi satu lupa dah namanya. Kesian yang lain-lain tu entah siapa yang jaga.
Aku rasa umur Mellow hampir 7 atau 8 bulan kot. Dia muda lagi. Petang tadi pun dia panjat pokok mangga depan rumah nak tangkap burung. Last-last takut nak turun, dia duduk je atas pokok tu tunggu orang sambut. Gedik sungguh.
Sempena nak raya ni, dia pun tukar rantai leher baru, warna merah :)
Selamat hari raya!
Sep 8, 2010
Biskut cornflakes
Biskut keempat yang Datin Idah buat dan aku dengan angah just tolong yang mana kitorang reti nak tolong. Ini biskut cornflakes!
Actually kitorang tak tahu nak bentukkan biskut ni dalam paper cup macam mana. Nak bentukkan bulat, sangatlah buruk rupanya. So, kitorang decide untuk letak tanpa bentuk dan tambah ceri atas dia. Takde lah buruk sangat rupa dia, bulat lagi buruk okay! Walaupun rupa dia tak kacak, tapi rasa dia kacak tau! Meh datang rumah aku, rasa sikit biskut-biskut yang kitorang bikin :)
Selamat hari raya!
Kad raya dari Clara Cancer!
Melia!!!!!!
Aku dah dapat kad raya yang kau kirim. Thanks so much! Muahh3!!!
Ini kad raya kedua yang aku dapat. Yang pertamanya Perodua bagi. Kehkehkeh. So, sebenarnya yang pertama dari kawan-kawan.
Sekarang dah tak ramai yang pos kad raya, dah ada Facebook kan.. Majoriti tag gambar kad raya yang diedit pada aku. Tak rasa suasana raya sangat, tapi apa pun terima kasih banyak-banyak. Nak minta maaf jugak sebab aku remove tag dari gambar kad raya korang. Haha. Sorry okay. Nanti banyak notifications yang masuk. Nak termuntah aku tengok notification yang berlambak tu. Tapi aku still ucapkan selamat hari raya kat korang. Kalau ada yang tak terucap tu, sorry k.. Walaupun kawan-kawan aku dalam friendlist tu tak sampai seribu dua ribu, tapi mesti ada yang tertinggal.. Maaf..
Actually, aku ada hantar kad raya untuk korang-korang yang aku tahu alamat. Yang takde tu janganlah terasa k. Korang yang terlist dihantar kad raya tu, tunggu posmen depan rumah tau. Even kad tu sampai lepas raya pun, ia tetap kad hari raya, bukan hari gawai okay! :p
*Untuk Encik Aeh, lagilah confirm ada! ^_*
Selamat Hari Raya! :)
Biskut permaisuri
Haaa...dah 2 entry pasal biskut raya ni. Dah macam blog resipi biskut raya :p
Kan dah nak raya, memanglah aktiviti semuanya berkenaan hari raya. Biskut ni still lagi belum siap sepenuhnya masa aku type entry ni. Tengah terhidu-hidu bau sedap biskut tu kat dapur. 1st round biskut ni keluar dari oven, hangit! Sebab terlampau panas. Lepas tu kurangkan jadi 140 darjah celcius. And the 2nd round, dah terserlah kekacakkannya :p
Dah makan sebiji tadi. Okay rasanya. Boleh hidang kat meja untuk guest yang datang beraya nanti. Korang datang rumah aku, korang rasa sendiri k :)
Sep 7, 2010
Biskut koko
Tadaaa!!!
Actually plan nak buat biskut suji. Tapi memikirkan suji tu just gentel jadi bulat-bulat, aku dengan Datin Idah tukar plan. So, kita orang decide untuk buat biskut koko. Inilah hasilnya. Comel dak? Hihi.
Korang-korang pun boleh buat biskut koko untuk raya ni. Senang :)
Bingkai kenangan
Dah nak akhir-akhir Ramadhan, confirm-confirm lah semua buat preparation untuk sambut raya. So, samalah dengan family aku. Lagi-lagi Datin Idah a.k.a mak aku yang satu. Beliau lah yang paling sesak nak tukar langsir, buat biskut, lap habuk, cat rumah, susun frame dll. Tadi lepas abah aku balik, terus abah aku merelakan diri untuk pakukan semua frame gambar. Itu baru area tonton tv. Belum area hall untuk guest. Before ni, frame-frame tu semua terabur, tak tersusun. So, kita orang (aku dan angah) telah jadi interior designer yang hampeh konon-konon menyusun frame tu. Kau tengok apa jadi. Kehkehkeh. Senget-benget rupanya. Tadi puas hati sangat, sekarang baru perasan senget-benget. Macam-macam gambar digantung paku. Dari mak bapak aku bersanding kat pelamin, sampailah gambar konvokesyen aku. Gambar masa aku budak-budak pun ada, ai seksi dan vogue dulu, selalu pakai skirt dan gaun. Haha.
Walaupun tak semegah orang lain, kita still sambut hari raya dengan gembira dan meriah kan..
Selamat Hari Raya!
Subscribe to:
Posts (Atom)