Jun 4, 2012

Mixed fruit yogurt

Assalamualaikum.

Dah hari Isnin la, malasnya nak kemas barang -__- Selalunya memang takde barang bawak balik Kolumpo. Tapi minggu ni aku bawak buku-buku masa belajar. Sebabnya Bos aku selalu tanya aku regarding to contract, tapi semua soalan bos aku cakap aku tak tau. Ala, aku lupa senanya, lagipun memang aku tak suka contract, aku suka taking-off je, hihi. So, kali ni terpaksalah aku baca sikit-sikit, nampak macam bodoh sangat kan aku ni. Memang bodoh pun -__-

Eh, kenapa cerita pasal kerja ni? Tak, tak, tanak cerita pasal kerja pun. Aku cuma nak tunjuk lunch meal anak-anak aku, Sugi dan Manis. Special punya meal mummy bagi hangpa tahu? 

Mixed fruit yogurt

Aku ada baca-baca jugaklah pasal sugar glider punya pemakanan, penjagaan, cara-cara train, anatomi dorang, etc. Kali ni nak try menu baru untuk Sugi dan Manis, sebab before ni kat Kolumpo, aku bagi makan HPW (High Protein Wambaroo) je. Nak variasikan makan anak-anak biar mereka tak bosan mengadap makanan yang sama. Aku pernah baca yang sugar glider akan stress/merajuk/depress sebab rutin makanan yang sama. Hmmmm, mengada-ngada. 

Jadi semalam, aku beli buah potong kat kedai, then aku potong jadi dadu. Buah-buahan yang ada dalam meal ni ialah;

Red Watermelon + Honey Dew + Mango + Red Apple + Pear + Strawberry

Then, aku tambah;

Low Fat Yogurt + Ensure Milk + Honey + Plain Water

Resipi ni pun aku cilok dari silampuneon.blogspot.com dan suggies101.blogspot.com

Keputusannya ialah, Manis hanya jilat air buah tu je :( Tapi Sugi dengan rakus melantak honey dew :) Nanti aku nak try bagi sayur pulak.

No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers