Jan 5, 2016

Family Trip - Ho Chi Minh, Vietnam 3D2N (16/08/15 - 18/08/15) Part 2 - Ben Thanh Market



Sampai - sampai je airport, terus kami naik taxi untuk ke hotel. Hotel memang awal-awal aku dah booking through online di Booking.com. Samalah macam aku pergi Seoul, aku menggunakan Booking.com untuk tempahan hotel. 

Lepas letak luggage, kami rehat-rehat rilekskan kaki dalam 2-3 jam dalam bilik hotel. Petang tu jugak kami keluar ke Ben Thanh Market. Kami jalan kaki je dari hotel. Mujur hotel yang aku booking tu tak jauh dari market ni. Jimatlah duit taxi untuk ke sini. Jalan kaki dalam 10 - 15 minit macam tu, kami sampai ke market.


Pintu masuk Ben Thanh Market dengan signage yang besar.


Ben Thanh Market betul-betul terletak di depan roundabout ni. Dan aku memang terkejut sangat, kat bandar ni penggunaan motosikal sangat-sangat-sangat lah banyak. Boleh kata macam tak terkawal jugaklah. Scary pun ada rasa. Bunyi hon terlalu bising dan tak berhenti. Pehh!



Kedai-kedai kawasan sekitar.


Lorong dalam gambar ni terdapat banyak restoran halal. Kiri dan kanan ada restoran halal. Tak payah risau tentang makanan kat bandar Ho Chi Minh ni. Cumanya, harga makanan halal disini mahal sedkit jika mata wang nya diconvert kepada mata wang kita.




Antara kedai-kedai kain cotton yang ada di sekitar. Nak brand Naelofar? Pun ada! Telekung, lagilah berlambak. Dan harga-harga kain kat sini amat murah jika nak dibandingkan di negara kita. Memang dekat-dekat semuanya. Jalan kaki sahaja.



Ni la restoran-restoran halal yang aku bagitau tadi. Sebelah-menyebelah je pun. Kalau harini pergi kedai 1, esok pergi kedai 2 pulak. Heheh.

No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers