Jun 26, 2011

takde kerja cari kerja buat kerja

Assalamualaikum.

Nampaknya dah sebulan lebih aku duk menganggur kat rumah. Takde lagi peluang-peluang keemasan yang datang. Agaknya dah takde company nak amek aku bekerja gamaknya. Sadis gila, rasa macam nak fedap pun ada. Kang betul-betul putus asa, susah jugak. Aku pulak yang takde kerja sampai tua nanti. Hari-hari cari kerja hantar resume sana sini, takde pun yang sangkut. Aku dah boleh buat kesimpulan yang rezeki aku untuk kerja memang lambat sikit daripada kawan-kawan. Takpelah redha, doa banyak-banyak mintak kat Tuhan. Dia dah aturkan yang terbaik untuk aku, ehem ehem pujuk hati sendiri.

Bila dah bosan-bosan-bosan (memang kritikal tahap bosan aku) aku tetibe je nak jahit manik kat baju kurung. Baju kurung plain, so takde nak menarik sangat, jadi aku amek keputusan nak tambah manik. Konon-konon cantik lettew!

Ni peringkat pertama dalam proses jahitan manik aku. Kemas kan! Ala, aku tau aku memang buat kemas gila kalau kerja-kerja terperinci macam ni. Dah ramai orang cakap aku macam tu. Ni ada orang nak tempah aku untuk jahit manik kat baju dia. Baru satu design ni, dah ada orang tempah. Hebak kan! Belum dua-tiga-empat design lagi, ye dok. Ok, cukuplah tu riak-riak, tak elok.


Bila dah line cecantik (cantik ke? perasan!), baru letak labuci kat tengah-tengah.

Sepahkan je labuci tu, tak payah nak susun-susun. Kerja jahit manik macam corak aku buat ni bukan susah, cuma leceh. Masuk hari ni dah hari keempat aku jahit, eh kelima kot, eh entahlah, tak ingat tapi tak sampai seminggu lagi. Itu baru leher, belum lengan lagi. Ahhh, dah sakit belakang dah aku duk menjahit tak gerak-gerak, bontot sampai kebas. Facebook pun jarang aku jengah sejak terjerumus menjahit manik nih...

Bila aku tunjuk kat Mama, Mama kata ''baju mak datin menganggur tu''.

+_+ sadis gila kena perli.

No comments: