Jul 24, 2011

Kuih talam berlauk

Assalamualaikum.

Petang tadi cecuba nak buat kuih. Tapi bukan yang baking. Aku memang tak suka bab baking-baking, aku prefer cooking more. Hihi. Baking-baking ni leceh kena guna oven, kena ukur suhu oven, bla bla, bla. Bila dah masuk kek, kek terbantut. Mencik!

Aku buat kuih TALAM BERLAUK dengan bantuan mama. Rupa dia memang hensem, tapi kuih aku cacat sikit. Tepung kat belah bawah tu macam pekat sikit, agaknya santan yang aku letak mungkin sedikit kuantitinya. Haih. Tak boleh masuk Masterchef ah gini! +_+ Aku memang tak boleh ah nak buat-buat kuih-muih segala bagai ni. Takde bakat langsung. Lebih baik aku fokus kat bidang masakan, eceh eceh ayat kengkonon dah jadi retis.

Hensem kan. Tapi cacat :(

Jul 20, 2011

Baby

Assalamualaikum.

My name is BABY

Jul 12, 2011

19 hari ke Ramadhan

Assalamualikum

19 hari lagi nak menyambut Ramadhan, InsyaAllah. Tahun ni family aku buat keputusan nak sertai pasar ramadhan. Sebelum-sebelum ni Abah hanya hantar bungkusan nasi ayam kat gerai orang lain, kiranya menumpang la. Tapi kali ni Mama sendiri nak keluarkan modal untuk start berniaga kat pasar ramadhan.

Gambar sekadar hiasan sumber dari Google

Pagi tadi pun Abah dah daftarkan nama dan ambil lesen tapak pasar untuk berniaga dari MDT. Cis rupanya aku kat daerah Tangkak! Tak Muo la gini.

Sepatutnya aku yang kena pergi ambil dan daftarkan nama aku, tapi semalam Abah kata, kalau guna nama aku, nanti aku sendiri kena pergi kursus pengendalian makanan. Tu aku tak kisah sangat ah, setakat pergi dengar ceramah bla bla bla, apalah sangat kan. Tapi yang benda yang akuk tak boleh nak go through ialah INJECTION! OMG, itu aku memang taknak, gua takut oh. Alangkan hujung jari hantu kena titik sebab nak check darah pun gua mengaduh sakit, ni lagi kena inject, fuhhh. Taknak aku. Aku ni kurus gila kot, entah-entah jarum injection lagi panjang dari diameter lengan aku. Baik aku suruh Abah je yang daftarkan nama dia, hihi. Biar Abah yang kena inject, diameter lengan Abah 2 kali ganda lagi besar dari panjang jarum tuh. Mesti Abah takde hal punya kan...

Nampaknya memang takde rezeki aku lagi nak kerja as a QS, berniaga ikut jejak Abah. Argghhh! Takpe-takpe, lepas puasa sambung cari kerja QS lagi.

Jul 10, 2011

Melentur buluh biar dari akar, dah jadi rebung menyakitkan hati

Kali ni cerita ringkas pasal hari semalam. Semalam hari sabtu, aku puasa. Err..puasa ganti. Jangan tanya aku kenapa aku tak puasa hari isnin atau khamis ok. Petang tu sepatutnya aku pergi rumah atok sebab memang dah janji nak tidur kat rumah atok. Jadi, atok ingatkan, aku berbuka puasa kat rumah dia, atok dah siapkan makanan untuk dua orang makan. Tapi aku kena masak kat rumah dulu sebab mama puasa, angah pun puasa.

Biasanya aku memasak, memang aku bukak pintu dapur luas-luas bagi asap keluar, angin masuk rumah. Barulah selesa :) Abah pun ada, abah masak tomyam campur.

Kebetulan, jiran belakang rumah kitorang pun ada jugak masa tu, dorang bakar sampah. Aku baru je nak bagi asap memasak tu keluar rumah, tapi asap pembakaran dorang tuh pulak yang masuk rumah, haishhh...

Cerita klimaksnya bermula...

Ada sorang budak lelaki kecik tengah pegang seplastik sosej. Aku rasa sosej tu panas lagi sebab kat plastik tu ada wap-wap air. Aku pun tak tau anak siapa budak kecik tuh. Dia duk meronda-ronda kat belakang rumah jiran aku yang tengah bakar sampah tuh. Jadi aku abaikan. Lepas tuh sambung memasak. Adegan seterusnya ada dialog ni;

''Buat apa masakkan anak orang, masaklah untuk anak sendiri!''

Anak jiran aku yang tengah bakar sampah berumur 5-7 tahun (perempuan) bercakap dialog kat atas tuh dengan nada tinggi sambil merampas seplastik sosej dari budak lelaki kecik tadi. Parents budak perempuan tuh buat biasa macam takde apa.

Aku rasa parents budak perempuan tu mungkin rasa sosej tuh masih hak anak dia walaupun dia dah bagi kat budak lelaki kecik tuh.

**kecik-kecik dah biadap, tak diajar adab.

Jul 4, 2011

Teguran dan ucapan

Assalamualaikum.

Aku paling tak suka bila dengar, opss.. actually baca belogs orang yang berbunyi begini ''ini belog aku, aku punya pasallah nak tulis apa, aku buat entry apa. kalau kau orang tak suka, korang tak payah baca'' Sebenarnya benda tu ada betulnya jugak, dah memang belog dia, sukati dialah kan. Tapi serasa-rasa aku, orang-orang yang macam ni mungkin dia pernah dapat komen-komenan yang tak semonggah (pada anggapan owner belog) berbentuk makian, kutukan dan carutan yang sebenarnya lebih kepada teguran (pada akulah) Kan lebih elok kalau korang terima je kutukan itu dengan hati yang lebih terbuka macam korang buka pintu rumah korang luas-luas untuk biarkan rezeki masuk, ye dak.

Pemilik-pemilik belog yang cenggini kena pikiaq yang mesti akan ada orang yang baca belog korang tuh even sorang (macam belog aku ni) So, kenalah amek hati readers sikit, tak banyak pun, sikit je. Readers tak kisah mana. Macam aku, aku tak kisah selagi korang tak tulis ayat yang macam taik aku mention kat atas tu. Aku geli-gelimat.

Aku pernah kena tegur dengan sorang mamat ni, and then aku komen balik kat one of his entry pastu bila aku check balik dia dah delete komen dia kat belog aku. Aku malaih nak cerita apa sebabnya, tapi jauh disudut 90 darjah hati aku yang sangat kurus ni aku takde pun rasa bangga or riak yang kengkonon bila dia delete komen dia, aku rasa aku menang. Benda ni (teguran) actually bagus sebab kita tak tau apa orang cakap or mengata (ehem-ehem) pasai belog kita ni haa... Tak semestinya semua yang kita utarakan or selatankan pendapat-pendapat kita dalam belog semuanya betul or dapat diterima umum kan. Lagi satu, bukan setakat kat belog je bagus, kat kehidupan kita ni pun kita memerlukan teguran. Tak kisahlah positif ke negatif ke. Kalau positif, that's mean korang boleh improvekan lagi dan kalau negatif, lepas tu teguran tu ada point, so tak salah kita terima, betulkan and lastly say thanks! Kalau takde point, sila maki si penegur tersebut, haha.

Tapi, dah memang nama orang, lagi-lagi macam aku ni, aku buat semua yang aku tulis kat atas tu, tapi dalam hati still cakap-cakap lagi. Nampak sangat tak redha dan rela kena tegur. Hihihi. Ok, itu not good ye. Sebenarnya, entry ni untuk aku, sekian.

Eh, harini tahun kedua aku dengan Chanhonam :) Selamat.
Daisypath Happy Birthday tickers