Dec 28, 2015

Budget Trip to Seoul Day 2 Part 9 - Petite France



Masih lagi di Petite France, tapi gambar-gambar dalam entri kali ni ialah gambar kami bertiga sedang bergembira. Woo. Woo.


Teruk benar angle gopro aku. 



Patung actor & actres drama My Love From The Star.


Ramainya orang. Pedulik hape nak bergambar tengah-tengah tu jugak.


Ana


Suzie


Juleha


Masa untuk balik! Kami dah keluar dah. Gambar wajib di Entrance Wall.


Weols is happy!

Kami kena menyeberang jalan untuk tunggu bas yang sama kami naiki untuk datang ke sini. Lama tau kami tunggu bas tu datang. Hampir sejam. Dan dalam masa sejam tu, sedikit demi sedikit tourist memenuhi ruang bus stop yang kami tunggu. 

Nak dijadikan cerita, aku siap bergaduh dengan tourist dari China (I think so-when I'm looking at their appearances). Ok, kami tunggu kat bus stop tu hampir sejam atau memang sejam la senang cerita. Dan memang kami ialah yang terawal tunggu disitu, so kami dapat duduk kat tempat duduk bus stop tu. Kebetulan hujan renyai-renyai. Dan kami tak berganjak dari dari tempat duduk kami. Sedikit demi sedikit tourist memenuhi bus stop dan berdiri dalam kawasan bus stop untuk mengelakkan diri dari hujan. Ok, fine. we ols ok, walaupun kami nak jugak tengok bila bas sampai.

Finally, bus arrived. mereka-mereka yang berdiri di depan kami terus meluru menuju bas yang sampai, kira macam berebut jugak lah, sebab hujan renyai. Takpe, kami pun bangun dan mengekori, konon-konon macam beratur (tapi sebenarnya tidak). Kami bertiga pun sebenarnya menolak-nolak jugak, ialah kami sampai dan tunggu bus dulu kot. Ini tidak adil!

Dan, seorang wanita China (agaknya) pun menolak aku. EH, aku memang tak boleh kasar-kasar. Aku dah elok-elok bagi engkorang-engkorang ni potong line aku kot! And the, dia bersuara, dengan yakinnya.

"Hello excuse me. Please queue. Me first" (lebih kurangla englishnya macam tu)

Muka aku berkerut.

"For your information, we alls already waiting for the bus almost for an hour" (tangan aku tunjuk-tunjuk bus stop)

Dia paling muka kearah geng-geng dia. Entah cakap apa. Dia paling muka tegak ke depan ke arah bas, masih mahu mendahului kami.

"Madam, it is ok if you want. Never mind" (aku pun tak tau english aku beul ke tidak, tapi aku rasa dia paham)

"Thank you. Thank you very much" Dengan muka angkuh, konon dia menang perbalahan kami. Oh, takpe, mengalah tak bererti kalah. Right?

Dan, dia dan konco-konconya naik bus dengan gembira. Tapi lepas tu aku dengar bising-bising dalam bus. Wanita tu stuck kat tangga bas. Attendance bas cakap "Ticket. Ticket."

"Oh takde tiket" Dalam hati aku.

Dia dan konco-konco semua kena turun. Adalah dalam 5, 6 orang jugak. 

Aku sengih. Bukan senyum. Sengih.


No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers