May 29, 2010

The Ship - Horror Movie

Makluman! The Ship bukan horror movie okay. Itu kedai makan di Kampung Baru, KL. Tajuk entry takda kaitan. Maaf. Dalam kedai tu ada kapal. Dalam kapal ada kaunter. Dalam kaunter ada duit.

THE SHIP - CHOP & STEAK




Situasinya : Kertas menu sampai, aku tengok-tengok, konon pilih-pilih. Last-last aku sedar aku tak dapat bayangkan tajuk setiap satu menu dengan rupa hidangan yang akan dihidangkan. And then dengan rasa kecewa aku tunjuk dan sebut nama hidangan yang aku agak-agak pernah dengar dan pernah nampak rupa hidangan tu. Ohhh, kat sini aku dah tahu yang aku memang-memang gila jakun-sakai tak pernah pergi kedai yang macam ni. Actually kedai ni kedai chop & steak. Aku hanya TAHU pesan nasi putih dan sotong goreng kunyit saja okay. (-_-') Encik Aeh order Lamb Chop dan aku Nasi Ayam Sizzling. See!! Benda biasa, sebab aku tak tahu nak pilih menu apa. Arrgghhh! Aku dah memang harus tak suka chop-chop segala bagai, sebab aku tak suka black pepper. Lamb Chop tu sebenarnya benda biasa bagi kebanyakan orang, tapi pada aku ia bukan biasa. Maaf tekak saya tak nak terima.


May 28, 2010

Cahaya-cahaya pembaziran

Rah-rah-ah-ah-ah!
Roma-roma-maa!
Ga-ga-ooh-la-la!

*chopp chopp

Selamat datang ke i-City MSC: No.1 Technology City
Aku lebih senang menyebut bandar pembaziran elektrik. Argghhh! Apejadahlah buat lampu-lampu segala bagai, kata nak reduce pembaziran, dah tu ni hapekebendanya. Save duit ke? Save elektrik ke? Go green ke? Tak payah ada Earth Hour la gini.

*tak faham*geleng kepala

Pada waktu lapang kami (Encik Aeh dan aku) yang sangat lapang, kami pergi ke tempat ini sekadar untuk mengisi masa lapang. Ishh, apa ni banyak sangat word 'lapang'. Secara jujur-gila aku mengaku bahawasanya i-City ini sangat cantik-berwarnawarni-bergemerlapan-berkilaukilauan dengan lampu-lampu sediada. Serius cantik. Dari Federal Highway pun dah boleh nampak i-City ni. Tapi dalam sudut 90 darjah lain hati aku, benda ni memang aku tak setuju. (sila rujuk pernyataan di perenggan pertama)

Kau tengok lampu-lampu dia satu bangunan penuh. Ni baru bangunan yang ni, belum bangunan lain, belum tepi-tepi jalan lagi, belum kat taman-taman, belum yang dalam kedai-kedai tu. Okay, banyak sangat 'belum'nya. (-_-')

Muka Encik Aeh garang kan, style nak gaduh je gamaknya. Apa? Ingat samseng? Haha. Muka garang pun dalam hati ada taman de. (sila ajuk nada filem Adnan Sempit) Ini foto-foto lampu-lampu yang ada dalam kedai pejabat (shop-houses) Musim salji konon-kononnya dan musim tahun baru cina. Kau dah tak payah nak berangan ada salji kat Malaysia. Kau pun tak payah buat patung salji yang bulat-bulat tu, dah sediada. Tinggal kau ambil gambar dengan dia saja.





Hah, ini lagi satu. Actually masa aku pergi sini hari hujan renyai-renyai. Ada pulak sepasang pengantin buat outdoor photoshoot masa ni. (dah 2 kali terjumpa pasangan pengantin ketika dating) Kalau aku, memang tak ah! Hujan kottt. Kau tak tengok kain dia yang warna kuning tu dah jadi hitam kat bahagian kaki. Terseret-seret kat lantai yang basah dan kotor. Buatlah esok malam ke, lusa ke, siang hari ke. Opps, mungkin dia nakkan lampu-lampu yang cantik tu barangkali.

May 27, 2010

Aku dan model-model sama kurus, sowat?





Model-model ni sedang memperagakan pakaian-pakaian dari butik G2000 di KLCC. Masa kami (aku dan Encik Aeh) sedang jalan-jalan benda ni tak start lagi, so kitorang ingat lama lagi la nak start. And then teruskan berjalan, naik atas-naik atas lagi-turun pulak sampai kat tingkat atas dari tempat kejadian. Sebabnya Encik Aeh nak ke toilet. Tup-tup benda tu dah berlangsung, terus capai kamera konon-konon capture gambar.

Huiiii.. berderet-deret photographer kat depan pentas tu ambil gambar. Kamera jangan cakap la, lagi besar dari muka dia orang pun ada. Lagi panjang dari tangan manusia pun ada. Oh,okay tu tipu, ingat nak ambil gambar Ronaldo main bola ke, pakai lens panjang-panjang. (-_-') Tapi yang confirm memang kamera+lens+flash+dll dia orang best-best ah.

Encik Aeh dah habis urusan dalam toilet terus capai kamera kat tangan aku. Ahh dia ni, aku nak tunjuk bakat pun tak boleh. Nahh ambil. Confirm la dia yang amek gambar-gambar tu semua. Aku bukan takda bakat, belum diasah je. Macam kau tengok suara Aril AF7 tu. Suara kecik, perangai gud2, dalam hati dia kata dia ada bakat. Harammm.

Sementara Encik Aeh dengan dunia dia tu, aku tenung-tenung-tenung model-model tu. Kurus okay!!! Aku tengok badan sendiri. Aku tengok model-model tu lagi. Kurus okay!!! Ohh, sorry-sorry, dah dua kali aku type benda yang sama. Argghhh, orang kurus boleh jadi model ar. Ada job je mesti masyuk punyalah. Aku dah berangan kalau aku jadi model. Untuk kau tahu, aku sangat kurus. Tinggi 168cm dan jisim badan 45kg sahaja. (-_-')

*berangan

Takdelah, tak kuasa mak nak jadi model. Nanti semua ambil gambar mak, habis masuk internet, mak kena gosip itu gosip ini. Mak tak suka publisiti murahan nok.

*terdiam

Kenapa dialog aku macam nyah-nyah kat lorong-lorong belakang kedai ni? Abaikan.

Argghhh, aku ada fikir, aku kurus, aku sihat. Aku sihat, aku boleh buat apa yang aku suka. Sowat? Sowat? Sowat? Kau-kau-kau yang kurus, relax ah..kau sihat kan?


May 26, 2010

Orang Miskin Pun Mampu...

Perhiasan semata-mata, ternampak memancut-mancut, snap jela. hahaha.



Sengaja letakkan gambar itu di atas kerana cerita ini bermula dari gambar itu. Hehe. Ok, ceritanya begini. Entri kali ini mengenai makanan yang mampu semua orang nikmatinya walaupun tempatnya seperti "exclusive" yg "vogue2" gitu. Tapi hakikatnya, harganya mampu kita nikmatinya. Tetapi hanya promosi sahaja di tempat ini. Tak silap sehingga bulan Jun ini dan masih sempat lagi nak mencubanya. huhu.


Restaurant JAKE'S


Ini 1st restoran aku singgah dengan family aku, Restorant JAKE'S. Pada mulanya, aku tidak beberapa pasti akan makan di sini kerana macam mahal je. Takut nak masuk. Padahal, hahahahahhaha (tergelak dalam hati) sebab tak sangka dengan harga yang di promosikan. Gila murah. 1 set hidangan hanya rm 3.60++, macam tak percaya bukan? Contoh menu2 yang sempat aku snap, ada kat bawah ni. Tapi aku tak tahu nama2 makanan ni, maklumlah aku tahu makan je. Hahahaha.








Ni jela gambar2 yang aku snap, walaupun banyak lagi yang ada. Pasni aku tunjuk pulak restoran2 yang lain aku singgah dengan family aku. Tapi gambar2 makanannya tak ada sebab sesetengah restoran tu tak bagi mengambil gambar2 di restorannya. Leceh je kan bunyinya? Tapi tak apalah, ada jugak gambar restorannya. kui3.







Itu jelah yang restoran2 yang aku singgah. Ada banyak lagi restoran yang ada kat situ, tapi yang aku tak pergi tu, tak halal. Hahaha. Eh, aku macam terlupa sesuatu je. Restoran, makanan, aku bagi tahu. Tapi lokasinya aku tak bagi tahu. Hehehe.



Dekat sinilah lokasinya. JW Marriott Hotel Kuala Lumpur. Kalau nak cuba, bolehlah datang sini beramai2, bawa je family ke, couple ke, kawan2 ke, tak kiralah, semua jelah senang cerita. Hehehe. Sementara ada chance ni. Jangan malu, jangan segan. Miskin ke, kaya ke, sama je. Nikmati rezeki tuhan bersama2. Yang penting, jangan membazir. :P

Photos and text by : Encik Aeh

Cikzuzu, Peniaga dan Ampang Walk

Selamat datang ke blog aku dengan nama baru. Jeng-jeng-jeng. Kau-kau-kau akan lebih senang menyebut nama baru blog ni. Terima kasih pada kawan-kawan yang telah memanggil aku dengan nama tersebut. Especially meraka-mereka yang pertama; kawan-kawan internet aku. Cewahhh, sesi berterima kasih pulak. Mereka-mereka yang tersebut tu mestilah tahu kan. Tak payahlah aku nak taip satu-satu nama engkau orang.

Mula-mula memang aku geli gila tahap gaban muntah hijau nak tumbuk kuat-kuat muka-muka yang panggil aku dengan nama tersebut. Tapi setelah nak hampir setahun, aku dah mula biasa sebab mereka-mereka ni tak dapat membendung diri mereka untuk tidak memanggil aku dengan nama zuzu (termasuklah kawan-kawan sesekolah, sepoliteknik dan seuinversiti) Jadi aku biarkan. Sekarang aku guna nama tu, dah tak rasa nak muntah hijau, malah jiwa raga berbunga-bunga walaupun kadang-kadang aku telah macam menjadi agak gedik dan mengada-ngada bila orang panggil dengan nama zuzu.

Okay, aku dah macam rasa terlalu banyak penggunaan kata berganda. Mungkin tatabahasa aku tak mencapai peringkat hebat. English aku lagilah, jangan cakap. Berterabur-bersepah.

Kita masuk topik hari ini. Lokasi di Ampang Walk. Disebabkan aku orang sakai-batak-jakun (tiada kena-mengena dengan terma suku kaum) tak kenal apa itu Kuala Lumpur, jadi Encik Aeh bawa aku ke sana. Tapi untuk makan-makan sahaja. No shopping. No money no talk! Kami makan laksa, air limau ais :)



Ini kepunyaan aku. Aku tetiba je ingin makan telur separuh masak. Letak kicap. Kalau kat rumah aku dah boleh buat lebih sedap. Kicap pun aku guna kicap Cap Kipas Udang. Ni kedai entah apa kicap dia guna. Masin je lebih. Kicap ke garam?
Nilah peniaga-peniaga sekarang. Nak untung je lebih. Kepuasan pengguna dan pelanggan tak diutamakan. Dia sendiri tak sedar ke bahawasanya yang kicap dia tu tak sedap langsung? Haishhh..
*geleng kepala

Aku selalu pesan kat abah (peniaga warung nasi ayam), biar orang makan sedap. Biar orang yang sama datang lagi. Biar takde sebarang complain. Biar dia orang order berbungkus-bungkus bawa balik untuk family. Sekarang nasi ayam abah dah tak macam dulu. Warna nasi ayam kuning pucat. Sekarang warnanya dah campur-campur. Ada hijau, ada kuning, ada merah, ada oren. Macam nasi hujan-panas tu. Tapi rasanya still rasa nasi ayam. Menarik orang nak tengok. Makan pun senyum je.

Captured by : Encik Aeh

May 25, 2010

Sekarang cikzuzu!!!

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh

Kehadapan yang sangat-sangat-sangat dihormati dan dikasihi, kawan-kawan dan kawan-kawan sekalian. Duduknya aku didepan PC ini adalah untuk menyatakan dan mengumumkan bahawa blog aku yang sangat-sangat-sangat sakai-serabai-selekeh ini telah pun bertukar nama dan link nya sekali. Ini adalah kerana tiba-tiba aku telah merasakan bahawa nama blog sebelum ini adalah tidak bertepatan dengan jiwa-raga. Jadi aku telah mengambil keputusan untuk menukarkannya kepada :


Jadi mulai sekarang lebih senang kau-kau-kau nak menyebut.

Maaf diatas segala kesulitan.
Kesulitan hari ini adalah untuk keselesaan masa hadapan.
Sekian, terima kasih.

Taman Rimba Ampang, Bukit Belacan

Taman Rimba Ampang, Bukit Belacan.

First time pergi ke Ampang. Kami dah tak tahu arah tuju, so round-round the world, at last stop kat sini. Encik Aeh nak kenalkan aku tempat-tempat yang ada kat sekeliling dia. Kera lagi! Kera! Kera! Kera! Ini entry kedua yang ada pasal kera. Arghh! Kera kat sini tak macam kat Taman Paya Bakau, Lumut. Mereka kat Taman Paya Bakau tu sopan-santun. Kera kat sini liar. Curi-curi sampah, konon-konon cari makanan. Last-last jumpa durian, makan. Pastu sampah-sampah berterabur-bersepah. Kotor okay!



Kera ini amat selekeh. Dan yang paling selekeh ialah Encik Aeh sebab captured gambar kera yang sedang duduk begini. Eeewww.


*serabai-selekeh


Selain kera dan muka aku tu, ada air terjun. Tapi air tu tak macam terjun pun kalau tengok. Tempatnya sangat jauh ke dalam. Tak larat nak kehujung dunia nun sana, kami lepak kat depan-depan saja, lagipun hari dah sangat petang. Tata (lambai-lambai tangan).

Captured by : Aeh
Wrote by : Zuzu

May 24, 2010

Restoran Tasik Indah

Entry marathon sudah tamat.

Kali ni, entry pasal makan-makan-makan. Restoran Tasik Indah, Shah Alam. Semenjak aku jadi seorang pelajar semula setelah hampir setahun menganggur dan bekerja selama 3 bulan, aku sangat jarang-jarang-jarang meronda-ronda di bandar Shah Alam. Jadi sesiapa yang bertanyakan tentang bumi Shah Alam, aku bukanlah orang yang tepat untuk itu. Encik Aeh telah bertanggungjawab dengan membuat satu keputusan untuk mengajak aku makan-makan disini.

Masa turun dari kereta, aku dah tengok-tenung muka Encik Aeh. Kejap-kejap pandang-pandang restoran tu, kejap-kejap pandang-pandang muka Encik Aeh. ' Encik Aeh ada duit ke?' Okay, nampaknya aku telah merendah-rendahkan keupayaan kuantiti dalam kocek-poket Encik Aeh. Maaf.

Sesiapa yang sedang sangat-sangat dilamun cinta-kasih-sayang-rindu, boleh makan-makan malam konon-konon romantis-romantik disini. Tak kiralah family-family, kawan-kawan, kekasih-kekasih dan lain-lain. Aku dengan Encik Aeh biasa saja, cuma nak makan-makan sedap-sedap sikit. Perut kami yang ingin. Yang tak dilamun cinta-kasih-sayang-rindu pun boleh pergi juga.

Ikan kerapu sweet-sour. Sangat sedap. Tapi tak habis, sebab besar sangat. Perut Encik Aeh yang macam tong orang buat simpan air pun tak dapat nak terima. Jadi, bungkus.

Tomyam campur seafood. Ini kepunyaan aku. Aku order untuk aku saja. Tapi Encik Aeh dah mula pandang-pandang, jadi aku aku cedokkan untuk dia.

Udang goreng tepung. Lagi sodap. Memandangkan perut dah sangat sempit, rasa sebiji, bungkus bawa balik.

Ini buah naga. (-_-') Confirm-confirmlah tembikai. Pencuci mulut. Yeke? Aku cuci mulut pakai tisu saja. Itu semua hidangan utama, yang kau tak nampak, restoran ni ada sediakan teh herba (boleh refill) , kacang goreng berempah, wet tissue dan semuanya bercaj! Arggghhh. Aku ingat free. Teh herba aku, Encik Aeh habiskan, kacang goreng berempah aku bagi tuntung, kura-kura, ikan-ikan makan dalam tasik dan wet tissue aku bawa balik.

Captured by : Aeh
Wrote by : Zuzu

May 23, 2010

Entry marathon part 3 : Melaka

Masih lokasinya di Melaka. Tarikhnya masih juga sama, 2 April 2010. Walaupun Melaka negeri yang kecil, yang indah-indah kat situ memang banyak.

Ini keris. Aku tak tahu apa motif Encik Aeh captured gambar ni. Sekurang-kurangnya, kau tahu ada keris sebesar ni kat Melaka. Masa tengah capture gambar ni, ada satu makhluk cerah a.k.a Mat Saleh sedang berdekatan dengan kami.
And then ;

Mat Saleh : What are you taking bro? This one or this one? ( sambil telunjuk beliau menunjuk keris besar dan kemudian kapal terbang )
Encik Aeh : Oh, this one. (telunjuk menunjuk keris besar)
Mat Saleh : ( kepala jengah-jengah ke tangan Encik Aeh yang memegang kamera ) Nice!
Encik Aeh senyum dan berkata thank you.

Kat sini, waktu ini, masa ini, sumpah aku gelak. Ya, aku gelak-gelak. Kau tengok gambar tu, biasa je kot. Pakai kamera handphone aku pun aku boleh capture gambar macam tu. Ohh, maaf Encik Aeh :p Haha.



Dataran Quayside. Kat sinilah terletaknya Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka.

Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka. Air di sini agak busuk. Yalah, air sungai kan. Tapi masa zaman Kesultanan Melayu Melaka tentu-tentulah kincir air ni tak secantik macam ni kan.

Ini Muzium Samudera. Masuk dalam muzium ni berharga Rm3 saja. Macam-macam cerita sejarah ada dalam tu. Silakanlah. Melawat Melaka bererti melawat Malaysia :p

Menara Taming Sari. Lokasinya sebelah Muzium Samudera dan Dataran Pahlawan Megamall. Dari benda alah ni wujud sampai sekarang aku tak pernah naik. Teringin jugak tapi tak ternaik-naik. Harga tiket pun tak sure berapa ringgit. Fakta pasal Menara Taming Sari ni kau boleh Google sendiri. Ini tempat terakhir kami jejak, lepas tu gerak balik KL. Tata.

The end.

Captured by : Aeh
Wrote by : Zuzu