Assalamualaikum.
Hari ni Hari Ayah, tapi memandangkan aku panggil ayah aku Abah, so hari ni Hari Abah! Aku jarang amek gambar dengan abah bila dah besar ni, sebab Abah more dengan Angah. Angah manja dengan Abah. Aku biasa-biasa je dengan family members yang lain. Lagipun lepas je SPM aku terus ke Kelantan, lepas Kelantan aku pergi Shah Alam. 5-6 tahun aku tak lekat kat rumah, so banyak aktiviti keluarga diadakan tanpa aku. Tapi kita orang bukan renggang. Still ada cerita-kisah aku dengan Abah.
Tapi aku ni makan semut dengan kuantiti yang banyak kot, alaaaa...tak ingat sangat la...
*memikir
*memikir
*memikir
Apa ha?
Ok. #Cerita 1
Masa aku tadika, sekarang sekolah tu dah dirobohkan tau sebab buruk gila, Abah kerja salesman kat kedai kereta. Pergi balik sekolah aku dengan Angah, Abah yang hantar. Bila pergi, macam biasa naik motor, tapi bila balik sekolah Abah akan datang amek kitorang dengan macam-macam jenis kereta. Mercedes, BMW, Honda, etc. Kekadang kitorang pernah naik lori HICOM yang besar gabak tu. Pernah satu hari, Abah amek kitorang dengan Pasola. Tau Pasola? Motor nyonya cina yang bawak pergi paso yang ada bakul kat depan macam bakul basikal. Hehehe. Dahlah motor tu tempat duduk dia asingkan depan dengan belakang, kan. Mujur aku dengan Angah bontot kecik so kitorang share tempat duduk belakang. Masa tu adalah malu jugak dengan kengkawan sebab naik motor nyonya. Tapi bila Abah bawak Mercedes, Honda bagai, muka dah bangga gila riak pun ada dengan kengkawan. Pastu mulalah kengkawan cakap, 'eh bapak kau kayakan!'
#Cerita 2
Masa tingkatan 3 or 4 kot, Abah ajar aku bawak motor. Mula-mula bawak keliling taman, lepas tu dah berani bawak motor pergi sekolah even takde lesen. Lepas tu kalau tak dapat bawak motor pergi sekolah (sebab Abah nak pakai motor-senang pergi pasar beli barang), mulalah tarik-tarik muka dengan Abah merajuk nak pakai motor jugak. Dulu masa sekolah, kalau ada kokurikulum petang-petang, kalau naik basikal dah kira tak cool (konon segan naik basikal and others naik motor), tu sebab berkeras nak pakai motor, padahal tau benda tu dah menyusahkan Abah :(
No comments:
Post a Comment