Assalamualaikum.
Pada hari yang sama aku ke RantaiArt, aku terasa nak makan sushi. Jadi, petang tu jugak kami pergi mencari sushi. Sebelum-sebelum ni pernah ke Sushi King dan kali ni ingin cuba Sakae Sushi di Berjaya Times Square. Mula-mula masuk ke situ, terasa kami sahaja bangsa Melayu. Kemudian barulah nampak pasangan Melayu yang lain. Sesudah duduk, datang pelayan wanita, dan dia hanya datang bertanyakan minuman sahaja. Eh, kami dah pelik, mana menu? Kami panggil pelayan tu semula. Rupa-rupanya disediakan Apple iPad dipenjuru meja untuk memesan makanan. Wahh, rasa jakun sangat, diorang guna iPad woi! Kami dah tergelak-gelak sendiri. Haha.
Tapi akhirnya, kami tak pesan pun makanan dalam menu tu, cuma ambil di tray yang bergerak disetiap meja. Rasa sushinya lebih sedap dari Sushi King. Betul.
Ada momen kelakar kami berdua dimana sewaktu memesan minuman. Kami ingin Green Tea, tapi pelayan tersebut mengatakan Green Tea tidak disediakan pada hari tersebut. Jadi dengan yakin kami memilih Genmai Tea tanpa mengetahui maksudnya. Sesudah air tiba dimeja, Chan minum. Dia diam. Aku pun ingat takde pape. Aku minum. Mak aiiiii.... Rasa rumpai laut woi!!! Masa tu memang rasa tak minum air pun takpe. Tapi aku pelik betul si Chan boleh benarkan pelayan me'refill' Genmai Tea dalam cawan dia. Chan punya tekak, tekak Jepun ke? Hihi.
Published with Blogger-droid v2.0.2
1 comment:
hahaha...nanti dah gaji, boleh belanja aku lak! ^_^
Post a Comment