Feb 4, 2013

Foto : Trip to Bangkok, Thailand (Part 5)


24/01/2013, Khamis, Around 11am

MBK Shopping Mall & BTS Bangkok

Keesokkan hari kami sampai di Bangkok, Bos kata haritu ialah free and easy. So memasing boleh buat apa-apa yang memasing suka, dan boleh kemana-mana sahaja. Tapi pagi tu kami ke MBK shopping mall. Aku paling menyampah kalau pergi holiday jejauh tapi pergi shopping mall. Benda dalam mall tu sama je kot dengan shopping mall kat malaysia ni. Kalau pergi pasar, aku ok, sebab harga lebih murah. Kami semua janji nak jumpa semula di pintu masuk mall pukul 1pm. 2 jam dalam mall untuk orang yang tak berapa nak gemar shopping seperti aku adalah AZAB. Dah terlampau boring, at last aku lepak McD dan terjumpa Aisyah. Sebab at first aku memang jalan berdua dengan dia, lepas tu tengok-tengok barang memasing dah berseorangan. Lepak McD sampai pukul 1pm then kami semua balik naik BTS Bangkok. Aku tak tahu BTS tu stand for what. Malas nak google. Hihik. Tapi tu macam LRT la kat Malaysia ni. Yang bezanya cuma BTS lebih luas daripada LRT kat Kolumpo ni.

Kami tak terus balik ke hotel, tapi ke selatan Bangkok, Asiatique (in the next entry)!

































No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers