Mar 20, 2011

Gering lagi, lebih teruk

Assalamualaikum

Dah lama sebenarnya aku tak balik Muar, so minggu ni aku decided untuk balik. Kali ni aku balik Muar, satu family telefon aku. Arull yang tak pernah-pernah telefon pun, telefon aku. Bila dah balik, kat depan pagar je Bebot dah jemput. BUT, terkejut sangat-sangat, rupa Bebot dah macam ni.

Nampak tak dia macam mana? Bulu dah gugur, Bebot dah botak dah macam kena luekimia pun ada. Dia dah tak kacak macam dulu. Masa dia sakit kena kencing katak, (about Bebot) dia still chubby kat pipi, gemuk kat perut, kuat main, nakal, degil, etc.


Sekarang dia dah lain gila. Mama and angah cerita,

Bebot dah lama sakit, tapi dah bawak ke klinik. Doktor kata dia kena jangkitan kutu, tu sebab bulu dia gugur. Paru-paru dia pun pecah, tu sebab hidung dia hitam, bukan sebarang hitam, tu darah beku. Mata dia berselaput tahi, itu pun darah. Serius aku bersihkan tahi mata dia tu, kat tisu warna merah.

Sedih kan Bebot jadi macam ni :( Tapi Bebot tetap kuat makan, dia memang pelahap. Sekurang-kurangnya dia masih ada selera makan walaupun dia tahu dia sakit. Dia masih main lari-lari walaupun organ dalaman dia terjejas. Kesian sangat tengok Bebot, tak sampai hati nak tengok dia depan-depan.

Dalam pada Bebot sakit, ada new kitten dalam kotak, anak Comot kot, entahlah. Kucing-kucing senior aku yang bertiga tu - The Three Stooges memang suka kongsi anak. Aku pun pelik. aku bagi nama dia RANGO, sebab aku tertengok movie Rango kat wayang haritu :)

Aku harap sangat Bebot pulih cepat-cepat, dia lah satu-satunya kucing jantan yang aku ada.

No comments: