Feb 1, 2012

Holiday @ Cameron Highlands - Kea Farm

Assalamualaikum.

Kami dah dalam perjalanan pulang sebenarnya masa ni, jadi kami singgah Kea Farm ni sekejap. Masa 2008, Kea Farm ni takde lagi, sekarang dah ada. Macam biasa, mana-mana tempat kat CH ni mesti jual strawberi, limau dan sayur-sayuran. Tapi aku tak pernah nampak lagi penanaman cendawan.

Mungkin tak besar mana, tapi excited jugaklah. Selalunya tengok kat tv je, sekarang depan mata.

Pekerja ni pun sedang memetik cendawan. Senang sangat rupanya, tarik aje cendawan tu perlahan-lahan dari tempat dia tu. Pekerja ni bagitau, satu tempat yang tanam cendawan tu boleh digunakan hanya 8 kali pertumbuhan sahaja. Lepas tu tak boleh guna dah.



Ada tiga warna cendawan yang di tanam di Kea Farm ni, semuanya boleh makan. Selalunya kita makan warna kelabu je kan, haaa, yang ni warna pink dan kuning pun boleh makan.

Ni yang Mama tunggu-tunggu, bergambar kat strawberi gergasi. Maklumlah, baru dibina, masih berkilat, hehe.

No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers