Apr 30, 2012

KOPI

Assalamualaikum.



This week ialah minggu KL International Book Fair di PWTC. Start from 27 April to 5 of May rasanya. Hari Sabtu aku pergi, Ahad pun pergi lagi. Tujuan paling penting ialah pergi booth Fixi. Aku hendakkan karya neddokhan lagi, tapi cuma satu novelnya; Kelabu. Dan aku dah pun miliki. Sesampai di booth Fixi, buku pertama aku capai; Kopi. Aku palingkan Kopi, mata terus nampak nama Nadia Khan; neddokhan yang aku cari karyanya. Aku beli Kopi semata-mata neddokhan. Semata-mata. Buku sampingan, aku beli Kougar.

Chan lagi hebat, beli 4 buah, aku cuma 2. Antaranya, Nakal oleh Aloy Paradoks, Sang Bohemian, Travelog Rabak dan Awek Chuck Taylor oleh Nami Cob Nobbler.

Aku rebutkan Awek Chuck Taylor dengan Chan, tapi dia kedekut, dia tanak kongsi dengan aku. Kami memang suka buku tapi belum tahap obses. Untuk membeli, itu sudah pasti.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Apr 28, 2012

Weekend at PD

Assalamualaikum.

Location: Pantai Bagan Pinang, Port Dickson
Date: 23rd April 2012
Time: Around 4pm








Apr 21, 2012

HainanTea, Jusco Maluri

Assalamualaikum.



Dah habis cerita holiday walaupun ada lagi gambar yang belum dipostkan. Tapi cukuplah, itupun dah dikira banyak. Semalam dinner at HainanTea di Jaya Jusco Maluri. Lepas balik dari kerja hujan turun selebatnya. Basah-basah pun still nak pergi Jusco jugak. 

HainanTea punya menu boleh tahan sedap jugak, harganya lebih kurang sama dengan kopitiam lain contohnya Old Town dan Hailam Kopitiam.

Aku order Rice with Mutton Curry, RM10.90, Chanhonam order Mee with Mutton, RM10.90. Aku lupa lah nama roti gulung tu, tapi dalam roti tu intinya telur+mayonis. Thanks to Chanhonam sebab dia yang belanja, hihih.

Kerusi sofa dia best woh, ada bantal besar boleh peluk-peluk lagi. Tapi entah berapa banyak orang lah yang dah peluk bantal tu, ewww!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Apr 15, 2012

Holiday @ Fraser's Hill - Fraser's Hill

Assalamualaikum.

Yey, kita sambung lagi holiday di Bukit Fraser. Kawasan Bukit Fraser tak besar mana, pusing-pusing-pusing, tang tu jugak jumpanya. Jadi kami jalan kaki bersiar-siar di situ.





Nak duduk bergambar kat kerusi ni, kami paksa-paksa Abah tolong ambilkan gambar kami, hehe.




Empat beranak bergambar, tengok Arull tinggi sangat.






Hey-hey we, the siblings!



Pepagi ceni, tadak orang yang keluar pergi bersiar-siar, kami ja yang buat. Jadi tadak orang yang kami nak suruh tolong ambilkan gambar. Aku pun duk letak kamera atas concrete seating then set time. Satu kali time, tiga kali capture. So, actually gambaq ni ada 3, tapi aku letak satu cukuplah dak.


Yang ni pun sama, setting time jugak.

Sekejap je kami duk melepak kat Bukit Fraser, kawasan kecil then takde tempat yang nak dikunjungi. After that, kami bersiap untuk pulang. The next entry kami ambil gambar di Puncak Inn.

Apr 14, 2012

Holiday @ Fraser's Hill - Puncak Inn

Assalamualaikum.

Sebelum pulang, aku sesaja ambil gambar Puncak Inn yang serba putih ni. Kemas sangat.

Restoran Puncak Inn

Entrance


Tempat calling-calling.

Games area, boleh main congkak dan dam. Ada ke congkak plastik, tak feel langsung nak main congkak -_-

Sudut bacaan.

Door to restaurant.


This signboard located at the back of Puncak Inn, which is a slope.

Ngeri jugaklah menginap kat hotel sebelah curam ni, dahlah bilik kami yang belakang sekali. Then, after check semua barang-barang cukup, kami pun bertolak balik ke Muar. Future planning is Bukit Tinggi. Kita nak pakai baju warna apa pula ekh, hehe...

Holiday @ Fraser's Hill - Breakfast at Puncak Inn

Assalamualaikum.

First of all, dah terlalu lama belog cikzuzu terbiar, hampir 2 bulan juga, malah ada cerita-cerita yang belum dipostkan dalam ni. Even holiday yang kami sekeluarga pergi pada bulan 1 haritu pun belum habis diceritakan sebenarnya. Jadi, aku akan sambung cerita holiday tetapi bersambung ke Bukit Fraser.

Entry Cameron Highlands; 2 3 4 5 6 7 8

Kami turun dari Cameron Highlands pada waktu petang, dan teruskan perjalanan ke Bukit Fraser. Ini pertama kali ke Bukit Fraser, Tuhan je tahu betapa susahnya naik ke Bukit Fraser. Perjalanan berbukit yang berliku, lebih likunya dari Cameron Highlands. Aku dah berazam, takkan ke Bukit Fraser lagi lepas ni kecuali, kecuali ye, ke-cu-a-li ada helikopter yang akan bawa aku ke sana.

Hampir jam 8 malam kami sampai di Bukit Fraser, syukur alhamdulillah. Kami terus menginap di Puncak Inn, hotel termurah harganya berbanding hotel-hotel lain di sekeliling Bukit Fraser.

Hari sudah pagi! 25 Januari 2012. Kami bersarapan di Puncak Inn, semua perkakas, meja, kerusi berwarna putih cun-cun sama warna dengan kami sekeluarga. Kami memang dah pakat pakai pakaian berwarna putih di Bukit Fraser. Rasa macam bersih suci lagi murni kan.




Antara hidangan yang disediakan ialah nasi lemak, mihun goreng, kacang dalam sos tomato, air kopi, air teh, air oren, air anggur dan roti + jem.




Roti tawar

Susunan lauk-pauk untuk nasi lemak; timun, telur rebus, kacang+ikan bilis dan sambal.

Tapi seriously, makanan di sini not nice. Aku makan sikit sangat :(

Dinding je tak berwarna putih, warna light orange. Matching jugak.

Lepas makan, mama nak posing kat bunga siantan ni. Rasanya kat Muar pun ada bunga siantan ni kan. Then after breakfast, kami terus bersiar-siar di kawasan Bukit Fraser. Sejuk tu mungkinlah tak berapa sangat untuk orang biasa, tapi bagi orang overunderweight macam aku ni, yang lemaknya tak seberapa cuma di bontot dan peha, Bukit Fraser boleh tahan jugaklah buat aku menggigil. To be continued in the next entry.