Assalamualaikum.
First of all, dah terlalu lama belog cikzuzu terbiar, hampir 2 bulan juga, malah ada cerita-cerita yang belum dipostkan dalam ni. Even holiday yang kami sekeluarga pergi pada bulan 1 haritu pun belum habis diceritakan sebenarnya. Jadi, aku akan sambung cerita holiday tetapi bersambung ke Bukit Fraser.
Kami turun dari Cameron Highlands pada waktu petang, dan teruskan perjalanan ke Bukit Fraser. Ini pertama kali ke Bukit Fraser, Tuhan je tahu betapa susahnya naik ke Bukit Fraser. Perjalanan berbukit yang berliku, lebih likunya dari Cameron Highlands. Aku dah berazam, takkan ke Bukit Fraser lagi lepas ni kecuali, kecuali ye, ke-cu-a-li ada helikopter yang akan bawa aku ke sana.
Hampir jam 8 malam kami sampai di Bukit Fraser, syukur alhamdulillah. Kami terus menginap di Puncak Inn, hotel termurah harganya berbanding hotel-hotel lain di sekeliling Bukit Fraser.
Hari sudah pagi! 25 Januari 2012. Kami bersarapan di Puncak Inn, semua perkakas, meja, kerusi berwarna putih cun-cun sama warna dengan kami sekeluarga. Kami memang dah pakat pakai pakaian berwarna putih di Bukit Fraser. Rasa macam bersih suci lagi murni kan.
Antara hidangan yang disediakan ialah nasi lemak, mihun goreng, kacang dalam sos tomato, air kopi, air teh, air oren, air anggur dan roti + jem.
Roti tawar
Susunan lauk-pauk untuk nasi lemak; timun, telur rebus, kacang+ikan bilis dan sambal.
Tapi seriously, makanan di sini not nice. Aku makan sikit sangat :(
Dinding je tak berwarna putih, warna light orange. Matching jugak.
Lepas makan, mama nak posing kat bunga siantan ni. Rasanya kat Muar pun ada bunga siantan ni kan. Then after breakfast, kami terus bersiar-siar di kawasan Bukit Fraser. Sejuk tu mungkinlah tak berapa sangat untuk orang biasa, tapi bagi orang overunderweight macam aku ni, yang lemaknya tak seberapa cuma di bontot dan peha, Bukit Fraser boleh tahan jugaklah buat aku menggigil. To be continued in the next entry.
No comments:
Post a Comment