Dec 31, 2011

Pungut ada baby!

Assalamualaikum.

Tadi sampai rumah dari Kolumpo, terus Mama kata Mama dah dapat cucu. Hihi. Pungut seekor Mummy yang sangat protective. Kita nak usik baby dia pun dia tak kasi. Ceh!


Published with Blogger-droid v2.0.2

Wedding Diana & Khidir

Assalamualaikum.

Wahhh letihnya, baru pukul 11 pagi tadi sampai Muar naik bas, then kena drive pergi Yong Peng pulak sebab ada kenduri kahwin saudara sebelah Abah. Masa kami sampai, pengantin dah pun bersanding, tinggal makan beradab. Cantik ngattt pengantin pakai baju warna kelabu+pink.

Sekarang ni melepak duk tengok Maharaja Lawak. Penat tak larat bak hang!


Published with Blogger-droid v2.0.2

Dec 30, 2011

Bongkar at Bandar Sri Permaisuri

Assalamualaikum.

Semalam (28 Dec) lepas balik kerja, round-round kat Bandar Sri Permaisuri. Then, tanpa motif, pergi ke bundle shop.

Nama kedai ialah BONGKAR. Signboard Bongkar pun dah cantik, diukir kayu apalagi dalam kedai, pun cantik tersusun. Bertemakan vintage wardrobe dan harga yang ditawarkan sangatlah murah serendah RM28 untuk kemeja. Mempunyai 2 tingkat di bahagian bawah dan tingkat 1, Bongkar menjual barangan vintage seperti baju t, kemeja, jeans, tali pinggang, kasut, topi, beg dan jaket.

Oh lupa, kebanyakannya barangan kaum lelaki :( Chan ajelah yang shopping.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Dec 27, 2011

Juleha Aripen 24 tahun

Assalamualaikum.

Harini mood saya sangat baik. Sebab harini hari lahir saya yang ke 24. Hihi. Chan, Abah, Mama, Angah, Arull, Melia, Atok and Chan's mother wish kat handphone. Maapler aku tak bukak Facebook lagi masa buat entri ni. Itu je nama-nama yang wish through handphone. Terima kasih banyak-banyak. Then, lepas balik kerja, Chan belanja dinner pastu bagi hadiah ni! Yey! Purple uolss, cantik ngatttt.... Thank you!

Selamat hari lahir Siti Zulaiha Tazull Ariffin.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Dec 26, 2011

Delifrance Sungei Wang

Assalamualaikum.

Harini (Ahad, 25 Dec) Chan deman. Dia susah nak demam, tapi kali ni badan dia dah tak kuat nak tahan demam dari datang. Demam-demam ni la macam-macam dia nak makan. Nak sup cendawan la, bubur ayam McD la. Tapi McD penuh pulak, so kami ke Delifrance untuk sup cendawan. Kalau dia makan, aku kena makan jugak kan. Jadi aku order Pasta Forestiere dan Iced Peach Tea, Chan order Cream Mushroom Soup with Garlic Bread and Orange Juice. Sekian Segmen JJCZ di cikzuzu. Bye!


Published with Blogger-droid v2.0.2

Dec 25, 2011

Mastercook Muslim Chinese Cuisine

Assalamualaikum.

23 Dec selepas balik kerja, Chan bawak aku pergi makan malam di Mastercook. Dah bunyi macam Masterchef pulak kan. Ok, nama panjang restoran ni ialah Mastercook Muslim Chinese Cuisine Hong Kong Original Dim Sum. Haaa, panjang kan. Selain menyediakan makan malam, Mastercook juga ada menghidangkan dimsum. Tapi at that night, aku tak cuba dimsum Mastercook sebab terlalu kenyang. Tengok sahaja lah hidangan yang disediakan, itu semua bersaiz S. Saiz S begitu dah boleh 4 orang yang makan. Belum saiz M lagi. Saiz L takde. Hanya S dan M.

Ok, hidangan yang kami order malam tu ialah nasi putih dan dihidangkan didalam bekas seperti didalam gambar untuk mengekalkan suhunya. Selain itu, ada Tomyam Seafood, Baby Kailan dan Dry Butter Sotong. Tomyam Seafood Mastercook sedap dimakan ketika panas dan akan terasa masin sedikit apabila sudah sejuk. Dry Butter Sotong pun begitu, apabila sejuk ia terasa sedikit manis. Kalau nak try makan di Mastercook, mengikut aku, lebih baik pergi setelah mendapat duit gaji ye. Harganya boleh tahan juga, emmmm mungkin 2 kali ganda dari kedai makan biasa.

Oh lupa, Mastercook ni terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras bersebelahan Satay Station. Sekian dahulu Jalan-jalan Cikzuzu kali ini, sehingga kita bertemu lagi di lain entri.


Published with Blogger-droid v2.0.2
Daisypath Happy Birthday tickers