Jan 29, 2012

Holiday @ Cameron Highlands - The Big Red Strawberry Farm 1

Assalamualaikum.

Hari esoknya, 24th January 2012 iaitu hari kedua CNY, kami bangun pagi-pagi sebab nak elak kesesakan di Brinchang untuk pergi The Big Red Strawberry Farm. Tahun 2008 dah pergi sini, best tau farm ni, sebab tu kali ni pun nak pergi lagi. Farm ni buka setiap hari 8.30 pagi. Kami sampai dalam 8.20 pagi dan kami merupakan customer ketiga yang datang. Rupa-rupanya ada yang lebih awal dari kami.



Sebelum Farm dibuka, kami ambil gambar yey!!! Siap buat timer dekat kamera letak atas bumbung kereta supaya semua ahli keluarga dapat bergambar bersama.

Ok, bahagian hadapan Farm ni diletakkan bunga-bungaan dan juga kaktus.



Tak tahulah apa nama bunga ni, selagi ianya bunga selagi tulah cantik mata memandang, ececehhh.




Ini morning glory kot. Entah.

Periuk kera. Satu pasu RM23.00. Nampak tak harga kat pasu tu.

Ini anggur ye tuan puan, cehhh takdelah. Ini salah satu jenis kaktus dan ianya berjuntai ke bawah. Macam buah anggur hijau kan.



Kaktus ni besar sangat tapi yang RM35.00 tu bukan harga dia k. Itu untuk harga kaktus kat bawah dia yang lebih kecil.



Next entry ialah sayur :)

No comments: