Sep 21, 2011

Open house at Cik Uda's

Assalamualaikum.

17 haribulan ritu, Cik Uda ada buat open house kat rumah dia di Kuala Kubu Baru. Semua adik-beradik Abah datang. Cik Ngah datang, Cik Paid datang, Pak Su pun ada. Kira macam gathering untuk family sebelah Abah. Kitorang dengan Pak Su datang pepagi lepas subuh pergi rumah Cik Paid dulu, dah lepas rehat sejam dua, baru gerak pergi rumah Cik Uda. Rumah Cik Uda jauh bak hang! Nak ke Perak nun.

Nilah Cik Uda saya! Muka dia ada iras Abah kan.





Macam-macam Cik Uda + Cik Ida masak. Antaranya; laksa, nasi hijau, nasi empet, kari ayam, lemang + rendang, yang paling best kambing panggang woi! Feberet aku. Tapi, mana gambar kambing?


Mula-mula plan nak pi tidur kat rumah Cik Paid, tapi hari ahad tu pulak Mama ada join marhaban kat persatuan Amanah Ikhtiar Malaysia. So, kitorang balik hari, Pak Su je tidur sana. Baru nak jenjalan kat Kolumpo. Tak dapat pulak :(

No comments: