Jun 30, 2011

Result manik-manak

Assalamualaikum,

dan selamat pagi.

Sepatutnya semalam aku dah post entry ni, tapi belogsepot ni tak boleh nak uplod imej pulak. Apekehey ler gamaknya. Mujur harini boleh. Aku nak tunjuk result baju kurung yang aku serabutkan dengan manik-manak bagai ni. *ada ke kata ganda manik-manak? Kan aku ada buat entry http://cikzuzu.blogspot.com/2011/06/takde-kerja-cari-kerja-buat-kerja.html Ni ha resultnya.

Dah siap malam semalam, bukan malam tadi ek. Ada seminggu jugak lah aku buat menatang beruk ni, sampai sakit-sakit belakang. Aku ada survey jugak makcik-makcik yang meniaga buat beads service ni, dorang pun buat dalam jangkamasa seminggu gak. Hemmm, kiranya gua pun terer macam makcik-makcik tu gak ah kan, hihi.

Tapi makcik-makcik yang meniaga jahit manik lagi terer oh. Dorang punya design lagi hebak. Contohnya gini,

Nama design ni crumble.

Yang ni pulak shimmering flower.

Bunga ni lah yang aku hendak sangat buat, tapi tak reti. Last-last angah aku godek-godek internet, jumpa step by step how to do it. Apo lagi, den teruh bookmark web tu, hihi. Nanti-nanti aku buat la, kena beli manik-manak, labuci-labuca semuanya baru boleh buat.

Yang ni result aku buat kat baju kurung sendiri. Yang ni design sendiri punya, sebab senang gila, main terabur-terabur je manik-manak tu. Senang-senang pun makan seminggu gak wey.

Flash off

Flash on

Entah kenapa mereng sangat terjebak ke kancah manik-manak ni +__+

Jun 28, 2011

Foto dari lomo

Assalamualaikum.

Hang ingat dak entry ceq pasal kamera lomo. Tahun lepas punya entry, hihi. Punyalah lama baru nak bagi hangpa tengok. Sebenaqnya ceq lupa, tetiba ja semalam baghu teringat pasai lomo ni. Haaaa... la ni ceq nak bagi hangpa tengok result dia cemana. Aishhh, tetiba cakap loghat utara, apahai pulak.

Ni entry pasal lomo tuh. http://cikzuzu.blogspot.com/search/label/Gadget Silalah baca semula kalau nak tahu.

Memandangkan kamera tu angah aku punya, memang takde gambar aku lah dalam kamera tuh. So, gambar angah aku yang aku tunjuk ni ha. Gambar dia kabur macam berhabuk gitu. Lap 10 kali pun gitu jugak gambarnya.

Jun 26, 2011

takde kerja cari kerja buat kerja

Assalamualaikum.

Nampaknya dah sebulan lebih aku duk menganggur kat rumah. Takde lagi peluang-peluang keemasan yang datang. Agaknya dah takde company nak amek aku bekerja gamaknya. Sadis gila, rasa macam nak fedap pun ada. Kang betul-betul putus asa, susah jugak. Aku pulak yang takde kerja sampai tua nanti. Hari-hari cari kerja hantar resume sana sini, takde pun yang sangkut. Aku dah boleh buat kesimpulan yang rezeki aku untuk kerja memang lambat sikit daripada kawan-kawan. Takpelah redha, doa banyak-banyak mintak kat Tuhan. Dia dah aturkan yang terbaik untuk aku, ehem ehem pujuk hati sendiri.

Bila dah bosan-bosan-bosan (memang kritikal tahap bosan aku) aku tetibe je nak jahit manik kat baju kurung. Baju kurung plain, so takde nak menarik sangat, jadi aku amek keputusan nak tambah manik. Konon-konon cantik lettew!

Ni peringkat pertama dalam proses jahitan manik aku. Kemas kan! Ala, aku tau aku memang buat kemas gila kalau kerja-kerja terperinci macam ni. Dah ramai orang cakap aku macam tu. Ni ada orang nak tempah aku untuk jahit manik kat baju dia. Baru satu design ni, dah ada orang tempah. Hebak kan! Belum dua-tiga-empat design lagi, ye dok. Ok, cukuplah tu riak-riak, tak elok.


Bila dah line cecantik (cantik ke? perasan!), baru letak labuci kat tengah-tengah.

Sepahkan je labuci tu, tak payah nak susun-susun. Kerja jahit manik macam corak aku buat ni bukan susah, cuma leceh. Masuk hari ni dah hari keempat aku jahit, eh kelima kot, eh entahlah, tak ingat tapi tak sampai seminggu lagi. Itu baru leher, belum lengan lagi. Ahhh, dah sakit belakang dah aku duk menjahit tak gerak-gerak, bontot sampai kebas. Facebook pun jarang aku jengah sejak terjerumus menjahit manik nih...

Bila aku tunjuk kat Mama, Mama kata ''baju mak datin menganggur tu''.

+_+ sadis gila kena perli.

Jun 21, 2011

Calon Masterchef dengan menu udang.

Assalamualaikum.

Selamat menjalani hari selasa seperti biasa ya. Tadi masa aku nak masak untuk lunch, tetiba je aku kebuntuan idea nak masak apa. Selalunya ada request dari Mama or Abah suruh masak ni suruh masak itu. Tapi tadi takde. Dibiarkan aku terkontang-kanting dengan udang+ikan+sayur bla bla bla. Ikan memang takleh nak buat apa dah, memang aku goreng je, sebab kat rumah aku banyak kucing. Kucing-kucing aku pun nak lunch jugak.

Tapi udang tu aku jadikan menu utama, tapi tapi tapi.... aku tak tau nak masak apa dengan udang tuh. Asek masak sambal udang je (sebab itu je aku tau masak), bosan tau. Jadi dengan hati yang terbuka, aku search resepi-resepi kat internet. Aku tak pernah nak cuba-cuba resepi kat internet, ni first time tau!

So, dah jumpa satu resepi. Ingredients pun basic sangat, kat rumah memang dah ada, dan aku pilih resepi udang yang bertajuk (ceh ada tajuk) :

UDANG BERCILI KASTURI

Memandangkan ni resepi orang, jadi aku bagilah link ni, kira aku promote lah, ceh tetibe je kan. Aku amek kat myresipi.com. Siapa owner resipi ni ek, jap jap. Ha, nama Ummi Zaihadi. Klik lah kat nama dia tu, ada gambar udang yang dia masak.

Yang ni pulak udang aku! Hihihi. Saja je letak serai gitu, konon cantik lettew! Lepas tu Mama kata sedap! Pehhh, bunga-bunga hati, rasa nak siram hati bagi bunga lagi subur. Ok, mengarut.

For your information, saya calon Masterchef Malaysia ye. Kbai!

Jun 19, 2011

walaupun di tapak kakinya tiada syurga, ABAH tetap disayangi.

Assalamualaikum.

Hari ni Hari Ayah, tapi memandangkan aku panggil ayah aku Abah, so hari ni Hari Abah! Aku jarang amek gambar dengan abah bila dah besar ni, sebab Abah more dengan Angah. Angah manja dengan Abah. Aku biasa-biasa je dengan family members yang lain. Lagipun lepas je SPM aku terus ke Kelantan, lepas Kelantan aku pergi Shah Alam. 5-6 tahun aku tak lekat kat rumah, so banyak aktiviti keluarga diadakan tanpa aku. Tapi kita orang bukan renggang. Still ada cerita-kisah aku dengan Abah.

Tapi aku ni makan semut dengan kuantiti yang banyak kot, alaaaa...tak ingat sangat la...

*memikir
*memikir
*memikir

Apa ha?

Ok. #Cerita 1

Masa aku tadika, sekarang sekolah tu dah dirobohkan tau sebab buruk gila, Abah kerja salesman kat kedai kereta. Pergi balik sekolah aku dengan Angah, Abah yang hantar. Bila pergi, macam biasa naik motor, tapi bila balik sekolah Abah akan datang amek kitorang dengan macam-macam jenis kereta. Mercedes, BMW, Honda, etc. Kekadang kitorang pernah naik lori HICOM yang besar gabak tu. Pernah satu hari, Abah amek kitorang dengan Pasola. Tau Pasola? Motor nyonya cina yang bawak pergi paso yang ada bakul kat depan macam bakul basikal. Hehehe. Dahlah motor tu tempat duduk dia asingkan depan dengan belakang, kan. Mujur aku dengan Angah bontot kecik so kitorang share tempat duduk belakang. Masa tu adalah malu jugak dengan kengkawan sebab naik motor nyonya. Tapi bila Abah bawak Mercedes, Honda bagai, muka dah bangga gila riak pun ada dengan kengkawan. Pastu mulalah kengkawan cakap, 'eh bapak kau kayakan!'

#Cerita 2

Masa tingkatan 3 or 4 kot, Abah ajar aku bawak motor. Mula-mula bawak keliling taman, lepas tu dah berani bawak motor pergi sekolah even takde lesen. Lepas tu kalau tak dapat bawak motor pergi sekolah (sebab Abah nak pakai motor-senang pergi pasar beli barang), mulalah tarik-tarik muka dengan Abah merajuk nak pakai motor jugak. Dulu masa sekolah, kalau ada kokurikulum petang-petang, kalau naik basikal dah kira tak cool (konon segan naik basikal and others naik motor), tu sebab berkeras nak pakai motor, padahal tau benda tu dah menyusahkan Abah :(

Aku tak boleh nak ingat perkara-perkara lepas dengan bagus la, so tak banyak cerita. Selamat Hari Bapa, Abah!

Jun 7, 2011

Photo entry

Assalamualaikum.

Photo entry, sebab tetiba je ter-rindu. Kbai!




Location: Pak Hailam Kopitiam, Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur.
Date: 5th June 2011
Time: Around 4pm.

Jun 3, 2011

Minum petang kat rumah atok

Assalamualaikum.

Tetiba je rasa bosan gila si Nabil Maharaja Lawak ni buat lawak. Tak paham dah apa yang dia merepek. Kekadang di yang gelak sendiri, ke dia dah habis idea untuk buat lawak?

Semalam pergi rumah atok, atok mintak tolong bawak dia pergi pejabat pos sebab atok nak bayar bil air dan elektrik. Dah alang-alang nak pukul 4, lepak jelah terus kat rumah atok, nanti terus pergi warung je.


Rumah atok rumah sebandung setingkat. Aku suka rumah setingkat, senang tak payah nak naik-naik tangga. Penat. Rumah aku dua tingkat, tu malas gila nak lepak kat bilik.

Masa ni atok tengah gunting kain langsir nak buat sarung kusyen. Atok tak pakai tali ukur pun kalau nak jahit baju. Asalkan ada contoh, kira settle dah. Entah bilalah aku nak belajar menjahit. Atok dah suruh belajar, takde siapa nak ganti tempat atok.

Ni favourite atok. Kopi O. Tetiap hari atok minum, dah rutin. Kalau kopi o campur ubi rebus+sambal tumis lagi seronok. Wooo...

Jun 2, 2011

#The Olskul 3

Assalamualaikum.

Kita sambung cerita #The Olskul. Masa ni dah darjah 1. Macam yang aku cakap, mak aku suka pakaikan aku dengan Angah gaun-gaun bagai ni. Dulu kecik-kecik yelah nampak comel (erk,comel ke?) tapi kalau dah beso nampaklah pelik sikit. Lagipun bila aku beso, dah nampak sangat kekurusan aku.


Yang ini kat Sunway Lagoon. Memang jauh beza Sunway sekarang dengan Sunway dulu-dulu.

Setiap kali raya, memang family akan balik Kluang sebab atok belah Mama ada kat Kluang. Yang kiri sekali tu, sepupu kitorang. Just called her, Ain. Tengok, dengan dia-dia sekali dah macam kembar dengan kitorang kan. Dia sebaya dengan Angah and masa ni aku dah umur 8 tahun. Aku memang takde geng ah kalau sepupu sepapat berkumpul. Memang aku paling sulung, kakak sedara abang sedara memang takde ah. Bosan!

Agaknya masa aku darjah 2 ni dah jelas gigi aku dah macam jongang sikit. Hahaha. Actually tak jongang, tapi gusi aku sangat luas. So, kalau ketawa memang disaster lah keadaan muka aku. Haha. So, jangan buat aku ketawa k, buat aku senyum je, jadi muka aku nampaklah cantik sikit :p Kalau nak nyanyi lagu Halimah Jongang kat aku pun boleh, tukar nama jadi Juleha. Sebab Chanhonam rajin nyanyikan aku lagu tuh +_+
Daisypath Happy Birthday tickers