Jul 15, 2010

Rasa

Sekarang tiba-tiba aku nak meluahkan rasa. Kau perasan tak yang entry-entry dalam blog ni, hampir kesemuanya aku tulis tentang aku ke mana, aku makan apa, aku buat apa, aku dengan siapa, bila aku berjalan, bila aku makan, dll. Aku tak suka untuk menaip tentang perasaan, tentang apa aku rasa, tentang ketakpuasanhati, kesedihan, kemurungan dan segala 'kenegatifan' lah.

Tapi sekarang ni baru aku nak taip. Mungkin ada jugaklah 2 entry aku yang sebelum-sebelum ni. Pasal bola dan perempuan dan wishlist. Cuma dua aku rasa, campur yang ini jadi yang ketiga.

Bila aku buat blog aku dengan cara macam ni, itu semua menunjukkan yang aku tak suka nak bersedih. Dan aku rasa bila nak bersedih aku hanya perlu menangis. Aku rasa lagi yang bersedih tu akan hilang bila menangis. Ataupun mungkin aku akan cerita dengan kawan-kawan yang ada kat depan mata. So, aku akan nampak muka dia bila aku tengah sedih.

Aku baru je membaca sesuatu tentang kesedihan. Dan bila aku baca, aku rasa orang itu sedang menagih simpati. Ya, nampak macam kejam je 'rasa' aku tu. Ahhh, tapi nak buat macammana, dah itu yang aku rasa.

Kadang-kadang aku ada rasa yang aku ni keji. Kutuk itu, kutuk ini, kata itu, kata ini. Sebab itu dalam blog aku, aku tak mahu bicara tentang perasaan. Seboleh-bolehnya aku tak mahu. Kalau aku kutuk itu, kata ini dalam blog, kau-kau-kau yang baca dapat dosa sama kan? Tak kiralah, tak puas hati ke, sedih ke, murung ke apa ke. Tapi kalau yang gembira-gembira, aku akan cerita. Itu semua kan yang indah-indah pasal dunia. Aku pun gembira bila aku baca blog-blog orang yang menceritakan kegembiraan dia. Macam aku pun tumpang bahagia sama.

Okay, tapi aku paham. Itu blog mereka kan. Apa masalah aku kan? Eh, ini blog aku juga. Sukahati aku nak tulis apa aku rasa.

Gembira kan best. Ye dak?

*walaupun aku sama macam kau orang, ada masa sama sedih sama marah.

No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers