Aug 26, 2011

Berharap Bebot pulang ke sangkar

Assalamualaikum.

Lagi 3 hari nak raya, Insyallah. Esok last day aku kat bazar, hari ahad boleh shopping, yey!

Tapi entry ni aku nak cerita pasal Bebot, satu-satunya kucing jantan kat rumah aku. Semalam, masa aku dah nak pergi bazar dalam pukul 2.30 petang cenggitu, aku nampak Bebot ceria cakar-cakar tar jalan kat depan rumah. And then bila balik nak berbuka puasa, aku rasa Bebot okay lagi. Lepas tu malam dalam pukul 10, Abah balik dari warung. So, macam biasa memang akan bukak pintu and amek barang-barang yang Abah bawak balik. Lepas tu aku nampak Bebot duduk diam kat pagar rumah. Kat keliling Bebot ada air. Time tu aku dah saspek yang itu air kencing Bebot. Aku dah pelik. Selalunya Bebot kencing kat celah-celah pasu, bukan kat depan pagar rumah. Aku pergi dekat dengan dia, aku tengok mata kiri dia berdarah, misai kiri dia dah takde, bogel. Kat kawasan misai dan mulut dia pun berdarah. Hidung dia penuh darah beku. Darah semua dah keras, beku, warna merah pekat. Aku tetiba je jadi sebak. Kenapa Bebot macam tu? Dia kena pukul ke? Kena tendang ke? Siapa yang buat dia cenggitu? Bebot tak pernah kacau orang. Nak dekat dengan orang lain yang dia tak kenal lagilah jauh. Dia cuma kenal keluarga aku je, sebab kitorang yang bagi makan. Berlari-lari aku masuk rumah amek tisu. Aku lap perlahan-perlahan muka Bebot. Lembutkan tisu dnegan air, aku lap lagi. Sampai muka dia bersih. Lepas tu sapukan minyak gamat. Antara keenam-enam kucing aku, Bebot lah yang paling tak suka kalau orang pegang muka dia. Tapi malam tu, dia diam. Dia seakan bagi orang cucikan muka dia. Mungkin dia tahu yang dia perlukan pertolongan kitorang untuk bersihkan muka dia yang penuh darah. Bulu kat kaki depan Bebot pun ada darah beku, sebab darah kat muka menitis ke kaki Bebot. Sedih sungguh tengok Bebot malam tu.

Dahlah sebelum ni dia kena kencing katak, habis badan dia melecur teruk sampai nampak daging. Kali ni muka Bebot pulak berdarah. Aku tak tahu apa punca, tapi bila tengok keadaan Bebot yang sediakala dah memang tak macam kucing biasa, ditambah dengan muka berdarah, aku tak sampai hati. Kekadang bila terfikir Bebot, aku jadi sayu. Bebot kecik lagi, cari makan sendiri pun dia tak pandai. Makanan dia pun jeli whiskas yang dalam paket tu, dia tak boleh makan yang keras-keras :(

Aku amek gambar Bebot malam tu. Tisu-tisu penuh darah Bebot.


Aku masih tunggu Bebot pulang ke sangkar. Rasa kehilangan bila tengok sangkar kosong. Dah nak hari raya, tapi Bebot takde :( Mama dan Abah kata, kucing akan bawak diri bila dia rasa dia nak mati. Sedihnya.

Aku sebak masa menaip entry Bebot ni. Bebot perlukan perhatian, dia kucing kurang upaya. Dia hanya tahu makan, minum, tidur. Kalau nampak dia bermain dengan Pungut, itu dah menggembirakan kitorang semua. Tapi kalau dah betul ajal Bebot, itu mungkin takdir dia. Tuhan pun taknak dia hidup dalam derita. Dari kecik tak pernah hidup macam kucing biasa. Ada je dugaan yang Bebot kena tempuh. Bukan dugaan ringan tapi berat untuk seekor kucing jantan yang masih kecil macam dia :( :( :(

Berharap Bebot pulang.

***Kronologi cerita Bebot ada dekat SINI.

Aug 17, 2011

Need new one

Assalamualaikum.

Aku rasa dah tiba masanya aku kena beli seluar baru. Tak kiralah jeans ke, tak jeans ke. Tengok ni ha, dah koyak rabak bahagian bawah kaki. Sadis je.

Kaki kiri.

Kaki kanan.

Tapi bila pakai seluar koyak-koyak cenggini dah rasa rock tetiba. Tapi gua pakai tudung, nak rock cemane. Takpe ah, rock dalam hati cukup ah.

Tetiba teringat Chanhonam pernah offer nak belikan seluar, arggghhh menyesal gua tak rembat satu. +_+

Aug 12, 2011

Versi hujan

Assalamualaikum.

Aku dapat buat 3 versi hujan.

Soalan:
Antara 3 yang berikut, yang manakah pilihan hati anda yang paling benar?

Jawapan:
A. I sahaja
B. I dan II sahaja
C. I dan III sahaja
D. Semua dibawah

I - Hujan Dunia

II - Hujan Korea

III - Hujan Malaysia

Buat masa sekarang, jawapan aku A.

Aug 11, 2011

11 Ramadhan

Assalamualaikum.

Aku bukak gerai dalam pukul 3. Aku sampai ke bazar dalam 2.45 petang. So, aku ada 15 minit untuk aku susun lauk, kemas barang kat meja belakang dan letak senduk sudip kat lauk-pauk. Kalau ada orang bujang yang pakaian mereka macam baru balik kerja, lepas tu beli nasi putih letak lauk ayam masak merah atas nasi (means, lauk tak asing) aku dapat agak and teka yang dorang tak puasa. Lepas beli, balik rumah terus melantak nasi putih dengan ayam masak merah tu, goyang kaki tengok tv sekejap pastu tertido kekenyangan macam ular sawa bunting.

*Uishhh, teruk sangat buat fitnah ni, keh3. Ok-ok, aku tak tau pun apa dorang buat lepas beli nasi berlauk kat gerai aku.

Lepas first customer, second customer, aku toleh kanan.

Sebelah gerai aku, gerai murtabak+roti john+roti bom. Owner dia, aku panggil Abang Sani. Sebelah gerai Abang Sani, ada gerai jual air. Tapi tong air dia 2 biji je. Kekadang jual air bandung, kekadang anggur, kekadang pic. Dia tukar-tukar, ikut mood barangkali.

Ok, sambung cerita aku toleh kanan. Masa aku toleh kanan, kebetulan satu brother ni minum air anggur ke keladi ke, entahlah tapi air tu warna purple, uiii, sedap betul minum pakai straw. Aku ni yang duk menjual, siap bawak kipas nyonya kot sebab tak tahan bahang matahari. Dia punyalah cergas hari-hari, rupa-rupanya tekak licin dengan air batu. Dah sekali aku toleh. Aku diam. Aku toleh kali kedua, brother yang satu lagi pulak, ni kira member dia ah, minum jugak, dua kali dia sedut straw.

Bang, kalau ye pun taknak puasa, abang bawak le air kaler kali abang tu jejauh pi minum kat dalam kereta ke, dalam van ke. Ni abang minum kat bazar ramadhan bang oi. Orang ramai lalu lalang. Bukan pelanggan je yang ada kat bazar tu, ni peniaga jiran-jiran abang ni ha pun orang jugak. Kami reti nak menoleh kiri-kanan. Takkan takde kesedaran sivik langsung bang. Abang takkan tak tau malu. Malu le bang ngan kitorang ni ha, malu kat tuhan tu saya malas nak cakap la bang, abang reti kan?

Lepas tu time berbuka, abang punyalah pelahap macam orang puasa seminggu yang tak pernah jumpa nasi. Rilek ekh bang ekh. Rilek. Abang kipas badan pakai towel good morning tu macam abang kena matahari tu sengsorang. Abang punya letih macam kitorang je yang berniaga kat bazar tu.

Last-last aku cakap kat abang tu, ''Takkan la abang puasa kan bang''. Abang tu gelak.

See! There's nothing we can do if dorang dah memang macam ni.

Aug 8, 2011

7 Ramadhan

Assalamualaikum.

Dah seminggu Ramadhan, rutin aku seminggu ni sampai habis puasa adalah berjualan di bazar. Memandangkan harini macam tetiba malas nak pergi tarawikh, maka dirajinkan diri ini untuk membasuh segala periuk-belanga-tupperware-tray buffet dan seangkatan dengannya.

Aku pun sejak puasa dah macam turun berat badan je bak hang! Makin kuruih dah diri sendiri tengok badan kat cermin. Haishhh, gua taknak timbang berat gua, gua takut. Kang tetiba cecah 30kg, den nak buek apo, ternganga kang mulut den. Adeh.



Aug 2, 2011

Bazar ramadhan hari kedua

Assalamualaikum.

Dah masuk Ramadhan kedua, esok hari ketiga berpuasa. Mak aihhh, penat bak hang berjualan kat bazar ramadhan! Tetiap setengah jam aku duk tengok jam kat handphone. Bukan nak berbuka, tapi aku nak balik berehat. Tapak bazar yang aku dapat tu tak berapa nak strategik sangat. Huiiishh, mentari menunjukkan sinarnya yang bersinar-sinar betul-betul depan gerai, mak aihhh. Takpe-takpe, bersyukur la Juleha, dapat jugak ko nak menambah pendapatan, tolong family sikit-sikit.

Tadaa! Tudiaaaa gerainya.

Takdak orang lalu, aku hamek gambo sat, kasi kenangan sikit kat belog cikzuzu neh. Ehem.

Aug 1, 2011

Ramadhan 2011

Assalamualaikum.

Gambar sumber dari Google

Selamat menyambut bulan Ramadhan.
Harini dah mula puasa, malam tadi dah mula terawih :)

Adik aku yang lelaki still tak boleh terima bahawasanya perempuan memang takkan puasa penuh 30 hari di bulan puasa. Biarpun dia dah sunat, aku rasa dia pun belum baligh lagi, kihkihkih, perempuan-perempuan di rumah aku takkan boleh makan depan dia kalau tak boleh puasa. Cepat-cepat dia jeling mata. Dari Ramadhan yang lepas-lepas dia memang taknak faham yang perempuan tak boleh puasa penuh. Hahaha.