Sep 5, 2011

Bangkai Bebot

Assalamualaikum.

Selamat hari raya ke 7! Semalam aku baru balik dari hantar Angah ke UTM. Dia dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam bidang architecture. 4 tahun woo dia kena belajar. Bapak lama tuh. Kalau aku, aku taknak ah lelama gitu. Sekarang Angah 22 tahun, nanti habis study 26 tahun. Erkk, dah tua woi. Lepas balik dari hantar angah aku beraya ke rumah Farid. Lepas tu terus balik Muar.

Masa parking kereta kat hujung lorong aku ada terbau bangkai. And then aku cari, tup-tup nampak bangkai binatang dalam longkang. Mati-mati aku ingatkan bangkai ayam. Terus aku cakap kat Chanhonam tu bangkai ayam. Tapi Chanhonam kata tu bangkai Bebot. Apesal aku tak terfikir langsung tu Bebot? Adehhh. Dah tengok tenung lelama baru aku dapat terima tu memang bangkai Bebot. Sedih sungguh tengok Bebot mati dalam longkang macam tu :(



2 comments:

N.A.M said...

Beb, jgn sedey2 k...sorry for ur lost..:-(

juleha.aripen said...

thanks!