Assalamualaikum.
Angah aku dapat tawaran sambung belajar kat UTM Skudai, course architecture. Hari Ahad lepas, 4 September, pepagi lepas subuh terus kitorang gerak pergi JBROCKCITY! Asalnya nak pergi sana naik Viva, tapi mak aihhh barang-barang angah banyak nak mampus macam nak pindah rumah. Terus cakap kat Chanhonam nak pinjam Alza bapak dia, hihik. Mujur Chanhonam and bapak dia tak kisah. Hehe, thank so much!
Kitorang dapat satu sticker untuk dilekatkan kat cermin depan kereta, untuk memudahkan traffic kat dalam UTM. Pengurusan UTM untuk pendaftaran pelajar baru sangat efisyen dan teratur. Takde jem-jem ke hape, lancar je. Pendaftaran pertama ialah daftar kolej, so Angah dapat Kolej Rahman Putra.
Kolej kat UTM macam rumah, cantik woh! Kalau kat UiTM, macam rumah flat, betul-betul asrama. Tapi aku tak pernah pun tinggal kat asrama UiTM, aku menyewa rumah, hihik.
Gambar Angah memang tak banyak, aku rasa ada 2 keping je dalam kamera tu, sebab dia busy dengan daftar-angkatbarang-masukbilik-letakbarang-laphabuk-makan. So, yang banyak bergambar ialah aku dan Mama, hihik.
Ni gambar last kitorang nak gerak balik. Kebanyakan gambar-gambar kat UTM ni adik aku yang amek. Pandai jugak dia. Last-last gambar dia yang takde, padan muka.
UTM - Kerana Tuhan Untuk Manusia.
No comments:
Post a Comment