Jun 2, 2013

OpsPippin

Assalamualaikum.

Kali kedua Pippin menghilangkan diri sejak setahun yang lepas dia dalam jagaan aku. Cepat betul dia menyelinap keluar dari bilik terus ke pintu sampai aku pun tak perasaan.

Sebenarnya dari malam semalam Pippin dah takde, so aku just tutup lampu untuk bagi dia keluar. Tapi sampai tadi pagi, Pippin tak tunjukkan muka.

Jadi aku lancarkan OpsPippin sempena mencari Pippin yang hilang. Then baru sejam yang lepas aku jumpa dia dalam bilik air, kat getah paip. Pippin haus. Kesian dia.

Tulah, nakal sangat sampai hilang. Kan dah lapar. Awak tu dahlah ada twin joey in pouch. Kesian kat baby baby awak, Pippin, lapar.

Dan aku baru mengira-ngira, rupanya umur Pippin dah setahun sembilan bulan. 1y9m. Fuhhhhh!

No comments: