Nov 27, 2010

Lomo ke?

Assalamualaikum!

Minggu lepas angah aku order lomo kamera from Kitty Sykes Closet. Order online, so kena bankin payment and then tunggu lomo tu sampai kat rumah. And 2 days ago, dah dapat dah lomonya. Tak payah pakai bateri dan guna filem kodak. Style dolu-dolu mak kita punya kamera. Dan disebabkan tak pakai bateri, sampai sekarang aku tak faham macam mana menatng ni berfungsi.

Harga dia murah gila kot. Kot. Made in China. Heh! :p Aku pun tak tahu kalau lomo original lingkungan harga dia berapa. Tapi yang ni tak sampai seratus Ringgit Malaysia pun.

Actually, aku tak berapa tahu sangat bab-bab hal-hal kamera ke, lomo or what ever yang berkaitan pasal gadget tu. Just tahu gitu-gitu and selekeh-selekeh je.

Ni ke lomo?
Lomo ke ni?
Ni lomo ke?


Nov 23, 2010

Hospital

Assalamualaikum!

Petang tadi pergi hospital sebab adik aku yang bertuah ni ada appointment dengan doktor untuk buka simen tangan dia yang patah. First ke bilik x-ray untuk check tangan dah ok ke belum. Tengok tu tangan berbalut sampai ke siku. Patahnya kat pergelangan tangan sebab terjatuh kat sekolah agama. Ish, ish, ish.



Ni result masa tangan dah di x-ray. Entah dah baik atau tak, aku pun tak tahu. So, lepas ni pergi jumpa doktor bawa result x-ray ni sekali.

Jabatan ortopedik adalah khas untuk bahagian pertulangan ye tuan-tuan dan puan-puan. Dulu pernah belajar Biologi bab tulang-tulang, and the result for Biology is 7D. Haha. Sangat sadis punya result. Aku pun tak target untuk credit, apatah lagi gred A, at least lulus pun jadilah :p (sebab tu lah saya student quantity surveyor sekarang ni, dan bukannya student medic)

Dah lepas selesai hal kat hospital, kita orang pergi bandar, actually Wetex Parade sebab nak beli hadiah kecemerlangan adik aku for his good result in Standard 5. Nombor 1 dalam kelas dengan keputusan 4A 1B bersamaan 78% keseluruhannya. Bagus kan? Tapi aku rasa peratus still gred B, so kena improvekan. (B untuk subjek Bahasa Inggeris) Bangga la jugak sebagai kakak sebab masa aku darjah 5 aku dapat nombor 25 :p (ya, saya tak pandai sangat, dan tak bodoh juga ya)

p/s: abaikan kesalahan penggunaan kosa kata, kesinambungan ayat dan apa-apa sahaja yang sewaktu dengannya. terima kasih untuk mama sebab pinjam kamera handphone untuk capture gambar, kui3.
Selamat malam....tidurlah..sayangku...by Faizal Tahir.

Nov 20, 2010

Hari raya & Hari lahir

Topik 1:

Selamat Hari Raya Aidiladha. Yes, aku tau memang dah lambat aku wish selamat, but takbir still bergema ok. So, takdelah lambat sangat :)
Semoga para jemaah dapat haji yang mabrur.

Hari-hari mak aku kata; ''bestnya dapat pergi Mekah'', ''harini lontar jamrah'', ''eh, hujan lebat la kat Mekah''.

Ok ma, memang best dapat jadi tetamu Allah, cuma kita belum disenaraikan sebagai jemputan Dia. Kita pun belum bersedia barangkali. Sabar ye ma, nanti-nanti ada rezeki kita jejak tanah haram tu :)

gambar sumber dari En. Google

Topik 2:


Hari yang sama umat Islam buat ibadat haji, hari lahir dua girlfriends ni.

Happy Birthday korang! :)

Mereka memang bestfriend sejak aku kenal mereka di PKB. Memang best moment dengan dia orang. Tahun ke 23 korang lahir ni, dah takde soflan + nescafe okay! Haha. Padan dengan muka korang dapat hadiah macam tu dulu. But actually aku pun tak pernah terbabit dengan hal-hal sabotaj dan pendengkian seperti tu (baling tepung, telur, curah air, etc.) Itu pertama kali, dan tu semua plan budak-budak ni weh. Aku tukang gelak pecah perut je ok.

Terima kasih untuk Mekya Jeli, Am Jamilah, Mekna Farhana, Ustazah Asiah, Teacher Nabilah and others yang tak disebut tu. Korang tau korang siapa, kan. Hope sangat boleh jumpa and gather-gather lagi. Masing-masing dah sibuk dengan hal-hal masing-masing. Semua bakal-bakal berjaya, cantik dan kacak bergaya!

Happy birthday again!

Oh yes! lupa nak mintak izin shira, zu ambil gambar korang ni, kat facebook shira. sorry! :p

ini blog shaming. (dia comel tau, putih dan gebu)

p/s: aku bengang sebenarnya gambar birthday tu jadi kecil. apehal jadi kecil? masa aku edit, nampak besar je. haih.

Nov 14, 2010

Bebot today!




Bebot today!

Dah kenyang makan friskies+ikan goreng+ayam goreng. Datin Idah bising la bebot, kau main-main kat pokok orkid beliau. Kalau rosak, kau nak ganti?

Dah-dah, turun dari situ.