May 3, 2014

Budget Trip to Sabah Part 4 - Rumah Terbalik


Rumah Terbalik / Upside Down House

In our way to Kundasang, there are 2 place of interest yang kita kena singgah. Kena ya. Mesti. Sebab aku memang tak pergi Sabah dah lah lepas ni. Kekeke. 1) Tamparuli Bridge 2) Upside Down House.

Kedua-dua tempat ni betul-betul kat tepi jalan. Jalan dari Yomi Hotel ke Kundasang memang lurus je. Jadi ada kemungkinan akan terlepas 2 tempat ni. Jadi mata ke liar. Sebab kitorang memang terlepas dua-dua tempat ni. Pertama, terlepas Jambatan Tamparuli, kitorang biarkan. Kedua terlepas Rumah Terbalik, kitorang u-turn, kekekeke. Mana boleh jadi terlepas sampai 2 kali. Kitorang memang tak singgah kat Jambatan Tamparuli, tapi kitorang nampak jambatan tu. Cuma jambatan je untuk ambil gambar.

Tiket untuk masuk Rumah Terbalik berharga RM10/dewasa. kami sampai situ awal pagi hampir pukul 8 tapi matahari dah macam pukul 11 pagi. Panas bak hang.... Kawasan Rumah Terbalik tak besar. Ada 1 rumah terbalik, 1 kereta terbalik, 1 toilet terbalik, 1 kawasan tanaman terbalik dan itu sahaja. 




Rumah Terbalik ni boleh masuk ke dalam. Semua barang dalam rumah tu terbalik. Tapi tak boleh ambil gambar :(





Kereta terbalik. Nombor plat Johor. Apa ke hal sampai Sabah?



Betapa bersungguh-sungguh kami mengambil gambar. Kengkonon gambar paling elok le ni, kekekeke.






Toilet terbalik ni kat luar je sebenarnya. Aku ingat kat dalam rumah. Kira macam sample je gitu. Tak feeling langsung :(






Sebelum balik, mari membeli freeze magnet. Wajib beli. Kalau pergi holiday memang wajib beli kan?


Dah keluar baru nak ambil gambar kat signboard, kekekeke.

Budget Trip to Sabah Part 3 - Hotel


Yomi Hotel

Our first breakfast was here. Disebabkan kitorang booked bilik yang untuk 2 orang sahaja, maka kami berdua breakfast dulu untuk hari pertama. Esoknya pulak Suzie dan Aiza breakfast. 

Hotel kemas, cantik. Tapi bilik dalam hotel tak berapa nak cantik, kakakah. Boleh lah untuk buat tidur dan letak barang je. Aku tak berapa nak ingat lah harga bilik hotel ni untuk semalam. Sigh :(

Let's the photos talk.





Breakfast kat Yomi Hotel ni sangatlah simple. Yelah, bukannya hotel 5 bintang, takkan lah dia nak letak oyster pulak kan. Basic of breakfast; nasi lemak, mee, roti, sosej, buah-buahan dan kopi/teh panas.

Tadaa! Simple kan?







Keadaan depan hotel Yomi. memang menghadap terus ke jalan utama. Jalan terus ke depan ialah laut dan Pasar Kraftangan/Philiphines Market. Bangunan yang curve tu ialah shopping mall ala-ala Lowyat.


Our first pit-stop is Kundasang! Ini kereta kitorang sewa, harganya RM100 untuk 24jam. Pasal kereta, Suzie punya tugas.



Let's gooooooo!!!!