Jul 1, 2012

6 cara mudah DIY sleeping pouch sugar glider


Assalamualaikum.

Memandangkan harga barang-barang untuk sugar glider boleh tahan jugak menjerut poket aku yang tak berapa besar ni, aku mengambil inisiatif untuk DIY sendiri. Yang pertama, sleeping pouch. Sleeping pouch ni tempat tidur sugar glider, penting ye. Kalau takde, sugar glider nak tidur mana?


Mengikut pembacaan aku, ada 2 jenis kain yang boleh digunakan iaitu fleece dan flannel. Jadi, sleeping pouch DIY ni aku guna kain fleece. Beli dekat tesco dan jalan tar je, murah. Kalau nak tau, kain fleece ni kain selimut buat tidur tu, lembut dan mengekalkan haba.

Aku beli dua jenis kain, satu lapisan luar, satu lapisan dalam. Yang warna coklat untuk luar, warna oren untuk dalam.


1) Mula-mula potong ikut saiz yang kita nak, ataupun mengikut keselesaan bilangan sugar glider. Aku ada dua ekor, kasi potong saiz sederhana besar.

2) Then, bahagian atas tempat masuk, lipatkan dan jelujur. Untuk make sure bila jahit guna mesin, tak senget atau bengkang-bengkok.

3) Lepas tu jahit guna mesin jahit keliling tepi. 

4) Dah siap, terbalikkan. Tadaaaa!!!

5) Akhir sekali, potong kain kecik untuk jadikan tempat sangkut. Itu jahit tangan pun boleh.

6) Dah siap jahit tempat sangkut, pasang ring clip kat situ, sangkutkan dalam cage.


Yay! Sugi dan Manis tidur dalam sleeping pouch baru!

Published with Blogger-droid v2.0.4

4 comments:

Anonymous said...

salam cik zuzu.
nak tanye, kat mana cik zuzu beli kain fleece ni ye?

juleha.aripen said...

jalan tar je :)

Unknown said...

Selain jalan tar, kat kedai apa eak yg jual kain fleece ni?

Unknown said...

Selain jalan tar, kat kedai apa eak yg jual kain fleece ni?

Daisypath Happy Birthday tickers