Nov 30, 2011

All about food - Johnnys

Assalamualaikum.


Actually kitorang pi makan Johnnys ni on 9th Nov. Baru ni nak upload and update. So, cerita ni dah basi for you but not for me, sebab benda ni semua kenangan untuk cucu cicit aku, dan aku sendiri nanti. Cewah, kemainnn...


Kitorang kalau keluar, memang akan makan. It's all about food bebeh! Kitorang memang tak tengok wayang, errr actually me yang tak gemar sangat. Aku cepat mengantuk dalam keadaan gelap. So, kalau nak ajak aku tengok wayang, you totally definitely pick a wrong person hihi. Kesian kat Chan ada awek yang membosankan. Tapi dia sangat tak kisah, sebab tu me love him so much. Kuikuikui.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Nov 28, 2011

MAS vs BAHRAIN

Assalamualaikum.


Semalam kan game bola Harimau Muda, aku dengan Chan punyalah semangat pergi Bukit Jalil untuk tengok bola kelayakan Olimpik. Siap beratur pi beli tiket hujan-hujan.


Dah seronok-seronok 2-0 boleh pulak in 6 minutes je Bahrain sumbat 3 gol dengan 10 players je. Kuciwa sakit hati tau dak. Kalau hang duk rumah sakit hati, aku yang tengok live double sakit hati. Haih...


Tapi seronok gila pi stadium tengok penyokong, meriah sangat lagi-lagi Ultras Malaya. Diorang tak henti bersorak dari mula sampai habis kecuali masa Bahrain gol yang pertama. Diorang rasa tak percaya, sebab aku pun tak percaya hihi.


Takpelah, dah nama pun bertanding, mesti ada kalah menang.


*Budak Nazmi tu lincah betul.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Yaku

Assalamualaikum.


Pernah makan Yaku tak? Chan selalu cuba makanan baru, dan secara tak langsung aku pun terjebak sekali.


Yaku ni macam apam balik yang keras yang selalu ada kat pasar malam tu, tapi inti dia lain. Ada sosej, tuna, inti aiskrim pun ada. So semalam Chan beli masa kitorang jenjalan kat Sungei Wang.


Chan selalu try makanan yang tak pernah makan, thats why sekarang dia makin besar. Dia dah macam bonzer tau dak, bapak besar badan dia, hihi. Aku pun ada berharap dapat naikkan berat badan, hehe.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Mr. Teppanyaki

Assalamualaikum.


Yesterday pergi Times Square niat nak makan The Chicken Rice. Sesampai kat situ, full house pulak. Aku dgn Chan mempunyai tahap sikap malas menunggu yang tinggi, so kitorang blah, cari kedai lain. Then singgah Mr. Teppanyaki. Kenyang gila. Nasi dia sebutir-butir, patut pun chinese or japanese makan nasi semangkuk je pun dah cukup.


*i wonder how this entry is look like, i post it by blog-droid.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Nov 7, 2011

Sekitar Istiadat Konvokesyen ke 75 Sidang Ke-4

Assalamualaikum.

Istiadat konvokesyen aku untuk degree level pada 23 Oktober 2011.