Jul 27, 2010

Momen buku

Heh? Apa kau buat tu Imah?

Hee...Actually kita orang ke Perpustakaan Negara Malaysia. Rajin kan?kan?kan?
Yelah memang rajin. Nak pergi berkobar-kobar. Tapi bila dah sampai, aku dengan sukacitanya melepak sahaja. Tak berminat pulak dah. Buku-buku yang aku cari pun takda. Bosan betul.
Yang rajin Si Iempian dengan Linda. Kehkehkeh. Tengok muka Linda cari buku kat bawah ni. Serius kan?


Si Encik Aeh ni posing je lebih. Konon-konon cari buku. Tapi sebenarnya, dia ada struggle sikit ar tolong aku cari buku. Aku je pemalas :)

Jul 25, 2010

Geng : Finale

Masa untuk pulang :) Bye bye kawan-kawan.

Mereka ke Masjid Jamek, aku, Encik Aeh dan DD ke Bandar Tun Razak, Puan Liezza dan Encik Izzaf ke Low Yat.

Moga kita semua tentang mata lagi
Moga kita pimpin tangan lagi :)

Jul 23, 2010

Geng : Episode 4

Lepas penat-penat, pening-pening main main game dalam Cosmo's World, kita orang kembali ke pangkal jalan. Mencari-cari balik kawan-kawan yang kat luar tu. Bukan kita orang je penat, dia orang yang tunggu kat luar tu lagilah penat.

Kau tengok tu Puan Liezza dengan En. Izzaf dah terlepek a.k.a melepak kat situ. Maaf ye tuan puan. Hehe.


Ha.. yang bab si Melia aku tak paham sikit. Melia, sila jawab kenapa kau begitu :)

Yang si budak kecik ni, aku lah pulak ambil tugas. Kesian weh Encik Aeh jaga dia. Berlari sana, berlari sini. Hyperactive gila. Tak paham betul. Nak bagi tidur punyalah susah. Adeh.

Cik Bai siap beli jam tangan baru. Pewiiit....

Geng : Episode 3

Tadaaa! Akhirnya kita orang masuk jugak. Punya lah lama berfikir, at last beli jugak tiket masuk Cosmo's World. 1st game ialah roller coaster. Confirmlah aku tak naik beb. Kau ingat aku berani? Aku penakut. Mereka bertiga je yang naik. Pening-pening kepala naik roller coaster tunggang terbalik. Kehkehkeh.


Ececeh..muka macam confident berani yakin naik rollercoaster. Haha.

Aku dengan Cik Belle.Sama cantik sama padan kan :p

Kau orang nampak je dia orang ni sengih-sengih, tetapi hakikatnya pening kepala nak mampus sebab game kat dalam Cosmo's World tu semua style pusing-pusing. Si Belle dah uwek uwek nak muntah. Haha. Bai jangan cakap, kalau boleh dia main semua game dalam tu walaupun dah pening.



Puan Liezza takde, so gambar tak cukup korum. Tak santek lahkan. Kalau berlima barulah cantik. Tapi takkan dia nak masuk bayar tiket tapi tak main apa-apa kan... So, Puan Liezza kena tunggu kat luar Bersama Encik Izzaf beliau. Encik Aeh aku pun tunggu kat luar dengan DD. Kehkehkeh.

Jul 18, 2010

Geng : Episode 2

Nampak tak background gambar-gambar kat bawah ni. Hehe. Cosmo's World, Times Square. Dah tak dapat pergi Genting Highlands, kita orang ambil alternatif lain untuk main benda alah yang hampir-hampir sama. Tapi kat dalam Times Square ni kecil je. Tempat terkepung. Tak macam Genting, luas, nak main pun seronok. Tapi kalau pergi Genting, memang aku takkan main ah. Takut oh!


Puan Liezza dengan En. Izzaf. Husband kesayangan beliau. En. Izzaf memang sentiasa ada untuk jaga. Kita orang pun takdelah risau sangat kan.. Tapi dia jalan cepat oh, walaupun bawak perut. Aku yang keding ni pun jalan terhegeh-hegeh :p


Sebenarnya sangat susah untuk membuat keputusan nak masuk dalam Cosmo's World ni. Aku tak mahu main benda-benda pusing-pusing tu semua. Ya, aku takut okay. Belle pun berkira-kira nak masuk. Lepak-lepak kat luar ni nak dekat sejam. Keputusan tak jugak dibuat-buat. Huhu.

* The next entry, kita orang masuk ke tak?

Geng : Episode 1

Yeehaaaa! Kita orang jumpa lagi setelah tempoh masa yang lama tak berjumpa :) Seronok kan dapat jumpa kawan-kawan lama. Kira macam reunion la jugak.

Harmielia, Baizura, Nabilah dan Liezza. Mielia dah bekerja, Bai dan Belle sama macam aku, still study kat Uitm. Yang lagi seorang tu, ibu mengandung. Perut besar-besar pun hyper nak pergi situ, pergi sini. Hehe. Semuanya dah semakin cantik dan berjaya :)

Kita orang jumpa kat Times Square, KL je. Actually plan untuk ke Genting Highland, but so sad....tiket takde. Nak pergi pukul 10 pagi, tiket habis. Yang ada cuma tiket pukul 2 petang. Lepas tu, tiket cuma ada untuk 4 seat only. Kita orang ni berenam. Plus Asma' and Encik Aeh. Memang dugaan betul untuk beli tiket. Padahal bukan beli on the spot. Mungkin kena beli seminggu lebih awal. Berpeluh-peluh aku dengan Encik Aeh kat depan kaunter tiket tu. Berdadih-dadih ketiak. Kui3. Itu belum kira dengan dengan driver-driver teksi, tak habis-habis nak sapu orang suruh naik teksi dia pergi Genting. Ish..ish..ish..

Apa nak buat, dah tak de rezeki, maybe next time kena planning masa dengan berhemah, okay kawan-kawan. Hihihi.

So, the next entry is about apa yang kita orang buat kat Times Square :)

Jul 17, 2010

Adam

Nama saya ADAM.
Umur saya 5 hari pada hari ini.
Saya berwarna biru.
Saya sangat terhad.

Tuan saya cikzuzu.


Jul 15, 2010

Rasa

Sekarang tiba-tiba aku nak meluahkan rasa. Kau perasan tak yang entry-entry dalam blog ni, hampir kesemuanya aku tulis tentang aku ke mana, aku makan apa, aku buat apa, aku dengan siapa, bila aku berjalan, bila aku makan, dll. Aku tak suka untuk menaip tentang perasaan, tentang apa aku rasa, tentang ketakpuasanhati, kesedihan, kemurungan dan segala 'kenegatifan' lah.

Tapi sekarang ni baru aku nak taip. Mungkin ada jugaklah 2 entry aku yang sebelum-sebelum ni. Pasal bola dan perempuan dan wishlist. Cuma dua aku rasa, campur yang ini jadi yang ketiga.

Bila aku buat blog aku dengan cara macam ni, itu semua menunjukkan yang aku tak suka nak bersedih. Dan aku rasa bila nak bersedih aku hanya perlu menangis. Aku rasa lagi yang bersedih tu akan hilang bila menangis. Ataupun mungkin aku akan cerita dengan kawan-kawan yang ada kat depan mata. So, aku akan nampak muka dia bila aku tengah sedih.

Aku baru je membaca sesuatu tentang kesedihan. Dan bila aku baca, aku rasa orang itu sedang menagih simpati. Ya, nampak macam kejam je 'rasa' aku tu. Ahhh, tapi nak buat macammana, dah itu yang aku rasa.

Kadang-kadang aku ada rasa yang aku ni keji. Kutuk itu, kutuk ini, kata itu, kata ini. Sebab itu dalam blog aku, aku tak mahu bicara tentang perasaan. Seboleh-bolehnya aku tak mahu. Kalau aku kutuk itu, kata ini dalam blog, kau-kau-kau yang baca dapat dosa sama kan? Tak kiralah, tak puas hati ke, sedih ke, murung ke apa ke. Tapi kalau yang gembira-gembira, aku akan cerita. Itu semua kan yang indah-indah pasal dunia. Aku pun gembira bila aku baca blog-blog orang yang menceritakan kegembiraan dia. Macam aku pun tumpang bahagia sama.

Okay, tapi aku paham. Itu blog mereka kan. Apa masalah aku kan? Eh, ini blog aku juga. Sukahati aku nak tulis apa aku rasa.

Gembira kan best. Ye dak?

*walaupun aku sama macam kau orang, ada masa sama sedih sama marah.

Jul 12, 2010

Platform 5

Tadaaa!!! Aku di KL lagi. Rajin kan aku pergi KL. Mestilah, kekasih hati kat KL, takkan nak pergi Bukit Kayu Hitam pulak kan? Sukahati akulah nak pergi mana pun.

*ambil saya kat Bukit Jalil. Platform nombor 5 tau.

Perut tengah lapar. Jom makan!


Nasi! Nasi! Nasi! Nasi adalah penting untuk tumbesaran aku yang tak membesar ini. Boleh gila kalau tak makan nasi. So, korang-korang ni tak payahlah mengada-ngada diet-diet segala bagai. Makan je okay :)

Lepas makan nasi, kita makan kek. Ini pencuci tekak. Perut dah mengah-mengah, lepas tu makan kek, memang muntahlah jawapannya. Okay-okay. Aku tak muntah.

Ala, saja-saja je. Kami kan tak sambut anniversary. Haritu kan ada orang ketiga. Kali ni biar kami berdua okay. Tak mampulah nak beli kek sekilogram tu, sepotong je cukup. Bajet kena jaga oh!



Pagi tu nanti Spain vs Netherlands. Confirm Belanda tertiarap. *dalam hati.


*******************

Esok paginya, aku check mesej kat handphone.

Mesej dari 22010 : Spain vs Netherlands (1-0)

Tersengih-sengih aku.

Jul 6, 2010

Satu perut dua pinggan


Untuk pengetahuan kau orang dua-dua pinggan nasi goreng dan kuey tiaw goreng ni, Encik Aeh yang makan. Lapar benar rupa kan. Ish ish ish, sampai dua pinggan dia sebat. Sebab tulah sekarang ni dia makin gemuk! Perut makin lebar! :)

Takpe, aku tak kisah dia gemuk ke kurus ke apa ke. Yang penting dia gembira. Aku tengok dia makan, aku yang kenyang, bukan dia yang kenyang. Itu belum tambah dia makan otak-otak lagi. Lepas tu ada pulak order tauhu bakar. Mujur tak sempat makan, kita orang dah gerak pulang. Jadi, aku dengan budak rumah yang melantak tauhu bakar tu :)


Tengok, gemuk kan? Tu, lengan dia, dah macam betis aku. Belum peha dia tu, kehkehkeh.

Lokasi : Le Lac Seksyen 7 Shah Alam (berhampiran tasik depan Unisel)
Waktu : Petang

My baby boy vs ulangtahun pertama

4 Julai 2010 : Hari ulangtahun perkenalan dan pertemuan pertama aku dengan Encik Aeh. Baru setahun hubungan kami, bukannya lama. Tempoh setahun sangat sekejap. Dan dalam tempoh tu, aku rasa aku selesa dengan Encik Aeh walaupun ada masa untuk tengkarnya. Biasalah hubungan semanusia, bohong kalau indah belaka. Tapi kami tak sambut dengan kek, hadiah, dan yang indah-indah seperti yang lain-lain. Cukup dia ada depan mata. Lihat baik dia, nampak indah dia, buta cela dia, kosong jahat dia. Cukup.

Keluar berjalan-jalan, bukan dating berdua, tapi bertiga. Ya, ada orang ketiga. DD a.k.a Dani. Anak kami untuk sehari itu sahaja. Cukup letih bersama dia tapi seronok tengok telatah dia :)

Suka betul DD berjalan, naik tren, turun tren, naik monorail, turun monorail. Tengok tu, dia dah main-main kat situ.



DD dengan candy dia. Masa sebelum beli candy tu untuk dia, tester kat kedai tu dah banyak dia sebat. Orang kedai dah tengok style tak puas hati. Okaylah-okaylah aku beli.
Nah, terduduk dia makan candy tu sampai puas.
Yang ni dalam LRT nak balik. Ya ampun, punyalah tak reti duduk diam. Patutnya sesiapa yang pegang baby dapat duduk walaupun LRT penuh, tapi ni memang taklah! Dia boleh berjalan-jalan dalam LRT tu. Adeh.




Anniversary aku dan Encik Aeh bukan berdua, tapi bertiga.


Selamat ulangtahun kekasih :)

Jul 4, 2010

Fastfood lagi, gemuk tak jugak

Dua hari berturut-turut makan fastfood je. Haritu KFC, ni McD pulak. Lepas ni apa lagi? A&W? Pizza Hut? cehhh... cukup-cukuplah tu, duit dah macam air mengalir. Kelmarin pergi Jaya Jusco Maluri, Cheras. Masuk dalam Jaya Jusco, ada sale barang-barang Sembonia, Carlo Rino..style-style mak-mak kita yang selalu beli. Sekali, tangan tercapai satu wedges. Ohh tidak, berkenanlah pulak. Harga nak cecah seratus ringgit. Fikir punya fikir, tak beli. Seratus ringgit untuk sepasang kasut yang tidak ada keperluan, cuma kehendak hati, NO WAY!

Lastly, makan McD :)

Jul 3, 2010

Tujuh jam setengah

Semalam aku pergi KL lagi. Berjalan-jalan sama kekasih hati, ecehhhhh... *muntah hijau.
Sama Encik Aeh la, siapa lagi kat KL ni kalau bukan dia. Jalan-jalan ke Masjid Jamek, cari brooch dan getah ikat rambut, kehkehkeh. Masuk Mydin, bau gila haruk bacin nak mampus. Penuh bangla ala-ala Sanjay Dutt. Bukan Shah Rukh Khan okay, aku peminat dia.

Dari Masjid Jamek ke Hang Tuah naik LRT. Ke Bukit Bintang naik monorail. Yes, kami malas jalan kaki. Penat, panas dan malas, walaupun dekat gila sebenarnya stesen Hang Tuah ke Bukit Bintang.

Kali ni naik monorail best, kosong okay. Kalau tak, mesti aku berdiri punyalah. Monorail tu macam sardin, tak pernah nak kosong sekosong hari semalam. Berhimpit-himpit sampai terbau-bau badan orang. Melayu takpe, kalau depan aku bangla?



Lastly before balik, makan-makan-makan. Lapar. Yang tak puas hatinya, ayam KFC dah semakin kecut kecik. Nugget jangan cakaplah, tak sempat buat taik gigi dah. Coleslaw pulak entah bila punya dia bagi. Rasa payau-payau Encik Aeh kata. Kihkihkih. Minggu lepas punya coleslaw kot dia bagi kita orang kot. Eewwww. Tunggu Encik Aeh kata sakit perut nak cirit-biritlah, kalau betul terjadi, sah-sah coleslaw tu puncanya.

Jul 1, 2010

Dating, selipar dan bas

Tengok! Aku dah ada selipar baru. Tadaaa! Sebab selipar yang lama, besi dalam tapak selipar tu sudah terkeluar, kehkehkeh. Sekarang boleh jalan-jalan dengan selesa. Yeehaw!
Nampak macam happy gila, padahal selipar sakai je aku beli. Mestilah happy, sekarang jalan-jalan pun dah tak dengar besi selipar tu terseret-seret kat lantai.


Aku dengan Encik Aeh ke KL sebab nak beli selipar, sekali Encik Aeh rembat satu beg sebab dia tengah masyukkkkkkk gila! Haha. Masa yang sesuai untuk menunjukkan muka dan perangai gedik mintak dia belanja.

At last kegedikan tak menjadi, no belanja :(

Pergi KL naik LRT, tapi balik naik bas. Tunggu bas sangat lama, tak suka! Duduk dalam bas pun lama, tak suka! Ini first time naik bas kat KL, agak jakun, tapi tak suka! Bukannya tak pernah naik bas, dalam U pun aku pernah naik bas apa... Kami orang kedua terakhir turun bas. nampak apek cina tu, dia last person dalam bas with the driver. Tak tau dia nak pergi mana. Sebab Bandar Tun Razak is the last stop.
Daisypath Happy Birthday tickers