May 1, 2012

Selamat Hari Pekerja

Assalamualaikum.

Sudah bulan Mei. Pertama kali bercuti umum sebagai pekerja sempena Hari Pekerja 1 Mei. Jatuhnya Hari Pekerja tahun ni pada hari selasa. Tak untung untuk aku yang tak dapat apply cuti pada hari isnin. Kalau dapat cuti hari isnin, sudah tentu 4 hari berturutan aku cuti.

Boleh tahan untung juga dari aspek upah aku dapat. Memandangkan bulan April genap 6 bulan aku di CNH, rezeki ditambahkan gaji oleh bos. Pada aku, boleh kira banyak juga. Tapi kelak kerja aku akan setimpal dengan apa yang aku dapat.

Aku tak bercerita perihal kerja dalam cikzuzu. Tapi sekarang aku cerita memandangkan waktu sekarang, minggu sekarang merupakan minggu sepi untuk aku, dan Chong (officemate) barangkali.

Pertamanya, awal bulan April aku dikejutkan dengan pemberhentian kerja oleh Yuen. Dan sebelum itu, aku sedia maklum yang San San berpraktikal cuma sampai akhir bulan April. Tiba minggu terakhir April, Atika pula terpaksa pulang ke kampung. Tinggal aku berdua dengan Chong sebagai junior QS di ruang kerja belakang.

Sungguh rasa sepi bila mereka-mereka takde. Bukan kata aku bosan dengan telatah Chong (yang mana bahasa melayu dulu nya tidak seberapa dan sekarang semakin meningkat) tapi dengan adanya mereka-mereka suasana lebih seronok. The more the merrier, right.

Aku tunggu seminggu lagi untuk Atika balik ke CNH, tapi balik sebagai orang yang sihat. Aku harap Yuen masih ingat aku walaupun dia nanti jauh di selatan. Dan semoga San San berjaya memiliki diploma yang dia hendakkan.

Selamat Hari Pekerja

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers