Apr 14, 2015

Budget Trip to Seoul Day 2 Part 2 - Heading to Nami Island




Entry sambungan dari kami tiba di stesen Gapyeong dan amik shuttle bus ke Nami Island.

Kan aku cakap, kalau dah tiba Nami Island, driver bus akan bagitau. So, kita turun kat sini. Ni scenery area tempat kita turun bas. Kot-kotlah ada yang google Nami Island, then Google terkeluarkan belog iols sebagai result pencarian, hamboih.. Maka dapatlah iols secara tidak langsung membantu anda-anda semua ya.


Nampak truss structure tu, itu tempat bungee jumping. Err, tengok pun dah takut.


Ni scenery area sebelah kanan kami. Scenery lah sangat.


Tadaa! Welcome to Nami Island. 


Ehh, kejap, kejap. Belum sampai Nami Island ye sebenarnya. Tanah dan pasir Nami Island pun belum. 


Posing dulu kat depan kaunter tiket. Hehek.


Ana pulak posing.


 Eh ada imigresen. Over tau Nami Island ada imigresen. Entrance ticket counter je sebenarnya. Eh, Juleha awak tidur ke tew..



Zip-wire ke Nami Nami Island. Iols gayat dan tidak mahu menempah peluang-peluang kematian. Iols takut, jadi mari kita naik feri je.





Beli tiket sorang satu yang berharga 6000 won.




Dah naik feri untuk ke Pulau Nami.


Matahri terik tapi uadaranya sejuk gitu. Iols pakai baju 2 lapis. 


Terik sampai kerut-kerut dahi dan kembang-kembang hidung.


Ramai sangat yang nak ke Nami Island ni. Padahal kami gerak dari guesthouse pukul 8.00 pagi. Ingatkan pergi pagi-pagi kuranglah orang, rupanya perjalanan ke sini pun dah memakan masa yang lama. Dan ramai jugak kami jumpa orang-orang Malaysia. Macam orang kat belakang Suzie tu, tu orang Malaysia jugak, dia chinese. Kami berbual-bual dan dia bertanyakan tentang how we go here. Then we said by train and shuttle bus. But she just took a taxi worth for 80000 won. Erk, mahal gila. Dan muka dia nampak macam impressed sebab kami just expense about 15800 won only to get here. Heh.

Budget Trip to Seoul Day 2 Part 1 - Ready for Nami Island




Good morning from Seoul!

We are ready for Namisom!

Memang dah niat dari Kolumpo nak breakfast dengan banana milk sepanjang kami kat Seoul. Harga sebotol banana milk ialah 1300 won. I choose for original banana milk. Beli kat 7Eleven yang betul-betul terletak di depan guesthouse kami.




Depan guesthouse kami pus ada bus stop. Kami tunggu bus kat situ. Sebelum ke Nami Island, kami kena naik bus ke Yongsan Station, baru lah naik train.

Ceritanya macam ni. Tunggu punya tunggu sambil minum banana milk, then baru tertanya betul ke tunggu bus kat bus stop ni? Tengok peta laluan bus kat signboard, dah nampak dah Yongsan Station. Tapi aku tanya ahjussi yang tunggu bus kat situ. Dah sedia maklum dorang tak fasih bahasa inggeris, jadinya aku kena buat-buat fasih bahasa korea. Hahah! 

Ahjussi dan ahjuma kat sana tersangat-sangat-sangat peramah. Serius. Dorang akan tegur kita tak kira kat mana, dalam train, tunggu bus, dalam mall, tengah berjalan tapi dalam bahasa dia la.

Then ada sorang adult tolong kami jugak dalam masa yang sama ahjussi tu cakap-cakap dengan kami. Soalan aku ialah nak tunggu bus kat belah mana, sini atau sana? 

Aku tanya; Yongsan Yok, yogi o jogi? (Yongsan station, sini atau sana?) Sambil-sambil jari telunjuk tunjuk bustop sini atau bustop seberang. Aku tanya sepatah-sepatah, aku pun bukan tahu cakap korea. Hahah!

Adult tu cakap, jogi jogi.

So, kami melintas jalan dan tunggu bus di bustop seberang, dan naik bus nombor 400.



Aku rasa bustop tempat kami tunggu adalah bustop terawal, jadinya tak ramai orang. Kami guna T-money, touch saja pada mesin. Kami bertiga dapat duduk. Sehinggalah ke Stesen Yongsan, bus penuh dan majoriti memang turun kat stesen tu. Harga dari Itaewon ke Yongsan ialah 5000 won


Yongsan Station


Dah sampai Yongsan Station, kena naik tren untuk pergi ke Gapyeong. Mari beli tiket. Train ni tak boleh pakai T-money. Kena beli tiket berasingan dengan harga 4800 won.


Ini tiketnya. Train depart on 9.00 am.


It takes about one hour and more to arrive at Gapyeong Station. Along the way to Gapyeong, we need to transfer at Sanbong Station and heading to Gapyeong Station. Alert ok!


Inside the train. And we have to stand.


Yay! Dah sampai Gapyeong Station. Belum sampai Nami Island ya. Kena beli tiket dari driver bus untuk ke Nami Island. Tiket shuttle bus ni berharga 6000 won untuk 1 day ticket.


Inside the bus, and we seat at the back.


The 1 day ticket. Jangan hilangkan tiket ni, kena simpan sebab selepas ke Nami Island, kami ke Petite France menggunakan tiket yang sama. Tunjuk saja pada driver semasa naik bas.

How to go Nami Island?

Dari Itaewon naik bus no. 400 ke Yongsan Station, pakai T-money 5000 won.
Dari Yongsan Station beli tiket baru ke Gapyeong Station 4800 won.
Sebelum sampai Gapyeong Station, kena transfer di Sanbong Station.
(Yongsan---Sanbong(tukar)---Gapyeong)
Tiba di Gapyeong station, beli tiket shuttle bus 6000 won(1 day ticket) pada driver bus.
Driver bus akan cakap tiba di Nami Island
Beli tiket feri di ticket counter dan naik feri ke Nami Island.

Budget Trip to Seoul Day 1 Part 3 - Itaewon & Seoul Central Mosque



Lepas makan malam kat Murree Muslim Food, kami pergi ke Seoul Central Mosque. How to go Seoul Central Mosque?

Dari Murree Muslim Food di sebelah kanan, jalan terus mendaki bukit.
Seoul Central Mosque di sebelah kiri di tengah-tengah junction.
Naik ramp atau tangga untuk ke pintu hadapan masjid.

Seoul Central Mosque yang terletak di Itaewon ni salah satu tempat wajib singgah. Masjid ni kat atas bukit dan tersergam cantik. Sejuk ya ampun takleh nak cakap. Menggigil sampai gambar gegar-gegar. Angin sangatlah kuat meniup.



Angin memang kuat, terbang-terbang shawl iols.



I'm not sure about the reconstruction of the mosque, but the signage here stated as is.


Ha, cantik sikit gambar masjid ni using my friend's camera, hihik.


Dah singgah masjid, kita balik guestroom sambil tengok-tengok bandar Itaewon. Dah sedia maklum Itaewon memang ramai foreigners, including us, eh. 

Setiap kali nak melintas, memang kena tunggu lampu isyarat pejalan kaki warna hijau. Tak boleh main redah je ok. Polis di setiap junction. Kalau tak pun, paling kurang kau kena langgar.






Hotel Hamilton selalu sangat jadi landmark di Itaewon if you guys guna subway. Keluar Exit 3 atau 4 memang akan nampak hotel ni.

Good night.

Budget Trip to Seoul Day 1 Part 2 - Dinner at Murree Muslim Food



Dah penat-penat kendong beg luggage sebesar alam tu, kami pergi makan. Dah sedia tahu Itaewon ialah tempat yang paling senang cari makanan halal kat Seoul. Kami jalan kaki je dari guestroom ke Murree Muslim Food. 





Buku menu.




Makanan pertama ialah Bibimbap, yang berharga 8000 won bersamaan dengan RM26.96 (masa aku tukar duit currency ialah 1000 won = RM3.37) pehhh!

Kalau nak cerita pasal currency dan mata wang, for sure matawang won lebih mahal, tapi kalau cerita pasal 1 nisbah 1 (1:1), ia ialah harga yg berpatutan. Contoh; 8000 won ialah RM8. Macamtu, paham?



Inilah rupa bibimbap. Rasa masam sebab ada kimchi dan pepper paste dalam tu.



Side dish yang disediakan bersama-sama dengan bibimbap. Ikan bilis tu je la buat penyelera makan malam tu.




Wefie bila dah kenyang.



Menghabiskan malam pertama di Itaewon dengan makan dan lepas tu kami jalan-jalan di sekitar Itaewon.

Ok, nak explain how to go to Murree Muslim Food;

Dari Exit 3 di Itaewon Station (Line 6), jalan terus ke hadapan, pastikan Hotel Hamilton di sebelah kiri.
Teruskan berjalan sehingga jumpa Mr. Kebab di sebelah kanan, dan belok kanan.
Teruskan berjalan seperti menaiki bukit sehingga jumpa Usadan Ro 10-gil, dan belok kiri.
Murree Muslim Food berada di sebelah kanan.