Kali ni cerita ringkas pasal hari semalam. Semalam hari sabtu, aku puasa. Err..puasa ganti. Jangan tanya aku kenapa aku tak puasa hari isnin atau khamis ok. Petang tu sepatutnya aku pergi rumah atok sebab memang dah janji nak tidur kat rumah atok. Jadi, atok ingatkan, aku berbuka puasa kat rumah dia, atok dah siapkan makanan untuk dua orang makan. Tapi aku kena masak kat rumah dulu sebab mama puasa, angah pun puasa.
Biasanya aku memasak, memang aku bukak pintu dapur luas-luas bagi asap keluar, angin masuk rumah. Barulah selesa :) Abah pun ada, abah masak tomyam campur.
Kebetulan, jiran belakang rumah kitorang pun ada jugak masa tu, dorang bakar sampah. Aku baru je nak bagi asap memasak tu keluar rumah, tapi asap pembakaran dorang tuh pulak yang masuk rumah, haishhh...
Cerita klimaksnya bermula...
Ada sorang budak lelaki kecik tengah pegang seplastik sosej. Aku rasa sosej tu panas lagi sebab kat plastik tu ada wap-wap air. Aku pun tak tau anak siapa budak kecik tuh. Dia duk meronda-ronda kat belakang rumah jiran aku yang tengah bakar sampah tuh. Jadi aku abaikan. Lepas tuh sambung memasak. Adegan seterusnya ada dialog ni;
''Buat apa masakkan anak orang, masaklah untuk anak sendiri!''
Anak jiran aku yang tengah bakar sampah berumur 5-7 tahun (perempuan) bercakap dialog kat atas tuh dengan nada tinggi sambil merampas seplastik sosej dari budak lelaki kecik tadi. Parents budak perempuan tuh buat biasa macam takde apa.
Aku rasa parents budak perempuan tu mungkin rasa sosej tuh masih hak anak dia walaupun dia dah bagi kat budak lelaki kecik tuh.
**kecik-kecik dah biadap, tak diajar adab.
No comments:
Post a Comment