May 26, 2012

Manis

Assalamualaikum.

Inilah Manis. Nama dia Manis sebab dia memang manis. Dia betina. Tak garang. Sangat lembut. Sopan ya amat. Suka makan epal. Tak berak kencing atas tangan. Pendek kata, dia sangat positif jika dibanding dengan Sugi. Sebab itulah dia Manis.


Published with Blogger-droid v2.0.4

May 25, 2012

Sugi

Assalamualaikum.

Aku dah bela sugar glider! Nama dia Sugi. Umur dah 2 bulan. Tapi dengan aku baru 4 hari. Dia jantan. Sangat menyombong. Suka berak atas tangan. Makan kena paksa. Sangat garang. Tak suka rambutan. Dan tak berapa comel. 

Nanti aku update tentang Manis.

Published with Blogger-droid v2.0.4

May 13, 2012

Lunch with officemates

Assalamualaikum.

Ada lagi gambar_gambar dengan mereka ni. Yang ni actually kami sedang makan tengahari bersama. Makan tengahari terakhir bersama. Sweet gambar ni, nanti nak print sekeping then tampal kat board depan sebelah meja. 






May 12, 2012

Yuen & San San

Assalamualaikum.

Dah 12 Mei dan menunjukkan dah seminggu lebih Yuen dan San San tinggalkan office. Seriously terasa kesunyian office CNH, sebab staff dalam CNH tak ramai. So bila ada yang berhenti, of course lah terasa sunyi nya. 

Gambar-gambar dalam entry ni semuanya diambil pada last day Yuen dan San San kat CNH, hari Jumaat. Hari Jumaat tu jugak lah, aku tak berapa nak buat kerja, hihik. Lepas ni aku pun tak tau nak tulis apa dalam timesheet, memang takde produktiviti aku rasa hari tu.

Dan hari tu jugaklah, Atika takde sebab dah balik kampung atas urusan peribadi, so dia tak dapat join kami bergambar. Oh, lupa pulak Chong pun takde sebab he got a meeting that day. Actually Big Boss ada dalam bilik dia, tapi kitorang treat office macam tadak sapa ja. Hehe. 

These two girls la, Yuen and San San yang tinggalkan office. Yuen katanya ke Singapura untuk kerja disana, dan San San dah habis latihan praktikalnya di CNH untuk dua bulan saja.

 Yang tengah-tengah tu Shanny, beliaulah Admin cum Accountant di CNH.

San San is a loud-spoken girl. Dia best, aku rasa dia ni jenis selamba dia, and actually sepanjang dua bulan she's in the office, office akan jadi hidup sebab dia selalu jadi mangsa buli Chong dan office pun jadi huru-hara.. She's a good girl, tak pernah ponteng atau MC, bila takde kerja dia cepat-cepat mintak kerja. Even photostat document pun dia tak kisah asalkan ada kerja untuk dia buat. Good luck girl!



Gua suka betul gambar ni, rasa macam nak cium-cium je si Yuen tu, actually she's a very nice-good-cute girl tau. Dia pendiam, and talk when needed. Chong also agreed with me that Yuen is such a nice and suci girl, you know.







Rindu these two girls already :(

May 1, 2012

Selamat Hari Pekerja

Assalamualaikum.

Sudah bulan Mei. Pertama kali bercuti umum sebagai pekerja sempena Hari Pekerja 1 Mei. Jatuhnya Hari Pekerja tahun ni pada hari selasa. Tak untung untuk aku yang tak dapat apply cuti pada hari isnin. Kalau dapat cuti hari isnin, sudah tentu 4 hari berturutan aku cuti.

Boleh tahan untung juga dari aspek upah aku dapat. Memandangkan bulan April genap 6 bulan aku di CNH, rezeki ditambahkan gaji oleh bos. Pada aku, boleh kira banyak juga. Tapi kelak kerja aku akan setimpal dengan apa yang aku dapat.

Aku tak bercerita perihal kerja dalam cikzuzu. Tapi sekarang aku cerita memandangkan waktu sekarang, minggu sekarang merupakan minggu sepi untuk aku, dan Chong (officemate) barangkali.

Pertamanya, awal bulan April aku dikejutkan dengan pemberhentian kerja oleh Yuen. Dan sebelum itu, aku sedia maklum yang San San berpraktikal cuma sampai akhir bulan April. Tiba minggu terakhir April, Atika pula terpaksa pulang ke kampung. Tinggal aku berdua dengan Chong sebagai junior QS di ruang kerja belakang.

Sungguh rasa sepi bila mereka-mereka takde. Bukan kata aku bosan dengan telatah Chong (yang mana bahasa melayu dulu nya tidak seberapa dan sekarang semakin meningkat) tapi dengan adanya mereka-mereka suasana lebih seronok. The more the merrier, right.

Aku tunggu seminggu lagi untuk Atika balik ke CNH, tapi balik sebagai orang yang sihat. Aku harap Yuen masih ingat aku walaupun dia nanti jauh di selatan. Dan semoga San San berjaya memiliki diploma yang dia hendakkan.

Selamat Hari Pekerja

Published with Blogger-droid v2.0.4
Daisypath Happy Birthday tickers