Dec 28, 2015

Budget Trip to Seoul Day 3 Part 1 - Gyeongbokgung Palace



Hello! Dah hari ketiga di bumi Seoul!
Selamat datang ke Gyeongbokgung Palace!
Sejuk sangat pagi tu tapi bestttt...


Gambar ni belum masuk Gyeongbokgung Palace lagi tau. Ni kat kawasan luar. Mood masa memang happy. Taktau la kenapa. Sedap keadaan pagi kat sana. Sedap okeh.


Ini pintu gerbang sebelah kiri. Bukan pintu masuk utama. Sebab kami naik subway, jalan punya jalan terus keluar di bahagian kiri place. Pintu gerbang kecik pun dah rasa cantik.


Silalah ambil gambar diri masin-masing. Hahah!



Dah bergambar beriya, baru lah sampai ke Ticket Counter. 


The first think yang kami nampak is this one! Blossom! Haihhh cantik teramat!


Tenang, asyik.



This angle just to be sure that I'm captured the pink blossom. Hihi. And aidonowai I just love my ootd here. Hihi. Hihi. Hihi lagi. 


Beautiful



Us.


Oh yes! Palace ni luas. Kami tak berjalan pun ke seluruh kawasan. Hanya kat depan-depan je. Lagipun kawasan tu lawasan dan ada istana-istana di situ.

Budget Trip to Seoul Day 2 Part 9 - Petite France



Masih lagi di Petite France, tapi gambar-gambar dalam entri kali ni ialah gambar kami bertiga sedang bergembira. Woo. Woo.


Teruk benar angle gopro aku. 



Patung actor & actres drama My Love From The Star.


Ramainya orang. Pedulik hape nak bergambar tengah-tengah tu jugak.


Ana


Suzie


Juleha


Masa untuk balik! Kami dah keluar dah. Gambar wajib di Entrance Wall.


Weols is happy!

Kami kena menyeberang jalan untuk tunggu bas yang sama kami naiki untuk datang ke sini. Lama tau kami tunggu bas tu datang. Hampir sejam. Dan dalam masa sejam tu, sedikit demi sedikit tourist memenuhi ruang bus stop yang kami tunggu. 

Nak dijadikan cerita, aku siap bergaduh dengan tourist dari China (I think so-when I'm looking at their appearances). Ok, kami tunggu kat bus stop tu hampir sejam atau memang sejam la senang cerita. Dan memang kami ialah yang terawal tunggu disitu, so kami dapat duduk kat tempat duduk bus stop tu. Kebetulan hujan renyai-renyai. Dan kami tak berganjak dari dari tempat duduk kami. Sedikit demi sedikit tourist memenuhi bus stop dan berdiri dalam kawasan bus stop untuk mengelakkan diri dari hujan. Ok, fine. we ols ok, walaupun kami nak jugak tengok bila bas sampai.

Finally, bus arrived. mereka-mereka yang berdiri di depan kami terus meluru menuju bas yang sampai, kira macam berebut jugak lah, sebab hujan renyai. Takpe, kami pun bangun dan mengekori, konon-konon macam beratur (tapi sebenarnya tidak). Kami bertiga pun sebenarnya menolak-nolak jugak, ialah kami sampai dan tunggu bus dulu kot. Ini tidak adil!

Dan, seorang wanita China (agaknya) pun menolak aku. EH, aku memang tak boleh kasar-kasar. Aku dah elok-elok bagi engkorang-engkorang ni potong line aku kot! And the, dia bersuara, dengan yakinnya.

"Hello excuse me. Please queue. Me first" (lebih kurangla englishnya macam tu)

Muka aku berkerut.

"For your information, we alls already waiting for the bus almost for an hour" (tangan aku tunjuk-tunjuk bus stop)

Dia paling muka kearah geng-geng dia. Entah cakap apa. Dia paling muka tegak ke depan ke arah bas, masih mahu mendahului kami.

"Madam, it is ok if you want. Never mind" (aku pun tak tau english aku beul ke tidak, tapi aku rasa dia paham)

"Thank you. Thank you very much" Dengan muka angkuh, konon dia menang perbalahan kami. Oh, takpe, mengalah tak bererti kalah. Right?

Dan, dia dan konco-konconya naik bus dengan gembira. Tapi lepas tu aku dengar bising-bising dalam bus. Wanita tu stuck kat tangga bas. Attendance bas cakap "Ticket. Ticket."

"Oh takde tiket" Dalam hati aku.

Dia dan konco-konco semua kena turun. Adalah dalam 5, 6 orang jugak. 

Aku sengih. Bukan senyum. Sengih.


Budget Trip to Seoul Day 2 Part 8 - Petite France




Habis dah gambar di Nami Island. Kami nak bergerak ke Petite France. 


Banana Milk ialah satu kewajipan disini.



Entrance Wall di Petite France.


Drama 'My Love From The Star' difilemkan disini. Kat pintu masuk je dah ada poster drama ni. Dah tonton ke drama ni? Mestilah sudah!


Entrance Petite Frace. Melangkah masuh terus beratur beli tiket okeh!


Lepas pegang tiket yang dibeli, automatik kamera terus di tangan.





Kebetulan, ada Puppet Show kat dataran dalam Petite France ni. Dengan muzik yang kuat dan persembahan puppet yang menarik, lama jugak lah aku menonton show tu. 


Puppet sempat bergurau dengan penonton.


Sempat jugak rakam beberapa minit. Dengan tujuan bila dah balik hotel nanti nak wasap kat Mama. Kemain.


Sedang tontong Puppet Show, pusing belakang sat amik gambar bangunan kat belakang. Heheh.


Selfie sikit, Itu tandanya bukti aku disitu.




One of the scene dalam My Love From The Star is HERE! 



Art is art. Aidonowaidiskricheishier (I don't know why the creature is here)


Ha, dan ada pengantin photoshoot kat sini. Hurmm, mesti cantik-cantik gambar wedding mereka. Me is envy.


Time to round in the Petit France.


And capture all the arts here.




Actually it is not too cold, sedap-sedap je sejuknya.


Wall painting pun cantik. Eee, takde benda yang tak cantik lah!




Daisypath Happy Birthday tickers