Sep 9, 2010

Cik Mellow

Aku tak pernah post apa-apa entry pasal kucing ni. Nama dia Mellow. Aku yang bagi nama kat dia. Makna mellow ialah lembut. Bulu dia lembut even dia ni baka kucing kampung. Mak dia namanya Nanis. Sekarang Nanis dah dipinggirkan sebab yang cantik dah ada :) Datin Idah siap mengaku Mellow ni 'anak bongsu kaki empat' beliau :)

Dia ni banyak peel sikit. Tak menyusahkan pun, tapi suka sepahkan rumah dengan tisu dan surat khabar. Dia memang pantang sangat jumpa tisu, mesti dia sepahkan. Kalau jumpa surat khabar pun dia koyakkan sampai lunyai.

Actually dia ada 3 lagi adik-beradik, tapi orang lain curi (ambil tanpa pengetahuan). Curi lah tu kan namanya? Dia ni je yang dapat ambil balik, so jaga elok-elok. Adik-beradik dia yang lain semuanya bulu lembut sepesen dia. Abu, Hitam dan lagi satu lupa dah namanya. Kesian yang lain-lain tu entah siapa yang jaga.

Aku rasa umur Mellow hampir 7 atau 8 bulan kot. Dia muda lagi. Petang tadi pun dia panjat pokok mangga depan rumah nak tangkap burung. Last-last takut nak turun, dia duduk je atas pokok tu tunggu orang sambut. Gedik sungguh.

Sempena nak raya ni, dia pun tukar rantai leher baru, warna merah :)

Selamat hari raya!

No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers