Jan 19, 2013
Cerita office -to do list & resignation
Sebenarnya hari-hari setiap pagi waktu sebelum memulakan kerja, aku akan tengok to do list aku. So, aku tahu yang mana satu yang bos kehendakkan dulu. Baru semalam aku perasan to do list aku dah penuh satu muka surat. Ada yang dah settle, ada yang belum. Yang belum settle pun ada yang dah cecah 3, 4 bulan, masih aku tak siapkan lagi. Bos belum mintak, kita buat lah benda urgent yang lain ye dak.
Tapi aku jenis buat kerja lembab, aku tak boleh buat kerja cepat, nanti banyak salah. Bila banyak salah, bos marah. Hmmmm....
Dan semalam jugak, one of my colleagues hantar resign letter. Sehari sebelum tu, another colleagues dah pun hantar surat berhenti kerja. Dahlah dalam office tu ada 3 orang je QS termasuklah aku. 2 resign, tinggal aku seorang. What the hell! Semua projek pass kat aku? Gila? Macammana aku nak handle semua projek?
Aku tahu diorang resign ada 2 sebab. 1, sebab bos. 2, sebab gaji. Company tempat aku bekerja sekarang memang tawarkan gaji yang sangat rendah berbanding consultants firm qs yang lain di area Kolumpo. Bila ada company lain offer diorang dgn gaji tinggi, of course diorang akan pergi kan... Kalau aku, aku pun pergi.
Tapi dari start kerja, aku dah ada niat untuk stay di company pertama selama 2 tahun, minimum (kalau boleh) Dan aku tahu, bila kita bekerja di company yang kecil, ilmu pengetahuan yang kita peroleh lebih banyak. Yelah, dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara kita akan buat sendiri. Jadi, itu niat aku untuk 2 tahun pertama aku bekerja. KNOWLEDGE. Dan MONEY comes after that.
Sekarang, aku dah bekerja selama 1 tahun 3 bulan. Another 9 months to go. Or less, hahahah... Minggu depan ada company trip pergi Bangkok, then ada Chinese New Year dan bulan 4 aku review setahun bekerja daripada confirmation. Sebelum aku berhenti ketiga-tiga perkara ni aku perlu lepaskan dulu, then aku akan decide where I want to go.
Categories:
Al-kisah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
yup zu. cxompany kecik we can learn anythings.
but did not mean u cannot change to a good company.
tapi qs ni memang mencabar juga bg aku.
hidup qs!
yes. i will. one day.
Post a Comment