Jan 30, 2013
Foto : Trip to Bangkok, Thailand (Part 4)
23/01/2013, Rabu, Lewat Malam
Patphong Market
Pasar malam paling popular di Bangkok ialah Patphong Market. Pasar ni dikelilingi oleh kedai makan dan kelab malam. Ada jugak yang dirikan gerai di tepi jalan sepanjang Silom Road. Macam-macam ada jual kat sini, baju, hiasan dalaman rumah, jam, cermin mata, dll. Dikelilingi kelab malam. Perempuan dan separuh perempuan kat situ, fuhhhhh cecantik belaka. Tak payah masuk kelab pun, dah boleh tengok pole dance dari luar. Tapi aku takde gambar. Takut. Hihik.
Foto : Trip to Bangkok, Thailand (Part 3)
23/01/2103, Rabu
Furama International Hotel
Bilik hotel ni memang cantik. Menjerit sekejap dengan Aisyah bila tengok bathroom dia clearglass wehhhh... Bila nak mandi tu kena turunkan tirai la, heheh. Serius cantik, luas, besar, bersih. Sebelum-sebelum ni kalau pergi holiday, just check in kat hotel murah, motelatau hotel budget je. Yelah, hanya untuk tidur dan mandi sahaja. Tapi kali ni, serius, kitorang tidur pun tak sedar. Tetiap pagi Shany intercom kejutlan kitorang, heheh. Punyalah nyenyak tidur.
Tapi bilik kitorang tak berapa nak strategik, sebab tak dapat nak tengok sunset. Ada satu building tinggi yang halang pemandangan sunset tu. Dan aku diberitahu, bilik hotel sebesar alam tu cuma RM200 untuk satu malam. Murah kan...
Jan 28, 2013
Foto : Trip to Bangkok, Thailand (Part 2)
23/01/2013, Rabu, 9.30pm
Airport Bangkok
Dah sampai Airport Bangkok, tapi tak ingat nama airport, adey... Dalam flight aku tak tidur pun. Tak boleh nak tidur woi. Duk main game, tengok Shany tidur kat sebelah, tengok menu kat pocket kerusi, tengok orang korea sebelah kanan tidur. Nak tengok luar, bukan nampak awan, dah malam. Dalam setengah jam nak sampai tu, annoucer flight kata nak mendarat. Terus segar mata sebab nak sampai Bangkok dah!
Wira oop day 13
Hari ke 13 Wira oop, Wira dah bukak mata. Tapi Wira ni kuat crabbing. Gigit ekor tu baru tahu.
Dan Wira ialah betina :)
Categories:
Foto,
Sugar Glider
Jan 27, 2013
Foto : Trip to Bangkok, Thailand (Part 1)
23/01/2013, Rabu
LCCT
Company aku ada buat trip ke Bangkok. Bos dengan family, Shany dengan husband, Aisyah, Tian dan aku.
Pukul 3.00 pm, bertolak dari office ke LCCT. Pagi tu kerja macam biasa. Memang takde mood nak buat kerja, tapi terpaksa buat kerja jugak. Aku excited nak pergi Bangkok, sebab aku tak pernah pergi bercuti luar dari Malaysia. Serius. Singapore yang celah kangkang tu pun tak pernah pergi, even aku pernah duk JB. Dan aku tak pernah naik kapal terbang, hahah! Dah suku abad, baru ni nak naik kapal terbang. Kesian...
Sebenarnya, nak lah jugak duk tepi tingkap tengok awan. Tapi dapat seat bukan sebelah tingkap :( Takpelah, lagipun flight aku malam, pukul 7.25 pm. Sebelah seat aku, 2 orang korea, siap sempat suruh Shany ambilkan gambar.
Gambar-gambar yang bawah tu senarai menu dalam kapal terbang Air Asia. Mahal boleh tahan... Air mineral Spritzer separuh dari botol kecil ialah RM3.00. Silalah minum dan makan pepuas sebelum naik flight.
Sampai Bangkok dalam pukul 9.30 pm waktu Malaysia. Waktu Bangkok awal sejam daripada kita. So, maknanya pukul 8.30 pm waktu Bangkok kami tiba.
Subscribe to:
Posts (Atom)