Assalamualaikum.
16 haribulan ritu, aku dengan Meah kengkonon nak cari kerja part-time kat Muar. Aku ni dah jadi penganggur yang sangat berjaya dan sampai satu tahap aku dah bosan duduk rumah even aku buat segala kerja-kerja surirumah. Kalau ada kerja part-time sekalipun, aku boleh la dapat duit sikit-sikit. Ni duduk rumah, apa pun tak dapat, badan pun tak gemuk.
Before aku amek Meah kat rumah dia, aku pergi beraya kat rumah jiran atok kat Jalan Ahmad dengan Mama, Angah dan Arull. Malas nak tukar baju kurung terus pergi amek Meah. Dah jenjalan kat bandar, tak tercapai pun objektif aku pada haritu iaitu mencari kerja. Last-last aku dengan Meah dating berdua kat Wetex Parade. Jenjalan, tengok-tengok baju, bag, makan aiskrim, then makan sushi.
Seriously, aku first time makan sushi kat Sushi King. Sebelum-sebelum ni aku ada dipengaruhi beberapa cakap-cakap yang sushi ni tak halal. Tapi aku tengok staff kat Sushi King ni semua melayu islam bertudung je. Apekes tak halal? So, tak berani la nak try.
Ni dah ada Meah, yey! Boleh makan sushi!
Kalau orang tak tau cerita di sebalik kenapa aku pakai baju kurung mesti pelik kan. Apasal minah ni rajin gila pakai baju kurung? Kannn...
Tapi mengikut diri aku sendiri, kalau aku pakai baju kurung, kekadang terdetik kat hati aku, aku rasa keyakinan terhadap diri sendiri untuk berdepan dnegan orang ramai adalah sangat tinggi. Iyelah, badan aku ni kurus, sangat kurus sampai korang tak dapat nak bayangkan kekurusan aku, dah macam tiang lampu, tapi lagi teruk, ish ish ish (hyperbola nampak...) jadi aku tak perlu nak risau, if baju aku ketat ke, singkat nampak bontot ke, seluar melekat kat peha ke, what ever la kan.. Bila aku pakai baju kurung aku dah tak perlu risau pasal benda-benda tu, sebab baju kurung pergi mana-mana pun still nampak sopan kan kan kan. Ni gambar aku nampak sopan gila kan. Hihik.
Ni la Meah. Manja kan aku panggil dia Meah. Of course la... Aku je yang start panggil dia Meah dan selama-lamanya akan jadi Meah. Tapi fullname kat surat beranak dia cantik; Puteri Amirah Bariyah Aliasa. Kitorang kawan sejak Form 4, dia budak JBROCKCITY, sibuk je nak sekolah kat Muar. Hihik.
1 comment:
perempuan melayu terakhir.
aku pun lma x makan sushi zuzu.
Post a Comment